Pintu bilik itu ditolak dengan kasar sekali, bukan tolak tetapi ditendang kerana tangannya penuh dengan bakul yang berisi bantal, selimut dan beberapa helai baju. Tuan bilik itu terkejut apabila terdengar bunyi hentakan yang sedikit kuat , pintu bilik aku tercabut ke? Terus kepalanya diangkat dan dipandang ke arah pintu dengan muka yang pelik. Ellysha? Dia terajang pintu bilik aku ke? Mak aii ganas bini aku ni Bisiki lelaki itu.
Ellysha yang tiada senyuman dimuka itu, mendekati katil , dia nampak Aryan jelas lagikan menyerlah sedang bersandar dikepala katil itu. Dia tahu Aryan sedang memerhatikan dia, dia kisah apa. Bakul yang berisi barang keperluan itu diletakkan di hujung katil. Lalu dia berpeluk tubuh sambil menoleh ke arah Aryan.
"Malam ni dan malam seterusnya aku TERRpaksa tidur dalam bilik kau. Jadi, kau nak ke taknak ke.. i dont mind . Sebab aku terpaksa" Ellysha sengaja menekankan perkataan 'terpaksa' itu .
Aryan senyum. Terus dia berdiri sambil kaki mendekati Ellysha. Ellysha berkerut dahi, apahal nak dekat-dekat pula dia ni. Ellysha bertapak sedikit ke belakang.
"Apa sayang kata ? Tidur dalam bilik ni ? Betul ke sayang? Serious ke sayang? Sungguh ke sayang nak tidur bilik abang ni? Sayang tak main-main kan?" Soal Aryan bertubi-tubi, teruja .
Kalau dah nama Aryan, mana pernah dengar kata dia. Aku dah kata jangan panggil aku sayang , kau panggil juga. Larang banyak kali pun , buang air liur aku je. Bukannya nak dengar pun .
"Ya lah, tak ada masa aku nak main-main. Mama dah mula tanya, apa lagi aku boleh buat. Terpaksalah juga aku masuk dalam bilik ni" Balas Ellysha dengan menyampah, yang pelik boleh pula Errysha tidur sorang-sorang, siap halau dia lagi. Okeh aku faham, adik aku dah besar bisik hati Ellysha sendiri.
"Itulah, abang dah kata. Pindah bilik abang dari awal tapi sayang taknak. Abang tahu lah mama tu macam mana.. kalau dia rasa curiga dengan kita. Dia akan tanya tau. Sebab tu ah abang suruh sayang pindah awal-awal tapi sayang degil" kata Aryan dengan lembut sambil tersenyum.
"Padan muka kena soal" perli Aryan senyum.
Ellysha hanya menjeling.
Aryan berdiri rapat dengan Ellysha yang sibuk berpeluh tubuh itu. Ellysha menjarakkan diri sedikit.
"Dekat-dekat apahal kau ni? Pernah rasa penampar aku tak?" Soal Ellysha kasar.
"Pernah sayang.." jawab Aryan selamba dan tenang
Ellysha mengerut dahinya, muka bengang ditayang. Aduih macam mana aku boleh lupa yang aku pernah lempang dia bebel Ellysha dalam hati."Ehh kau dah terlajak in character ni. Kita dalam bilik dah kan. Tak payah kut nak berabang-abang atau bersayang-sayang bagai. Bukan mama dengar pun apa yang kita bualkan dalam bilik" kata Ellysha.
Aryan senyum memandang wajah gadis itu.
"Abang tahu sayang. Kita dah ada dalam bilik. Abang tak berlakon pun dan tak pernah sesekali pun abang in character bila bersembang dengan Ell"
Aryan senyum senget. Tak sewenang-wenangnya pinggang Ellysha ditarik dalam pelukkan. Terkejut Ellysha, ohh no noo , tolonglah jangan ulang benda sama. Aku taknak berciuman. Taknak !! Tolonglah ! Aryan ditolak tetapi tidak berjaya.
"Tak payah nak leraikan pelukkan abang sangatlah sayang. Tak akan berjaya, kudrat sayang dengan abang tak selevel . So, lupakan jelah" bisik Aryan ditelinga Ellysha.
"Apa kau ni?!" Marah Ellysha.
"Apa ? Apa?" Aryan buat muka tak bersalah "Sayang. Mulai sekarang . Abang nak sayang panggil abang, dengan panggil abang. Can you?" Soal ditelinga Ellysha dengan sensual.
Ellysha pelik, dah kenapa dengan Aryan ni?
"Kau ni memang betul-betul dah buang terbiatlah, Ryan . Kau lupa ke aku siapa? Aku Ellysha lah, perempuan yang kau benci. Takkan lupa ingatan pula" soal Ellysha kepada Aryan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...
? - Bab 59
Mula dari awal