Saya baru perasan satu perkara menarik usai menonton episod ketiga dan terbaru Obi-Wan Kenobi sebentar tadi.
Hakikatnya kisah hidup Panglima Jedi Obi-Wan Kenobi dan Kapten Pete "Maverick" Mitchell tidak jauh beza. Hampir setiap set konflik kesulitan atau masalah peribadi yang dialami oleh kedua-dua legend ini tampak seakan-akan sama.
Masing-masih agak sukar mahu move on dek kerana kesilapan masa lampau yang sebenarnanya boleh dielakkan.
Masing-masing keras kepala, degil dan kononnya berpegang pada keluhuran prinsip atau code of conduct.
Masing-masing in denial bahawa beban berat emosi mereka memang sudah tidak tertanggung lagi.
Akhirnya, bertemulah mereka dalam dua saga yang berbeza tetapi pada hikayat cerita pada aliran serupa. Anak beranak boleh layan. Satu keluarga boleh ambil ikhtibar. Sesungguhnya barang yang lepas usah dikenang. Andai dikenang meranalah diri. Mustahil tidak ada ruang dan peluang untuk kembali ke pangkal jalan sekaligus sedar untuk sesuatu ketentuan itu pasti ada hikmah besar.
Cuma satu nak pesan: Jangan kau puja roh bila dah stuck, Mat!
