JIHYO membuka matanya .
Terasa lenguh pula tulang belakang badannya akibat baring terlalu lama..Jihyo menenyeh-nenyeh biji matanya laju.
Teringat sesuatu yang buatkan dia pengsan lantas matanya laju melihat seluruh pelusuk bilik tersebut ." Shit— aku dekat mana ni ?! Woi siapa culik aku ni ha ?! " Soal jihyo lantas kakinya laju turun daripada katil .
Dengan pantas dia berjalan keluar dari bilik itu, rumah yang asing dimatanya buatkan dia ternganga luas .
Lebih terkejut lagi dia dengan satu frame gambar bangtan dan sebelahnya terdapat frame tulisan " bangtan houses "
Jihyo menekup mulutnya tidak percaya.
Jangan kata.. yang hajatnya termakbul !What the hell—
Jihyo terjelepuk jatuh dilantai, termenung dan masih tidak percaya dengan apa yang dah berlaku pada dirinya .
Entah nak rasa gembira atau apa...
Tapi semua ni berlaku secara tiba-tiba!
" Eh bidadari dah hidup ! "
Jeritan lelaki dibelakangnya membuatkan dia menoleh .Eh?! Jeon jungkook!
For real?!Kepala maknae diketuk oleh seokjin mengunakan remote tv .
" Kepala hotak engkau ingat dia mati ke tadi ? "
Jungkook tersengih kerang busuk sedar kesilapannya dalam berkata-kata .Kesemua ahli bangtan datang menghampiri jihyo yang bagaikan patung
" Hey bidadari cantik okay ke ? " Soal jung hoseok dengan melambai tangan dihadapan jihyo yang masih mengeras .
Suga yang melihat itu menepuk kuat tangannya didepan muka jihyo .
Lantas dengan itu jihyo terkejut lalu tersedar dari dunia yang nyata" Weh suga hyung kesian dia terkejut " tegur kim namjoon .
Suga menjeling dia pulak yang kena .
" Dah daripada dia tak sedar aku tepuklah kuat-kuat kan dah sedar dah tu "" Err..macam mana saya boleh ada disini ? "
Soal jihyo kehairanan,memanglah hajatnya semalam dia ingin duduk bersama bangtan namun tak menyangka pula hajatnya termakbul ! Dan bagaimana dia boleh berada disini ?!Seokjin tersenyum simpul, remote tv dicampak jauh.
Bahu jihyo dipegang lalu dibangunkan gadis itu dari duduk bersimpuh dilantai ." Kami jumpa awak dalam rumah kami semasa kami baru balik dari shoot mv "
Terang kim seokjinJung hoseok dengan yang lain mengangguk laju mengiyakan .
" Dan masa tu awak bercahaya terang! Kami rasa awak bidadari yang ditakdirkan untuk kami semua ! "
Celah park jimin pula dengan riaksi yang teruja .
Jihyo tersengih kekok
Hah? Bidadari? Bercahaya? Apa semua ni ..Suga mengeluh
" Percaya sangatlah korang dia ni bidadari entah -entah malaikat maut kot tunggu masa nak cabut nyawa korang "
Selamba suga berkata-kata, dia tidak percaya dengan benda -benda karut niEntah -entah perempuan ni guna ilmu hitam? Kononnya bidadari sebab sengaja untuk duduk bersama dengan mereka
" Shut up suga , pergi jauh - jauh sana " halau namjoon.
Suga menjeling lalu pergi ke ruang tamu untuk sambung ceritanya yang tergendala ." Jadi cik bidadari nama apa ? " Soal taehyung dengan senyuman petaknya .
Jihyo menahan rasa ingin menjerit .
comelnya bias aku !
" Er..saya song jihyo "
Jawabnya sambil memandang satu persatu ahli bangtan yang tersenyum manis memandang dirinya .Ya tuhan ! Kacaknya mereka !
TO BE CONTINUE...

ANDA SEDANG MEMBACA
MAKE A WISH ? | Bts
Fantasy" Sebelum tu apa hajat kau yang terakhir? Kami akan tunaikan " - the story about wish -