抖阴社区

-Bab 1-

9 1 0
                                    

"Alexa?"Lamunannya terhenti. Dia memandang ke sebelahnya.

"Oh! Uncle Rai, bila sampai." Alexa memaniskan mukanya dengan segaris senyuman.

"Kalau tengah sedih, tak payah senyum. Buruk betul muka tu." Usik Uncle Rai.

Malu Alexa dengan usikan Unclenya itu. Dia memandang tepat wajah Uncle Rai. Kalaulah Uncle Rai tak ajak aku tinggal kat rumah agam GrandMaster tak tahulah nasib dia sekarang ni macam mana. Entah hidup entah mati.

Bila teringatkan balik rasa macam baru semalam. Sakitnya masih terasa.

Dia melontarkan pandangannya ke bunga - bunga yang sedang gembira bermekaran. Kalau lah aku ni bunga mesti aku bahagia kan. Desis hati kecilnya.

Angin petang sepoi - sepoi bahasa yang melanggar lembut dirinya membuatkan dirinya berasa tenang.

Dia rindu rumah.

"Uncle Rai buat apa kat sini? GrandMaster panggil ke?" Soal Alexa.

Dia berasa sangat canggung dengan Unclenya itu, walaupun Uncle Rai lah yang selalu berada di sisinya selalu. Tapi tu lah dia rasa macam ada something significant yang Unclenya sorok daripada dia.

Uncle Rai tiba - tiba melepaskan tawa yang agak besar. Hal itu membuat kan Alexa kehairanan. Aku ada buat lawak ke?

Setelah tawanya reda dia memandang ke arah Alexa. Budak tu jelas nampak kebingungan. Tak sangka cepat masa berlalu, budak yang dulu hanya tahu merangkak dan menangis kini membesar menjadi gadis yang cantik.

Dia tersenyum dan menepuk lembut bahu Alexa. "Why, GrandMaster?. You should call him 'grandfather' or 'grandpa'. Why being so formal?. That 'GrandMaster of  your is also your father's 'father', dear."

"Saya tak layak untuk panggil GrandMaster dengan panggilan itu. Saya hanya anak luar nikah ayah, bukan macam Erina." Perlahan sahaja suara Alexa di akhir bicaranya.

Alexa mendongak memandang langit yang sudah bertukar warna jingga. Nampaknya senja sudah mahu melabuh.

Dia menarik nafasnya cukup dalam. Dia menoleh ke arah Raisy Raiyan.

"Dah lewat sangat ni. Alexa masuk dulu ye. Spokoynoy nochi, Uncle." Alexa segera menggerakkan kakinya masuk ke dalam rumah agam itu.


Uncle Rai hanya memerhatikan sahaja Alexa masuk ke dalam rumah. Dia merasakan ada seseorang menghampirinya. Namun dia tidak menoleh. Dia kenal orang itu.

"Did you hear that?" Dia menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang sudah berumur menghampirinya.

"'GrandMaster'." Dia menyambung kata- katanya tadi. Sengaja dia menekankan perkataan 'GrandMaster' itu agar dapat didengari dengan jelas oleh orang yang dia panggil GrandMaster itu.

"Shut up, Raisy Raiyan. I'm not that old to the way I can't hear what you guys talking about." Dia memandang tajam ke arah Raisy Raiyan.

"Hahahhahahha." Uncle Rai segera menghentikan tawanya apabila dia mendapat jelingan maut daripada GrandMaster.

"Okay, Okay. I'm sorry, I'm sorry. Don't look at me like that. It's creeping me out."Uncle Rai menggosok - gosok sisi lengannya.

The Truth 「First Season」Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang