抖阴社区

021

28.4K 929 31
                                        

Usai mandi, tuala diambil lalu dikeringkan rambut ikal mayang nya. Damia menghela nafas lega. Segar sedikit rasanya selepas satu hari berpenat lelah dengan majlis akad nikah nya yang ringkas. Dengan jelingan makcik-makcik bawang lagi, huh.

Selepas Daniel menghantar gadis itu pulang, lelaki itu terus pergi ke tempat lain. Ada urusan lain katanya. Damia hanya mengangguk faham. Tidak mahu pula memaksa lelaki itu untuk kekal bersamanya. Nanti naik rimas pula si Daniel tu! Sudahlah cepat beremosi.

Damia menggeleng kepala perlahan membuang fikiran bukan-bukan di dalam kepalanya. Pelembap muka disapukan pada seluruh wajahnya. Sempat gadis itu menilik wajahnya pada pantulan cermin.

"Haih.. tengok apa kau dah buat. Kan dah tak pasal-pasal kahwin dengan tunang orang. Hm. " rungut gadis itu perlahan. Rasa bersalah nya masih belum hilang.

Apalah agaknya yang Daniel rasa semasa melafaz akad nikah tadi? Mesti lelaki itu menyampah dan marah kan? Terpaksa kahwin dengan gadis piatu yang tiada apa-apa seperti nya.

Sekali lagi, Damia mengeluh panjang. Apa yang harus dia lakukan sekarang?

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu itu terus menarik perhatian Damia yang termenung jauh. Terus gadis itu gelabah menyarung tuala di kepalanya sebelum berlari membuka pintu. Tombol pintu dipulas perlahan.

Terpampang wajah Daniel di hadapan pintu. Terus Damia terdiam sejenak. Teragak-agak gadis itu mahu membuka pintu. Patut ke aku bagi dia masuk?

Terjungkit kening Daniel, pelik dengan kelakuan gadis itu.

"Bukaklah pintu ni, aku nak masuk. " ujar Daniel. Daun pintu ditolak tetapi Damia lebih laju menahan dari dalam.

"Hei, apehal kau ni? Aku penat lah. Bagilah aku masuk. " Daniel mendengus geram. Tangannya masih cuba untuk membuka pintu tetapi Damia tetap menahan dari dalam.

"Awak pergilah masuk bilik lain! " ujar Damia sambil menggeleng kepala laju tidak benarkan lelaki itu masuk. Daniel tercenggang sekejap.

"Lah.. apehal pulak aku kena masuk bilik lain? Bilik aku, suka hati aku lah nak masuk! " marah Daniel tidak puas hati. Suka-suka aje halau orang! Ee!

"Lelaki dengan perempuan mana boleh satu bilik! " jawab gadis itu selamba.

Daniel mengeluh pasrah. Ya Allah! Kau kuatkan lah hati aku nak menghadap perangai bendul si Damia ni. Doa Daniel di dalam hati nya, pasrah.

"Damia, kita dah kahwin. Mestilah kita boleh duduk sebilik. " ujar Daniel perlahan. Damia diam.

"T-tapi.. "

"Tak ada tapi-tapi! Cepat bukak pintu ni, aku nak tidur! " potong Daniel laju. Mengantuk dan penat menguasai dirinya.

Tiada pilihan lain, Damia terpaksa juga membuka pintu untuk lelaki itu. Nak tak nak, dia suami. Harus dihormati. Pintu dibuka dari dalam memberikan ruang untuk Daniel masuk.

Daniel menghela nafas lega sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Ah! Lega! Di matanya sekarang hanya katil bersaiz King di hadapan nya. Uh! Nak tidur! Tanpa pedulikan Damia di sebelah, terus lelaki itu melompat ke atas katil empuk bersaiz King itu. Bantal dakap ditarik bawa masuk ke dalam dakapan nya dengan senyuman lebar.

Damia terkedu beberapa saat melihat gelagat suaminya yang selamba lompat ke atas katil. Tak pernah-pernah dilihatnya perangai lelaki ini sebegini. Selalu beku aje 24 jam! Tahu-tahu aje, boleh melompat macam kanak-kanak ribena. Haha, comel!

Eh-

"Eh. Lupa pulak. " Daniel bangkit dari pembaringan nya lalu menoleh ke arah Damia yang masih berditi statik di pintu.

Beberapa saat, Daniel tergamam sendiri. Pertama kali dia melihat Damia tanpa tudung. Rambut ikal mayang gadis itu yang panjang mengurai menarik perhatian Daniel. Cantik! Tanpa sedar, wajah gadis itu sudah berona merah apabila Daniel merenung dirinya tidak lepas.

Rasa nak lari masuk tandas aje! Malunya! Daniel dah nampak rambut dia! Ah! Macam manalah pasangan baru kahwin boleh hadapi saat-saat memalukan begini. Ee!

"Cantik. " ujar Daniel tanpa sedar.

"Ha? " terkebil-kebil mata Damia mendengar ujaran lelaki itu.

Seakan tersedar apa baru yang diakatakan tadi, terus Daniel berdehem kuat. Adeh! Memalukan.  Cadar katil dibetulkan sedikit acah-acah macho. Malu!

Disebabkan suasana kekok yang melanda, Damia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu. Krik! Krik! Kekok nya! Aaa. Belum sempat gadis itu melangkah pergi, Daniel memanggil namanya.

"Damia! " panggil Daniel menghentikan langkah gadis itu. Damia menoleh ke arah Daniel dengan kening terangkat.

"Ye? " jawab gadis itu polos. Kain tuala dibetulkan sedikit di atas kepalanya.

"Uh.. umm.. kau.. dah mandi ke? " tanya Daniel gagap. Cis! Soalan lain nak tanya, soalan lain yang keluar!

"Dah, baru je. Daniel pergi lah mandi. " jawab Damia lembut.

Sedaya upaya lelaki itu cuba menyembunyikan senyuman nya. Ah! Dia panggil nama kita! Malunya! Daniel menggaru belakang lehernya, malu. Riak wajah cuba dikawal.

"Oh. Nanti aku mandi. " balas Daniel acah-acah macho.

"Okay, saya pergi tolong Nek Ma kejap. " ujar gadis itu dengan senyuman kecil. Minta izin gitu! Isteri solehah ekeke.

"Okay. Bye. " balas Daniel sekali dengan lambaian kecil.

Terletus tawa kecil gadis itu melihat gelagat suaminya. Apalah! Orang nak pergi tolong Nek Ma aje pun, siap lambai pula. Ekeke! Comel betul si Daniel ni.

"Babai! " Damia sengaja ikut rentak lelaki itu, tangan dilambai kepada Daniel sebelum beredar pergi.

"Eh. "

Daniel terdiam beberapa saat sebelum tersedar kelakuan nya tadi. Terus tangan besar nya naik menekup mulut nya sendiri.

"Oh god. Daniel, apa kau buat tadi! " bebel Daniel perlahan seraya tangannya mencengkam kuat selimut tebal di hadapan nya.

Ya Allah! Malunya! Aaaa. Gerutu hati Daniel, menahan malu yang bertalu-talu datang di dalam dirinya. Selepas hampir beberapa minit lelaki itu melepaskan rasa malu yang terkumpul, lelaki itu berdiri tegak. Baju melayu nya dibetulkan sedikit sebelum berdehem kecil.

Tak apa, malu itu sementara. Lebih baik mandi daripada terperap dengan bau kepam ni. Hm! Tanpa buang masa, Daniel terus mencapai kain tuala nya dan masuk ke dalam tandas. Biar diri segar!

Nek Ma yang baru selesai mengerjakan solat maghrib melipat telekung nya kemas. Kemudian warga emas itu berlalu ke ruang tamu. Susuk tubuh Damia menyapa pandangan nya. Khusyuk gadis itu merenung ke arah skrin tv yang tidak terbuka.

"Mia. " panggil Nek Ma seraya mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"Eh! Nek Ma. " tersedar gadis itu sebaik sahaja suara Nek Ma menyapa gegendang telinga nya. Eh! Jauh kau termenung ye, Damia.

"Kamu buat apa seorang kat luar ni? Hanz mana? " tanya Nek Ma.

"Oh, Daniel tengah mandi kat dalam bilik. Mia.. err.. saja je keluar, ambik angin. Hehe. " Damia tersengih senget. Kang kantoi nanti, malu aje!

"Hm.. tak pernah dibuat orang ambil angin dekat ruang tamu ni. Kamu lari ye, hm? " ujar Nek Ma sambil tersenyum penuh makna. Gelabah Damia cuba mencari alasan.

"Eh! Mana ada.. Nek Ma ni. Mia saja je keluar, bosan duduk dalam bilik tu sorang. Ish, Nek Ma ni! Bukan-bukan aje. " Damia menggeleng kepala perlahan.

"Yeye je kamu ni. Tak apa, Nek Ma faham.. orang muda kan, darah manis. Haha. " Nek Ma ketawa kecil seraya menepuk peha gadis itu perlahan.

Damia hanya tersenyum kekok mengangguk. Tak apalah, layan ajelah.

C | MR. DOMINANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang