抖阴社区

Part 41

1K 47 11
                                        

Dini meloloskan diri kedalam kereta Eshal yang diparkir di ruang menunggu itu.Hari ini giliran Eshal untuk menjemputnya dari hospital.Kereta Eshal meluncur laju keluar dari perkarangan hospital.Dini memijat lembut lengannya yang terasa lenguh itu setelah habis bertugas.

"Kau nak makan ape malam ni?"Eshal bertanya kepada Dini yang ralit menaip sesuatu di skrin telefonnya itu.

"Entah..kau tak masak erkk?.." Dini menjeling memerli Eshal yang masih fokus pada pemanduannya itu.

"Hurmm..aku tak masak sebab Mia ikut Mukhriz gi rumah umi..kang masak banyak-banyak tak habis lakk.."Eshal membebel sambil mencebikkan bibirnya kearah Dini.

"So...kita makan nasi goreng pun sodaappp ni..!"Dini memberikan idea sambil mengusap lembut perutnya yang sudah berkeroncong itu.Eshal hanya ketawa kecil mendengar idea Dini dan memecut laju keretanya menuju ke kedai makan kegemarannya.

Selesai sahaja membuat pesanan tiba-tiba kedengaran telefon Dini berdering.Eshal hanya melihat melalui ekor matanya.Riak wajah Dini seakan berubah sambil menjelingnya tajam.Eshal seakan dapat meneka panggilan itu daripada siapa.

"Kau ni kenape Eshal?..sampai ye hati kau...diorang semua tunggu kita sampai tau tak!" Dini terus membebel setelah panggilan tadi itu terus terputus.Telefon dihentak keatas meja makan itu.Eshal sedikit terkejut dan masih membatu.

"Ni Mia dengan Zara dah pesan makan malam kat rumah umi pun kau tak inform aku pun..!"

"Kot ye pun kau tak nak jumpa Hazril tu at least kau respect la umi dengan bonda tu..!" Dini meninggikan suaranya kearah Eshal yang hanya merenung skrin telefonnya itu.Benteng kesabarannya sudah pecah melihat Eshal yang berperangai seperti itu.

"Sorry laa..aku tak boleh la Dini..kau kena paham situasi aku.."Eshal bersuara seakan merayu.Dini menjelingnya sekilas.

"Lepas tu..situasi orang lain ada kau pikir?" Dini membentak lagi.Eshal hanya berdiam malas mahu bertekak.
Dini bangun dan mencapai kunci kereta yang terselit di celah tas tangan Eshal itu.

"Kau makan lah...aku tak selera...aku tunggu dalam kereta!"Dini berpaling dan melangkah menuju kearah kereta.Eshal yang terkejut itu terus mengeluh kuat.

"Adoii!"Eshal menepuk dahinya kuat setelah menyedari Dini merajuk dengannya.

"Bang!!bungkus yang saya order tadi ye.." Eshal memberitahu kepada pelayan yang mengambil pesanan mereka tadi.Setelah sepuluh minit Eshal membuat bayaran dan mengambil makanan itu lalu langkahnya dihayun menuju ke kereta.

Dini di bahagian penumpang itu cemberut mukanya.Sempat dia menjeling sekilas ketika Eshal melintasi bahagian hadapan kereta.

Sampai sahaja dirumah Dini menuju kedapur.Eshal meletakkan makanan diatas meja.

"Tu..aku tapau yang kau pesan tadi..makanlah..nanti gastrik.." Eshal cuba memujuk Dini yang hanya diam sambil meneguk air kosong dengan rakus itu.

"Tak payah lah kau bukan kisah pun hati orang lain.." Dini bersuara sambil berjalan keluar dari dapur.

"Laa..apa lagi salah aku Dini?okey..kalau sebab tadi tu aku minta maaf.."Eshal bersuara lirih.Dini hanya berlalu tanpa memberi respon kepada permohonan maaf Eshal.Eshal mengetap bibirnya.

'Haishh!!'~

🌹🌹🌹

Eshal meninjau sekeliling ruang tamu rumah itu setelah pulang dari pejabat.Sudah dua hari Dini ke tempat bersendirian dengan teksi kerana cuba mengelak dari menumpang Eshal.Mia hanya sempat menjemput Dini setelah habis bekerja sahaja.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang