抖阴社区

? - Bab 11

3.8K 129 1
                                        

Rashida memandang Qamal yang sibuk dengan kerjanya dekat dalam bilik kerja tersebut. Rashida senyum apabila Qamal bagaikan tidak ambil peduli dengan anaknya sendiri. Rashida memang rasa seronok.

Arwah Awati selamat dikebumikan petang tadi, kelihatan Qamal tidak dapat menerima pemergian maknya tetapi Qamal cuba menerima tanpa mengingatkan peristiwa itu. Pemergian Awati juga turut membuat Rashida seronok dan puas hati, tak ada lah aku nak kena berlakon depan Qamal yang aku tolong orang tua tu dah bisik hati Rashida.

"Abang.. dah malam ni. Abang tak risau ke dekat Ell dengan Rysha yang ada dekat luar tu?" Soal Rashida dengan suara yang sedih, dia masih berlakon baik didepan Qamal.

Qamal yang menulis itu, berhenti menulis apabila terdengar soalan daripada Rashida. Dia memandang Rashida dengan pandangan yang tajam, kalau tak sebut pasal budak tu tak boleh ke?

"Jangan sebut nama diorang boleh tak? Abang tak suka dengar nama pembunuh mak abang. Kalau Ida nak buat abang sakit hati baik Ida pergi.. jangan kacau abang buat kerja" beritahu Qamal dengan suara yang tegas.

Dengar kata-kata Qamal, Rashida tersenyum di dalam hati, rancangan nak buat Qamal bencikan anak sendiri, seperti nak berjaya sahaja. Rashida masih membuat muka sedih apabila Qamal masih memandangnya.

"Tapi abang? Makan ke tidak tak tahu lah diorang tu.. diorang bukan ada duit pun. Selalunya Ida yang masakan untuk diorang.." bohong Rashida dengan suara yang sedih "Dekat manalah diorang duduk sekarang abang.."

"Lantak dioranglah nak merempat dekat mana sekali pun. Abang taknak ambil tahu, nak mati ke nak hidup ke.. pandai-pandai dioranglah nak tanggung hidup sendiri. Abang benci ada anak yang ada niat nak membunuh mak abang.."

"Abang tak kesian ke dekat diorang?"

"Buat apa abang nak kesian? Kalau aku taknak ada anak macam diorang, kalau ikutkan nak je abang tukar binti diorang tu dengan nama orang lain!" Beritahu Qamal dengan tegas.

"Abang.."

"Ida jangan kacau abang nak buat kerja. Abang sibuk hari, tadi pun abang terpaksa minta dekat bos abang untuk balik rumah sebab ummi.. sekarang abang kena siapkan kerja abang. So, Ida jangan nak kacau abang buat kerja.."

"Okey.."

Rashida berjalan menjauhi pintu bilik itu beberapa langkah, muka yang sedih bertukar kepada senyuman jahat. Puas hati aku bila Qamal benci anak sendiri. Hahah padan muka korang kena merempat dekat luar sana.

Rashida ternampak Syafiq yang tengah bersama telefonnya di ruang tamu tersebut. Terus dia mendekati Syafiq yang sibuk bermain geng  dengan senyuman penuh bahagia.

"Fiq, mak happy sangat sekarang ni" - Rashida

"Tau.." jawab Syafiq dengan ringkas.

Syafiq teruskan bermain game. Rashida bersandar sofa itu dengan hati yang terlalu gembira apabila Ellysha dan Errysha sudah tiada di dalam rumah Qamal, senangnya di dalam hati.

Kenapa Rashid bencikan mereka? Nak kata Rashida berdendam dengan arwah Emma tidak juga, sebab mereka bukan kenal satu sama lain pun. Nampaknya Rashida benci mereka tanpa sebab.

Sophia berjalan ke arah ayahnya, Saiful

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sophia berjalan ke arah ayahnya, Saiful. Dia memandang bapak dia yang sedang membaca surat khabar itu, dengan tangan bermain jari sendiri. Dia mendekati ayahnya.

"Abah, Sofi rasa tak sedap hatilah" beritahu Sophia dengan wajah yang berkerut, abah dia dipandang tanpa berkelip.

"Kenapa?" Soal Saiful tenang.

"Entah. Sofi rasa, mak ada buat benda jahat lagi kali ni. Tapi Sofi tak tahu benda apa...tapi Sofi dapat rasakan yang mak ada buat benda jahat lagi.." beritahu Sophia dengan penuh keyakinan.

"Sofi macam tak kenal mak kamu pula, mak kamu memang macam tu kan. Sebab itulah abah ceraikan dia" jawab Saiful, matanya masih memandang surat khabar tersebut.

"Tapi macam mana dengan anak ayah Qamal tu? Sofi rasa mak ada buat benda yang tak elok dekat diorang. Sofi rasa tak sedap hati.."

"Kenapa pula? Kamu bukannya kenal pun siapa anak si Qamal tu kan? Qamal tu pun satu, terhasut dengan kata-kata mak kamu tu" beritahu Saiful dengan tenang.

"Entahlah abah.. Sofi rasa mak ada buat benda yang jahat dekat anak ayah Qamal.." beritahu Sofi dengan suara yang agak matang.

"Apa yang mak kamu buat? Marah? Pukul? Tu ja yang mak kamu tahu buat.. abang kamu Syafiq tu harap je lelaki tapi tak nampak macam lelaki pun. Ikut sangat benda jahat yang mak kamu buat. Abah bukan lagi suami dia.. abah tak boleh nak halang dah apa yang dia buat. Abah tegur dia bukannya nak dengar, nak juga dengan perangai jahat tu.." beritahu Saiful sambil membaca surat khabar tersebut tanpa memandang wajah anaknya.

"Sofi dah kemas kain baju sekolah Sofi ke belum? Esok dah nak start sekolah tau.." beritahu Saiful lagi.

"Dah.." jawab Sophia "Abah.. Sofi tak sedap hatilah abah.. kenapa hati Sofi dapat rasakan mak ada buat benda jahat yang lebih jahat lagi dari marah dengan pukul.."

"Dahlah tak payah nak cakap pasal benda ni lagi. Abah dah kata.. abah dah tak boleh nak buat apa-apa dah dekat mak kamu tu sebab abah bukannya suami dia lagi.." jawab Saiful dengan suara yang sedikit tegas.

Sophia hanya diam tidak terkata.. hatinya kuat mengatakan bahawa Rashida tidak sahaja pukul dan marah anak Qamal tetapi lebih daripada itu. Lantaklah, bukan aku kenal pun siapa anak ayah Qamal bisik hati Sophia.










___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang