[Completed]
Kenapa ramai sangat yang nak perhatian daripada lelaki macam dia tu?
? Kim Doyoung/ Doyoung TREASURE's fanfic
@xxybaexx
? TREASURE SERIES ? 8
Start: 2021/11/19
End: 2022/03/24
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Omma!" Hyunjoo melompat-lompat di muka pintu, gembira tak terkata dia melihat insan yang digelar ibunya itu muncul di hadapannya. Mana taknya, sudah lama tidak bersua, mestilah rindu.
Aku papah tangan omma hati-hati sampai masuk. Hyunjoo terus memeluk omma dengan erat.
"Hyunsik! Kenapa kamu menangis pula tu? Cepat tolong noona angkat barang!" Pelik-pelik sahaja adik lelaki aku yang ni, Haru mengusap-usap belakang adiknya itu. Dia pun turut dilanda wabak kepelikan sama seperti aku.
Selalunya Hyunsik jarang menangis, tetapi kali ini bukan main lagi teriaknya, sekiranya dibiarkan boleh banjir rumah kami ini. Dah tak macho dah adik aku ni isk isk isk
"Cepatlah Hyunsik! Tiba-tiba pula nangis, aku tak buat apa-apa pun kat kau," kata Haru, dia menolak Hyunsik. Dia mencebik, risau juga dia dituduh sebagai penyebab utama kepada tangisan Hyunsik hari ni.
Hyunsik mengesat air matanya, dia menyambut beg yang dari tadi aku hulur.
"Hyunsik nangis sebab rindu omma huhu." Dia juga memeluk sisi pinggang omma, tangisannya makin kuat diikuti bunyi hidung yang agak berair.
"Omma pun rindu Hyunsik juga, omma rindu semua," kata omma sambil tersenyum, tersentuh juga melihat anak-anaknya ini.
"Bagi omma duduk kat kerusi dulu," tegur Hajoon. Tangannya juga penuh dengan barangan yang dibawanya dari hospital.
Kalau tak ditegur, memang sampai ke sudah ibunya itu berdiri di muka pintu melayan karenah adik-adiknya itu.
"Jom omma!" Haru tarik tangan omma cepat-cepat sehingga omma melabuhkan punggung di kerusi yang dialas kusyen yang agak lusuh, itu memang tempat omma duduk di ruang tamu.
"Kami masuk ya," celah omma Nana yang turut serta datang, sesekali matanya meliar-liar melihat keadaan rumah kami yang sudah tentunya jauh berbeza dengan rumah agamnya.
"Masuklah," kata omma. Adik-adik aku yang masih kecil-kecil lagi tu agak terpinga-pinga melihat kehadiran omma Nana dan mak cik pembantu rumah. Appa Nana tidak datang sekali sebab dia sendiri masih lagi dalam tempoh pemulihan dan Nana menemaninya di rumah.
"Siapa ni?" tanya Haru, tak semena-mena dia juga menyorok di belakang aku, takut mungkin melihat orang asing.
"Orang yang tolong omma," kata aku ringkas. Aku menyuruh dia duduk berdekatan omma Nana walaupun dia tak nak.
"Saya pergi ke dapur dulu ya, buatkan air. Duduklah dulu, maaflah kena duduk atas lantai," kata aku, kaki dah berura-ura ingin ke dapur.
"Eh takpe! Saya tak kisah!" kata omma Nana agak kuat, dia cepat-cepat tekup mulut, agak malu sedikit dengan perbuatan luar kawalannya tadi. Dia membetulkan silanya di atas lantai.
"Hajoon, awak bagilah coklat ni kat adik-adik awak," bisik omma Nana sambil menghulurkan plastik berisi coklat yang dia beli di kedai runcit tadi. Hajoon mengangguk sambil menyambut huluran plastik itu.