抖阴社区

01

138 13 18
                                    

"Dah dah.. janganlah menangis.." ujar Yeonjun lembut sambil mengalihkan tangan Jiae dari terus menutup mukanya. Yeonjun merenung ke dalam mata Jiae dengan penuh kasih sayang.

"Uljima.. jom appa belikan aiskrim untuk Jiae. Anak appa kan kuat. Jatuh sikit je ni."

Jiae masih tersedu sedan menahan tangisan. Sakit tau hiks. Tanpa melengahkan masa, Yeonjun mendukung anaknya itu.

"Oppa.. kenapa Jiae nangis pulak ni.." Yeonjun menoleh ke arah suara tersebut lalu mengukir sebuah senyuman kepada isterinya itu.

"Takde apa Mirae-ah. Jatuh sikit je ni"

᪥᪥᪥

"WARGH!!! SUMPAH MIMPI BURUK DO AKU TADI! TAH MACAM MANA TAH AKU BOLEH KAHWIN DENGAN MAMAT ACAH BAGUS TU! SIAP ADA ANAK WEH KEPALA OTAK! TAKDE TASTE KE SIA MIMPI AKU TU UGHHH.. DISGUSTING TAU TAKKK DISGUSTINGG!!" Luah Mirae sebaik sahaja sedar dari mimpinya. Siapa lagi kalau bukan Cheonji yang kena tadah telinga dengar rungutan bebelan luahan jeritan si Mirae tu.

"Kau ni Mirae, jangan benci sangat. Nanti kang kahwin menyesal la sendiri ha. Tu mimpi tu antara tanda-tanda masa depan kau dah tu."

"EE GELILA CHEON! Ugh tak sanggup aku. Lain la kalau Beomgyu ke en? Tu baru la ciri-ciri lelaki idaman aku. Handsome pun handsome, baik pun baik, manly pun manly, kacak pun kacak." Ujar Mirae sambil paras rupa Beomgyu yang sempurna itu sudah berlegar-legar dalam mindanya.

"Suka hati kau lah weh. Aku tengok dari tepi je." Kata Cheonji. Malas la nak layan angau Mirae harini.

"Weh Mirae sudah sudah la tu berangan. Cikgu tak masuk lagi tu baik kau cari cikgu." Ujar Cheonji kepada Mirae. Ish Cheonji ni spoil mood betul. Orang baru nak syok syok berangan. Mirae terus menilik jam tangannya.

"Awal lagi lah weh. Kan jam kelas cepat."

"Lah kata penolong kelas yang berdedikasi. Kalau nak harapkan si Jihoon sampai mampus pun dia tak panggil. Mirae, inilah peluang kau nak raih hati cikgu! Mana tahu tahun depan kau boleh jadi Ketua Pelajar. Tak nak ke?" Cheonji menyumbangkan kata-kata semangat buat Mirae. Nanti kalau Mirae jadi ketua pelajar, dia boleh lah menumpang femes.

Tanpa membuang masa, Mirae terus bangun dari tempatnya untuk melaksanakan misi meraih hati cikgu yang entah bila mula.

᪥᪥᪥

Mirae sudah puas meronda bilik guru. Entah mana cikgu dia ni hilang. Setelah puas mencari, hanya satu lagi kemungkinan yang ada Mirae terus menuju ke papan kenyataan yang menunjukkan senarai guru ganti untuk guru-guru yang tidak hadir.

"BA!!"

"WARGH!!!!" Mirae terus pusing menghadap manusia yang berada di belakangnya. Dah agak dah. Mesti mamat tak guna yang acah bagus ni. Siapa lagi kalau bukan Choi Yeonjun?

"KAU NI KENAPA?" Marah Mirae di hadapan bilik guru itu. Kalau kena maki dengan cikgu, nasib kau lah Mirae.

Yeonjun hanya menayangkan muka toya. Mirae mengetap bibir geram melihat muka Yeonjun itu. Rasa nak cincang cincang je tau tak? Lengan Yeonjun akhirnya dipukul juga oleh Mirae.

"Adeh." Nampak tu dia yang pukul, dia yang sakit. Tak sangka Yeonjun ni orang-orang yang berotot. Keras beb biceps dia.

"Wui Mirae, Yeonjun, buat apa tu?" soal Beomgyu yang baru sahaja keluar dari bilik guru.

"Pfftt.. mana ada buat apa-apa. Tak ada buat apa-apa lah. Cuma test kesadoan si Yeonjun ni ha." balas Mirae dengan senyuman sehipokrit backstabber sambil memukul-mukul lengan Yeonjun.

"Eh perempuan nih." ujar Yeonjun sambil memandang Mirae tak puas hati.

"Amboi Yeonjun, aku pergi bilik guru sekejap je pun. Sempat eh berdating kat sini." usik Beomgyu.

"Jadah kau dating. Dia ni not my taste la weh. Please lah. Dahlah jom."

"Woi sedap engkau je en? Aku kesian kat kau Yeonjun tapi nak buat macam mana, bukan semua orang ada taste tinggi. Aku faham, taste kau ni beshe-beshe je. Takpe Yeonjun, it's okay." Balas Mirae.

"Babun."

"Kelakar la ku ni Mirae. Lain kali sembang la dengan kitorang lagi." Kata Beomgyu.

Muka Mirae terus bercahaya apabila mendengar kata-kata Beomgyu. Macam nama dia dah bertukar menjadi Nur Mirae.

"B-boleh je hehehehh." Balas Mirae sambil tersenyum seperti tenuk.

"Dah lah Beomgyuu jomm." Yeonjun menarik tangan Beomgyu untuk meninggalkan kawasan tersebut dan dengan itu, Mirae turut memulakan langkahnya untuk pulang ke kelas. Namun matanya sempat menangkap figura Yeonjun yang sibuk memukul dan menyepak Beomgyu sambil Beomgyu itu terkekek ketawa.

Lah, kena pukul pun kelakar ke? Mirae melupakan apa yang dilihatnya itu dan terus menyampaikan pesanan kepada kelasnya.

"Cikgu takde. Cikgu ganti pun takde tapi jangan bising-bising eh korang." Dengan itu, warga kelas itu terus bersorak gembira. Padahal baru cakap kot jangan bising. Takpe apa-apa nanti Jihoon yang kena sebab dia ketua kelas.

--

Hope you enjoyed the first chapter! Thanks for reading ❣️

[?] future · choi yeonjun Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang