抖阴社区

III | natsukashii: memories

52 2 5
                                        

13 November

Ibu Kota Eurasia
11.30 pagi

"Tuanku."

Ali Gaafar menutur panggilan buat sang putera mahkota yang sedang membuang pandang ke arah kebun bunga yang luas terhampar di halaman istana.

Putera Mahkota Raifizuddin Ralik VII kelihatan sedikit tersentak, sebelum dia berpaling dan menjatuhkan mata pada satu-satu pembantu peribadinya. Ali Gaafar membalas renungan redup itu dengan rasa penuh hormat dan beradab.

"Hari ini adalah harinya. Maafkan jika ada salah pada bicara patik. Patik cuma fikir bahawa lebih baik jika tuanku-" ujar kata Ali Gaafar dihentikan dengan hanya satu jari telunjuk yang diangkat tinggi.

Mata sang putera menipis dan telinganya terbuka luas. Sipi-sipi di hujung pendengaran mereka, terdapat alunan yang dihasilkan daripada tekanan halus di atas 88 kekunci putih dan hitam. Suasana hambar persekitaran istana timur mula dipenuhi dengan satu keharmonian familiar dan menenangkan.

Satu ketenangan yang paling diperlukan oleh mereka. Bagi mereka. Demi mereka. Demi kewarasan mereka yang berdarah diraja.

"Kehilangan itu satu dugaan atau satu pemberian?" Perlahan sahaja sang putera menyoal.

Sang putera mendekatkan diri dengan birai beranda kamar kerja. Tangan dijatuhkan pada penghadang berbunga. Terpantul pada kornea matanya, seorang wanita di dalam persalinan sutera dan kapas merah jambu. Jari-jemari runcing itu. Postur elegan dan kelembutan pada riak wajah itu.

Puteri Mahkota Raina. Isteri kesayangannya.

Ali Gaafar diam tidak berkutik. Tiada apa yang sanggup diulas sebagai balasan kepada persoalan itu. Dia sendiri sudah mendengar soalan yang sama beratus-ratus kali buat beberapa tahun yang kelam ini. Dan, setiap manusia mempunyai perspektif berbeza-beza membuatkan Ali Gaafar tidak mampu menjawab.

"Minta maid suamkan lagi kawasan pokok epal itu. Beta bimbang jika Puteri Mahkota jatuh sakit kerana sejuk."

Putera Mahkota mendongak ke langit.

"Nampak gaya salji akan turun esok lusa."

"Menurut perintah, tuanku."

Ali Gaafar baru ingin tergesa-gesa meninggalkan sang putera apabila dia teringat akan sesuatu.

"Tuanku, ada sesuatu yang perlu patik khabarkan," tuturnya perlahan dan lambat. Mendengarkan nada Ali Gaafar, putera mahkota menunjukkan separuh wajah maskulinnya.

Kerlingan halus dengan makna, beta sedang mendengar.

"Dr. Adrien Yong telah berangkat tiba di Eurasia. Pada hari yang sama Tuanku pulang dari perjumpaan diplomat."

Mata redup hitam pekat sang putera kembali jatuh pada figura anggun di depan piano.

Lima tahun lebih.

Akhirnya...

Pulang juga kau, sahabat.

♤♧♤

Hospital Marigold
Open Garden

Yuwn
10.00 pagi

Udara pagi Yuwn, masih menyamankan walaupun matahari semakin memuncak ke atas.

Dari open garden hospital, Adrien dapat menyaksikan kesibukan bandar kecil itu. Setiap manusia yang bekerja dan berkejaran demi sesuap nasi. Setelah segenap malam yang mereka isi dengan rehat yang sekejap, terus kembali bangun dari tilam lembut sebaik sahaja azan berkumandang. Sebaik ayam mula berkokok. Sebaik burung mula berkicipan di pohon.

Naive: Putera Yang Hilang [OH]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang