抖阴社区

BAB 33

16.7K 898 35
                                    

***

"Hello Assalamualaikum babygirl" suara garau di hujung talian buatkan Melissa yang masih lagi mamai itu mencelikkan matanya luas

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Hello Assalamualaikum babygirl" suara garau di hujung talian buatkan Melissa yang masih lagi mamai itu mencelikkan matanya luas.

"Ayang!!!" jerit Melissa.

"Ye babygirl. Kau baru bangun tidur ke tu?" soal Hud tatkala mendengar suara serak Melissa itu. Macam tahu-tahu je.

"Mana awak tahu yang saya baru bangun?" soal Melissa ingin tahu.

"Bukan Melissa Adanni memang hobi dia tidur ke?" soal Hud kembali.

"Tak. Ayang, saya tunggu awak call sampai tertidur. Risau tahu tak. Dah malam tak sampai-sampai lagi"

"Bateri phone aku low baby. Tak perasan pula aku tak charge before bertolak tadi. Ni baru siap charge. Kalau nak oncall sampai pagi esok pun boleh" kata Hud.

"Mengada. Awak tidur je lah, esok nak kerja. Tadi saya risau sebab tak tahu awak dah sampai ke belum. Sekarang ni saya dah tak risau" ujar Melissa.

"Risau je ke? Tak rindu?" soal Hud mengada.

"Risau je, kalau rindu kena tunggu dua tiga hari lagi. Awak baru tinggal tak sampai 24 jam takkan dah nak rindu?" sangkal Melissa.

"Kalau aku, sesaat pun aku dah rindu." jawab Hud.

"Mengada! Pergi tidur sana" arah Melissa.

"Betul ni? Tak menyesal?" soal Hud lagi.

"Ye betul... Dah dah letak bye" kata Melissa sebelum menamatkan panggilan begitu sahaja.

Baru sahaja Melissa ingin menyambung tidurnya, nada notifikasi telefon bimbitnya berbunyi.

Ting.

My Ayang❤

⏮ ▶ ⏭

Voice note yang dikirim Hud itu membuahkan senyum di bibir Melissa. Lantas rakaman suara itu dimainkan berkali kali sehingga Melissa tertidur akhirnya.

I want you to know
I love you the most
I'll always be there right by your side
'Cause baby, you're always in my mind
Just give me your forever

Goodnight babygirl...

***

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Benci Tapi Sayang?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang