Haz memberi renungan tajam pada setiap guru yang sedang giat menjalankan tugasnya di bilik guru. Ramai guru yang tidak berani untuk bertentangan mata dengannya. Dia paling pantang melihat guru yang cuba-cuba untuk mencuri tulang. Lagi-lagi dengan cikgu yang hanya memakan gaji buta sahaja.
Haz yang memainkan peranan sebagai penolong kanan sekolah berjalan di setiap meja untuk memantau guru yang lain sama ada mereka melakukan tugas mereka ataupun tidak. Sesetengah guru perempuan tersipu malu setelah direnung oleh mata Haz. Cehh...dasar perempuan.
"Haz, pengetua panggil kau kat dalam." Ujar Ryan iaitu rakan setugas Haz.
"Apahal pula?" Soal Haz.
"Entahlah katanya urgent. Kau jumpalah dia sana." Ujar Ryan lalu beredar untuk menyambung tugas. Haz mengeluh perlahan.
Haz menuju ke arah bilik pengetua tersebut dan kelihatan pengetua sedang bersedia menunggu kedatangannya.
"Ha Haz, duduklah kat sini. Ada perkara yang saya perlu bincang kepada kamu." Ujar Pengetua Floyd. Haz duduk di hadapan pengetua tersebut seperti yang diarahkan.
"Ya maafkan saya, perkara penting apa yang pengetua nak bincangkan pada saya?" Ujar Haz.
"Kamu kena tahu yang kita sudah lama bincang tentang perkara ini. Kamu sudah fikir masak-masak dengan lantikan hari itu." Ujar Pengetua tersebut dengan tegas. Haz mengeluh perlahan.
"Maaf. Saya sesekali takkan menerima tawaran tersebut dan saya cukup selesa mengajar anak murid saya sebagai seorang guru. Saya harap pengetua dapat pertimbangkan keputusan saya." Ujar Haz.
"Tapi kamu kena tahu usia saya sekarang ini semakin meningkat dan berkemungkinan besar saya akan bersara. Siapa lagi yang akan gantikan tempat saya kalau bukan kamu?" Ujar pengetua tersebut.
"Saya faham dengan keadaan pengetua sekarang tetapi anda harus tahu bahawa saya juga mempunyai pendirian saya dalam menentukan keputusan saya dan anda tidak berhak untuk memaksa saya." Ujar Haz dengan sedikit tegang. Pengetua tersebut menggelengkan kepala.
"Haz, ayah betul-betul merayu pada kamu yang ayah betul-betul mahukan kamu untuk ganti di tempat ayah. Siapa lagi yang ayah harus lantik kalau bukan kamu? Kamu kena tahu atuk kamu yang berusaha untuk menjayakan sekolah ini di tahap cemerlang." Ujar ayahnya a.k.a pengetua Floyd.
"Kan banyak orang lain lagi yang lebih hebat dari Haz. Kenapa Haz juga yang ayah pilih? Maafkan Haz sebab Haz betul-betul tak setuju untuk pegang jawatan pengetua di sini." Ujar Haz lalu beredar pergi.
Ayahnya hanya terdiam sahaja melihat pemergian anak lelakinya itu.
****
Haz berjalan di sekeliling sekolah tersebut yang memainkan tugas sebagai guru disiplin. Kelihatan ramai murid sedang keluar berehat. Tiba-tiba dia terdengar suara murid yang sedang menjerit antara satu sama lain serta suara sorakan murid yang lain. Haz bergegas menuju ke arah sana.
Kelihatan beberapa murid sedang bertumbuk di sana sini. Terdapat ayat makian yang diucapkan di sana sini. Habis meja dan bangku berselerak disebabkan pergaduhan mereka.
"Hoi!!!! Berhenti!!!!" Jerit Haz membuatkan murid yang lain segera beredar dari situ akibat terlihat guru disiplin yang garang itu. Murid yang bergaduh tadi segera berhenti dan berdiri statik di sana. Haz mendekati ke arah mereka dan beriak tenang. Murid tersebut menggigil ketakutan akibat terlihat mata helang yang menakutkan milik guru tersebut.
Tanpa menunggu masa Haz terus menampar pipi murid tersebut dengan satu persatu. Murid tersebut terus memang pipi mereka akibat terkena tamparan kuat tetapi tidak mampu untuk melawan. Siapa lagi yang berani melawan Cikgu Haz?. Sudahlah tubuh guru tersebut tinggi ditambah lagi dengan badan sasa yang besar.
"Apa kes korang tadi?" Soal Haz.
Murid tersebut diam.
"Aku tanya apahal pasal kes tadi jawablah bodoh!! Kau nak aku sepak muka korang satu persatu lagi ke?" Ujar Haz dengan garang.
"Di..dia ejek nama ay..ayah saya tadi cikgu." Ujar salah satu murid itu.
"T...tak cikgu dia tipu." Ujar murid yang lain.
Haz menatap tajam wajah mereka seperti ingin membaham mereka.
"Korang tau kan kes gaduh seperti ni dah tak boleh dibawa main-main? Lagi-lagi zaman sekarang ni sampai ada murid yang lain masuk hospital akibat daripada kes bertumbuk. Lagipun aku dah malas nak buang masa untuk nasihat budak yang tak reti faham macam korang ni better aku buat keputusan dulu." Ujar Haz. Murid tersebut terketar lutut akibat mendengar kata-kata guru tersebut.
"Aku akan panggil ibu bapa korang sekarang dan tiba masanya untuk buang korang daripada sekolah ni demi nama baik sekolah." Ujar Haz dengan datar.
Dari situ murid itu mula diselubungi dengan ketakutan.

ANDA SEDANG MEMBACA
SIR OF DEVIL
Teen FictionCHEARL LUMMY- Seorang gadis yang miskin dan diperendahkan oleh masyarakat yang lain disebabkan tahap IQ nya yang rendah. Dia sering menjadi mangsa kritikan oleh guru yang tegas di sekolahnya. HAZ FRENDER- Seorang guru yang berpendidikan tinggi dan s...