Sadakallahul'azim..
Buku yassin ditutup lalu dicium.Tanah kubur yang mempunyai sedikit kelopak bunga di atasnya ditenung.Sudah masuk 6 bulan Dania meninggal dunia,dan sampai sekarang Tengku Haikal masih lagi bersedih atas pemergiannya.
Namun kesedihan itu perlu dihilangkan,kerana dia bakal menghadapi SPM.Jadi dia akan fokus pada pembelajaran.Batu nisan putih dipegang dan dipandang lembut oleh Tengku Haikal.
"Mungkin lepas ni aku jarang ziarah kubur kau,Dania.Aku kena fokus SPM.Aku nak cuba capai impian kau.Sambung belajar dekat RiverFord University (bukan nama sebenar).Aku akan selalu doa untuk kau.Di setiap solat,aku tak pernah lupa engkau.Kau lah satu satunya kekuatan aku."
Air mata sudah mula bertakung sepeti sebuah kolam ikan.Tengku Haikal mendonggakkan kepalanya memandang kearah langit,agar air matanya tidak jatuh.Batu nisan putih dipandang kembali.Nafas dihembuskan sebelum mengungkapkan beberapa perkataan.
"Aku cinta kau.Hanya kau.Tak akan ada orang lain yang dapat mengganti nama engkau dekat hati aku.Tak akan ada."ucap Tengku Haikal sambil tersenyum manis.
"Aku pergi dulu ye..insyaallah kalau aku ada masa aku datang ziarah kau ye.Assalamualaikum."ujar Tengku Haikal lalu bangun daripada duduk.
Tengku Haikal naik disebuah kereta milik keluarganya,yang di pandu oleh seorang lelaki.Lelaki itu bernama Pak Samad,dia ditugaskan untuk menjadi pemandu Tengku Haikal dari sekolah rendah hinggalah sekarang ni.
Tapi selepas sahaja Tengku Haikal mendapat lesen dan keretanya sendiri.Pak Samad mahu berhenti kerja.Yelah dia juga ada anak dan isteri di rumah,lagipun Pak Samad tu dah tua,tak akan sampai Tengku Haikal masuk Universiti nanti dia still nak jadi driver.Nampak sangat Tengku Haikal ni manja nanti.
"Haikal baru balik?Pergi mana tadi?"soal Datin Fauziah yang sedang menghidangkan makanan di meja makan.Tengku Haikal hanya tersenyum manis sahaja dengan soalan Datin Fauziah.
"Pergi mana lagi ma...pergi kubur lah."jawab Tengku Haikal.
"Ouhh kalau macam tu Haikal pergi naik mandi dulu,lepastu nanti papa balik,kita makan sama sama ye."ujar Datin Fauziah lembut.Tengku Haikal hanya mengangguk dan terus bergerak naik ke biliknya yang berada di tingkat atas.
__________
Tengku Haikal masuk ke dalam kawasan sekolah.Semenjak pemergian Dania,Tengku Haikal sudah tidak sama seperti dulu.Tengku Haikal yang dulu lebih dingin dan cepat baran,tapi Tengku Haikal yang sekarang lebih banyak bercakap,ceria dan lebih pandai.
Sekarang ni dia hanya lebih fokus tentang pembelajaran,no more love.Demi mencapai impian arwah Dania,dia sanggup belajar.Bukan itu sahaja semenjak pemergian Dania juga telah menyatukan hubungan persahabatan antara Tengku Haikal dan Hakim.Mereka berdua sekarang tidak pernah bergaduh tapi jadi rapat macam bestfriend.Nak dipendekkan cerita semenjak pemergian Dania banyak mengubah Tengku Haikal menjadi lebih baik.Betul lah orang kata.Semua yang terjadi adalah proses Allah SWT untuk membentuk kita untuk menjadi yang terbaik.
__________
Tengku Haikal tetap mengulangkaji,dari balik ke sekolah hingga lewat malam.Badanya langsung tidak letih malah bertambah cergas.Nak dijadikan cerita Tengku Haikal ni ibaratkan burung hantu pada waktu malam.Dia boleh berjaga hingga pukul 4 pagi,paling lama pun dia langsung tidak tidur.
SPM lagi tinggal 2 minggu sahaja.Dia tidak mahu membazirkan masa dan tenaganya untuk benda yang tidak mendatangkan faedah.Lebih baik dia duduk rumah mengulangkaji dan sebagainya.
Tengah leka Tengku Haikal mencatat nota sains,tiba tiba telefonya berdering menandakan panggilan masuk.Keluhan kecil dilepaskan.Siapa pula yang call malam malam macam ni,kacau orang study je.Tengku Haikal memandang nama pemanggil yang berada di screen telefonya.
"Haih apa budak si Hakim ni nak malam malam ni."mengeluh Tengku Haikal di dalam hati lantas dia terus menekan butang accept.
"Aku dah agak!Kau tak tidur lagi!Woii tidur lah gila!Kang besok masuk je kelas terus kepala baring kat meja.Harap je rajin belajar tapi kaki tidur dalam kelas puihh."ucap Hakim yang berada di panggilan.Sudah mula dah perangai membebel Hakim ni,dah macam Makcik Makcik pula.Tiba tiba je dia kena bebel,salam pun takde.
"Memekak lah kau ni.Kacau je aku nak belajar.SPM kan lagi 2 minggu,ofc lah aku busy study."balas Tengku Haikal.
"Eleh engkau,SPM takde pun kau sibuk juga study,sampai hati kau tak layan aku.Merajuk lah."
Eh macam perempuan si Hakim ni.Meluat Tengku Haikal mendengarnya.Merajuk?Merajuk lah kau sorang sorang.Takde kerja aku nak pujuk.Buang masa je.
"Kau ingat aku nak pujuk kau?Hahah Lambertttt lagiii.Dah lah aku nak off ni.Kau suruh orang tidur awal,engkau pun tak tidur lagi,hampehh."ujar Tengku Haikal lalu mematikan panggilan.Jam di telefon dijeling.
Dah pukul 4 pagi.Tengku Haikal menutup buku dan mengemaskan alat tulis di atas meja.Badannya di regangkan dan terus membaringkan dirinya di katil yang empuk itu.
______
Kini tibalah hari yang didebarkan bagi semua pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia.Hari dimana SPM di jalankan.Tengku Haikal berdoa di dalam hati sambil menunggu di luar dewan berserta dengan pelajar lain yang turut menunggu.Ada yang masih bersembang,ada yang nervous tahap ayah pin.Gila kau tak nervous.Ini bergantung pada masa depan tau.
Alat tulis dimain mainkan ditangan.Gelisah dibuatnya.Macam mana kalau dia tak dapat jawab soalan?Macam mana semua yang dia belajar sepanjang hari ni terus hilang dari otak?
Bertalu talu soalan diberikan pada diri sendiri.Hakim yang berada di sebelah Tengku Haikal hanya menjulingkan matanya.Orang lain pun nervous juga,tapi tak payah lah sampai nak bagi diri sendiri overthinking.Silap silap memang tak dapat jawab lah dia kalau buat diri sendiri ragu.
"Baiklah semua,kamu sila berbaris satu barisan sebelum masuk ke dalam dewan.Pastikan semua orang bawa IC ye,kalau IC tiada anda tidal dibenarkan masuk.Hanya alat tulis sahaja yang kamu boleh bawa masuk berserta dengan IC.Jelas?"terang Puan Lyaa.Semua orang mengangguk faham.
Tengku Haikal menunjukkan IC kepada pengawas dewan.Lalu duduk ditempat yang sudah tertulis namanya.Kertas diberikan sorang satu.Puan Lyaa melirik jam yang berada di tangannya itu.
8:29 pagi.
Tiga.....Dua....Satu....
"Baiklah kamu semua sudah boleh menjawab sekarang."jelah Puan Lyaa dengan menggunakan mic agar didengari oleh pelajar yang duduk di belakang.
Tengku Haikal menarik nafas sedalam dalamnya laku dihembuskan.Kertas soalan dipandang seketika.
"Demi kau Nia.Bissmilah."
⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAU KARYA SAYA!JIKA TIDAK SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD!⚠️

ANDA SEDANG MEMBACA
??CINTA TANPA HENTI [COMPLETE]
Romance('ε` )? Lelaki itu nampak sahaja biasa.Tetapi dia merupakan anak dari seorang kerabat diraja,Tengku Haikal Iskandar.Kalau sebut je nama dia pasti semua perempuan akan cair.Sikapnya yang dingin itu pun boleh membuatkan semua perempuan pengsan tambaha...