Seungcheol risau.
Dia risau saat tidak melihat kelibat dan figura Jihoon pagi ini. Dia tahu Jihoon tak balik semalam tidak seperti yang dia janjikan.
Seungcheol memberi pesanan kepada dua rakan sebayanya tentang dia ingin melihat Jihoon dahulu dan meminta mereka mengendalikan yang lain. Risaunya kepada Jihoon tidak dapat dibendung lagi.
Creck!
Seungcheol melilau kan matanya ke dalam studio milik Jihoon. Dia akhirnya ternampak Jihoon di tempat dia membuat lagu namun itu bukan apa yang dilakukan oleh Jihoon sekarang.
Sebaliknya, dia menatap ke layar skrin yang entah berapa lama dihidupkan.
Seungcheol perlahan-lahan menghampiri Jihoon untuk melihat apa yang dilihatnya dan dia tergamam saat kornea matanya menangkap paparan itu.
Jihoon sedang menelefon Soonyoung.
Mungkin Jihoon lupa atau dia sengaja, tetapi telefon Soonyoung kini dipegang oleh Seungcheol. Soonyoung tidak membawa telefonnya bersama sebaliknya dia meninggalkan telefon nya itu untuk menyampaikan mesej nya haritu.
"Woozi-yah..."
Jihoon mengangkat kepala. Eyebags jelas terlihat di bawah mata mungkin kerana seharian tidak merehatkan matanya.
"H -hyung... kenapa Hoshi tak angkat call? Dia marah dekat aku ke?"
Seungcheol memejamkan matanya. Hatinya kembali berdarah melihat keadaan Jihoon sekarang.
"Ji..."
"Hyung... hiks— Hoshi taknak kawan dengan aku ke? K -kenapa dia taknak angkat telefon? Dari semalam aku call dia? Dia pergi mana? Kenapa—" Seungcheol terus membawa Jihoon ke dalam pelukannya.
"Shh... shh... tenang Ji tenang," pujuk Seungcheol lembut. Dia menepuk bahu Jihoon lembut. Memujuk jejaka itu dengan kata-kata yang lembut.
"Ji..."
Seungcheol mengangkat kepala Jihoon melawan pandangannya.
"Listen Jihoon."
Walaupun bersuara keras, namun sentuhan lembut ketika mengelap air mata Jihoon berkata sebaliknya.
"Hoshi is gone. He'll never come back, Ji. H -He left us, Jihoon." Air mata Seungcheol turut mengalir saat mengungkap kata-kata itu.
"He asked us to forget him, Ji. He asked us to not remember him," lanjut Seungcheol dan kemudiannya dia mendengar esakan dari Jihoon.
"Dia takkan angkat panggilan kita, Ji. Dia takkan balas mesej kita. He'll never do it, again..."
"He already left us hanging here, Jihoon."
Kedua ketua itu semakin mengeratkan pelukan. Melepaskan tangisan yang hanya mereka pernah mendengarnya. Hilangnya seorang ketua, mereka terasa kosong tanpanya.
Namun, apakah daya... ini pilihan dia.
Pilihan Kwon Soonyoung untuk meninggalkan mereka.
Even A Word •K.SY• | 24 March 2022
THE ENDAnother masterpiece reach the end ! thank you so much for having so much patience until the end :( I don't deserve you guys :(( ❤️❤️ and I'm sorry if the story didn't have a lot of tears from you :( i tried my best to make it angst but yeah I'm proud of this !
dont forget to checking out my others story ! love ya 🤍

ANDA SEDANG MEMBACA
Even A Word ?K.SY?
Short Story[COMPLETE] Terkenal sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky , Kwon Soonyoung tidak menyangka kelakuannya membuatkan rakannya tidak senang . ? Aish hyung ! Boleh tak diam sekejap ? Orang nak rehat pun tak tenang ! ? Dirinya terasa , namun dia t...