抖阴社区

╭┄ 4 ????

105 15 0
                                        

Sejak Heeseung kerja sini, hari-hari yang berlalu rasa terrsangat panjang. Sungguh aku tak boleh tengok muka dia tanpa rasa menyampah yang amat. Tapi, boleh pula dia senyum-senyum. Nasib baik ketua aku, kalau tak aku genyeh je mulut tu biar tak boleh senyum yang menyakitkan hati orang.

Tapi, mungkin itu hanya untuk aku, kalau orang lain mesti sudah tersipu-sipu malu. Maklumlah tidak tahu lagi bagaimana perangai lelaki itu sebelum ini.

Dan satu lagi kenapa aku rasa macam nak berhenti kerja je, dia selalu kalau boleh nam kacau aku. Ajak aku makan bersamalah apa lah. Macam kami ni baru je kenal. Sedangkan hati aku masih sakit bila ingat dia blah macam tu je masa kami berpisah. Langsung tak cakap apa.

"Yeonjin."

Aku cuba buat-buat tak dengar. Apa lagi yang dia nak ni? Tak habis-habis naj kacau aku.

"Huang Yeonjin! Saya tengah cakap dengan awak ni."

Selepas nama penuhnya dipanggil, dia terus pasrah.

"Apa?" Tak boleh langsung tengok dia senang. Mukanya dah mengalahkan asam keping kalah asam keping masam giler.

"Jom, kita pergi lunch sama-sama. You tak lunch lagikan?"

Nak je aku sumpah dia jadi bisu. Sibuk je nak tahu aku dah makan ke belum dah kenapa. Macamlah aku ni kecik lagi, perlu pemerhatian ibu bapa. Menyemak je.

"Maaflah, tapi saya ada banyak kerja lagi nak buat ni. Kan kena siap hari ni jugak." Tolak aku dengan intonasi bersahaja.

"Kerja tu takkan habis sampai bila-bila. Kalaupun makanlah dulu. Saya tengok badan awak dah macam lidi."

What? Sedap je mulut dia mengutuk aku.

"Tapi bukan tuan ke yang marah kalau kerja tak siap? Atau.."

"Bos ajak orang lain makan..."

"Tak, tak perlu. Kalau tak sudi tak payah." Heeseung melangkah dengan kecewa.

Tapi, lagi kecewa hati aku bila dia tak bagi sebab kenapa dulu dia nak putus, sampai sekarang.

☁️☁️☁️

𝕋𝕠 𝔹𝕖 ℂ𝕠𝕟𝕥𝕚𝕟𝕦𝕖𝕕 -

YAM: DESTINED LOVE ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang