Lily mengerang kesakitan. Tubuhnya dipukul beberapa kali tanpa rasa belas kasihan.
"Sakit -- Cik Zai." Getah paip yang baru sahaja digunakan tadi dicampak jauh wanita tua itu. "Kau ni memang menyusahkan."
"Kau tak tau sekarang dah pukul berapa?! Kenapa baru nak balik?" Di tarik-tarik gadis kecil itu berkali-kali. Lily yang tidak berdaya hanya membiarkan perkara itu terjadi.
Nak melawan? Dia sendiri tidak mampu.
"Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar, ni kau buat apa? Dengan tudung tercabut! Kain terkoyak! Apa kau ingat laki aku kerja untuk sara kau sahaja?"
Ditunjal kepala anak saudaranya itu berkali-kali.
"Mama, tadi waktu dekat sekolah Lily tak dengar cakap Hana pun. Hana suruh dia belikan roti, banyak alasannya."
Lily menggeleng kepala laju. Dia sudah melakukan semua yang disuruh Hana di sekolah tadi, kenapa Hana memilih untuk menipu.
"Apa! Amboi-amboi senang hidup kau? Anak aku suruh buat kau tak mahu? Sini kau." Badan kecil Lily ditarik masuk kedalam tandas.
Air kolah yang penuh berisi air mereka tuju. Cik Zai merendamkan kepala Lily kedalam kolah berkali-kali.
Tidak sempat bernafas kepalanya sudah dihumban ke dalam kolah sekali lagi. Habis hidungnya pedih dek air yang memasuki hidungnya tanpa henti.
Setelah puas, mereka dua beranak meninggalkan Lily disitu terbatuk-batuk sendirian.
Dadanya sendiri dipukul-pukul dengan rasa marah. Marah kepada dirinya, pada Umi dan Abah, pada semua orang!
CLACK *
Bunyi pintu bilik air dikunci dari luar membuatkan anak gadis itu cemas dan ketakutan. Ditambah lagi dengan lampu bilik air tersebut turut ditutup.
Berlari kecil Lily mendapati pintu. Diketuk-ketuk pintu beberapa kali tapi tiada yang menyahut.
"Cik Zai! Hana! Jangan buat macam ni dekat Lily, Lily janji tak buat lagi." Sia-sia berlaka semua itu.
Tiada suara yang menyapa, hanya bunyi titisan air paip yang mematikan kesunyian malam itu.
♡ ♡ ♡
Pintu pagar besar Sekolah yang tertutup membuatkan aku memejamkan mata seketika.
"Yang datang lambat beratur sini." Suara pengawas Sekolah menyentakkan lamunan. Perlahan aku berjalan kearah pintu pagar kecil ditepi.
"Nama." Aku mendongak memandang pengawas lelaki yang juga sedang memandang aku dengan tajam. "Nama kau apa?" Suaranya dikeraskan sedikit.
"Lily."
"Full name."
"Dhia dalily." Pengawas tadi mengangguk sebelum membenarkan aku masuk ke dalam Sekolah. Keluh aku melihat kad 'detention' yang sempat diberikan pengawas tersebut.
Datang sekolah pukul 8, pukul 2 habis sekolah dan selepas itu kelas tambahan sehingga pukul 5.
Akhir sekali detention bermula pada pukul 5 dan berakhir pada pukul 6:30 malam.
Harap Cik Zai tak marahkan aku kalini. Bisik hati kecilku.
Masuk sahaja ke dalam kelas, guru telah memulakan pelajaran. Perlahan aku meminta maaf kepadanya sebelum duduk di tempatku sendiri.
"Lily datang lambat ke?" Aku memusingkan kepala kebelakang menghadap Hana yang memuncungkan bibirnya kehadapan.
Mengejek aku.
Kalau bukan sebab dia dan Cik Zai, aku tak akan datang lambat. Gigi aku kertap kuat.
"Lily? Ada masalah ke?" Guru yang sedang mengajar dihadapan memeluk tubuhnya sambil matanya dikecikkan.
"Tak ada cikgu."
♡ ♡ ♡
Kelas tahanan. Nasib lah aku sempat sampai pada waktu, kalau tidak sudah tentu --
"Ni perempuan semalam!" Aku terdiam. Meja yang aku duduki dihentak seseorang dengan kuat sehingga aku sendiri terkejut. Tidak berani memandang mata lelaki itu.
"Lily." Dia menundukkan kepalanya selaras dengan wajahku, tersenyum sinis lelaki itu memandang aku.
"Oh please stop this bultshit already. Bukan ke semalam aku dah ajar korang?" Suara kasar seorang lelaki membuatkan ketiga-tiga lelaki dihadapan aku terdiam serta-merta.
Pelajar lelaki, kacak
Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Hati aku sudah tidak keruan melihat wajah dingin lelaki itu. Dingin tetapi kacak, sangat kacak
Lamunan aku terhenti apabila lelaki-lelaki tadi menghentak meja aku sekali lagi sebelum duduk di meja yang lain.
Aku lirikkan mata aku kearah lelaki kacak tadi, dia sudah pun memandang aku.
"Weirdo."
Tepi tingkap tempat lelaki itu melabuhkan punggung. "Luthfi." Aku tersenyum kecil setelah dapat membaca nama yang tertera pada tag namanya.
Lelaki yang sudah selamatkan aku buat kali kedua.
Namanya Luthfi.
♡ ♡ ♡

ANDA SEDANG MEMBACA
FIRST : LILY UNTUK LUTHFI
Romance"I saw that you were perfect, and so I loved you. Then I saw that you were not perfect and I loved you even more." - Luthfi Hanan "There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbin...