抖阴社区

8

16 6 1
                                        

AREUM POV:

Aku masih tak henti memijak telefon yang retak itu sehingga menjadi serpihan kaca. Aku memijak lagi.

"Berkecai lah kau! Berkecai lah kau!!!" Jerit aku sambil memijak.

"Yah! Areum ssi. Gumanhae!" Doyoung sudah berani meningking aku.

"Kau siapa nak arah aku?!"

"Areum ssi kenapa dengan kau ni? Kau dah hancurkan telefon aku. Sudahlah aku tak ada telefon sekarang ini. Tindakkan kau ni macam kau pernah jumpa aku. Kenapa dengan kau, Areum ssi?" Doyoung mula berkata dengan sopan dan lembut.

"Sebab aku benci telefon ini. Telefon ini banyak sial. Kau nak guna lagi ke? Ahah! Sudah berkecai. Cari sahaja yang baru!"

"Aku dapat rasakan, yang kau menipu aku. Mungkin ada kisah aku, kau dan telefon ini. Betul ke kau tak kenal aku?"  Doyoung mula memegang bahu aku. Mata aku dengan dia mula bertentang.

Aku mula panik saat Doyoung memegang bahu aku. Dan sedikit terketar..

Doyoung mula menolak bahu aku perlahan-lahan sehingga aku tersandar di dinding. Kepala aku ditonyoh dengan hujung jari Doyoung.

"Kenapa kau beritahu dia!" Wae!!!"

Lamunan aku mula terhenti. Aku menolak tangan Doyoung yang sedang memegang bahu aku.

"Tangan kau jijik. Kenapa nak sentuh bahu. Kau fikir kau handsome? Nak pikat aku?" Selamba ayat itu keluar dari mulut aku.

"Ani. Areum ssi!" Aku terus meninggalkan tempat itu dengan keadaan bersepah dengan serpihan telefon yang berkecai berderai.

*
DOYOUNG POV:

Aku mengutip segala serpihan-serpihan kaca dengan mencangkung. Tiba-tiba ahjumma masuk kedai. Ku sangkakan tuan kedai tapi ahjumma lain.

"Aigooo, kenapa anak muda. Ada sesuatu pecah ke?"

"Ne, ahjumma nak beli apa-apa ke?"

"Aigooo, kamu sepatutnya lebih berhati-hati. Ini sudah berlaku kerugian. Botol kaca apa yang pecah itu?"

"Ani. Bukan barang jual. Barang personal saya"

"Lega ahjumma dengar. Ahjumma nak tiga plastik bawang putih"

"Jamkkanman"kata aku

"Igeo, XXXXX won"

"Aigoo. Boleh ke ahjumma datang semula. Beg duit ahjumma tertinggal. Tapi, ahjumma bawa dulu bawang ni. Alang-alang balik rumah kan"

"Nde?" Aku mula blur

"Yah! Ahjumma! Nak hutang lagi ke? Nama ahjumma dah tersenarai sebanyak 10 hutang tak dilangsai. Jangan nak guna helah lain. Dengan lelaki bodoh ni boleh lah nak tipu. Dengan saya ahjumma tak boleh tipu" aku terkejut bila melihat Areum muncul semula.

"Aigoo, ahjumma sangkakan kamu ada dibandar.   Areum ah, ahjumma akan bayar. Sekarang ini, ahjumma memang tak ada duit. Cucu ahjumma kelaparan. Tiada apa bahan nak buat masak. Hanya sup bawang putih je ahjumma boleh buat" aku melihat ahjumma merayu dengan memegang tangan Areum"

"Tak payah bayar. Bawak balik je lah" Areum mula bersimpati

"Ahjumma tahu Areum seorang yang baik"

"Doyoung pun tahu, Areum memang seorang yang baik" sampuk aku dan Areum terus menjeling ke arah aku.

"Jangan banyak cakap! Selesaikan kerja itu. Tentu menangiskan. Telefon baru dapat dah berkecai? Kesian" aku berasa sangat marah tetapi aku tak mampu nak marah sebab, aku pun tak tahu siapa Areum sebenar. Dia memang meragui aku.

~
Areum berlari di sekeliling padang sekolah kerana didenda oleh gurunya kerana tidak siap kerja sekolah.
Tiba-tiba ada seorang lelaki yang mengganggunya.

~
TAEIL POV:

Aku berasa penat hari ini  dan terus ke dapur.  Aku mula meneguk air kosong untuk melegakan
haus tekak aku.

Ada sesuatu yang teringat dalam ingatan aku.

"Yah! Oraenmaniya. Taeil ah. Kita berjumpa lagi lepas ini bertindaklah sopan sikit" kata gerangan itu.

Aku meneguk air sambil memikirkan perkara lepas sampai tak sedar air dicurah ke baju aku.

"Yah! Taeil ah. Tolong lah sedar"

Selepas aku mengingati semula perkara itu aku terus menelefon seseorang.

~
Nada dering telefon seseorang mula berdering dan ia disedari oleh ibu Doyoung.

"Yeobeoseyo? Nugu seyo?"

"Oraenmaniya, KIM...DOYOUNG" kata seseorang yang bersuara lelaki.
Ibu Doyoung terus bergetar dan jatuh telefon itu ke lantai.

"Siapa yang berani menganggu Doyoung... Siapa yang berani ganggu Doyoung!!!" Ibu Doyoung mula sesak nafas.

TBC...


[CS] NEVER EXPECT ~?? ???? ?? (jeonhyeo gidaehaji ahnda)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang