抖阴社区

??? ??

3.8K 80 6
                                        

Orkid melihat pantulan cermin yang berada dihadapannya. Rambut yang baru sahaja di dye warna orange itu ditenung lama. Seumur hidup dia tidak pernah dia mewarnakan rambut. Ini kali pertama dan pengalaman yang tidak pernah dia rasai.

Baru semalam dia mengambil keputusan untuk ke saloon berdekatan rumahnya dan dia pergi ke sana tanpa memakai tudung. Tudung yang selama ini dia sarungkan ke kepala kini dia buka dan dilempar jauh daripada pandangan mata.

"Cantik rambut"

Teguran suara garau dari luar bilik air menghentikan lamunan Orkid. Gadis itu memalingkan kepala memandang lelaki yang hanya bertuala itu.

Orkid diam tidak membalas. Bathrobe yang tersarung pada tubuh diketatkan dihadapan lelaki itu. Tanpa menghiraukan pandangan nakal yang dilemparkan buat dia.

"Just let him go. Dan kau akan bahagia"

Orkid mengendahkan kata-kata lelaki itu. Dia melangkah mahu keluar daripada bilik air tetapi dihalang oleh tubuh tegap dihadapannya ini.

"Qaril, please" Akhirnya, Orkid bersuara.

Qaril mencebik dan dia mengalah. Dia memberi laluan kepada Orkid lalu gadis itu melangkah ke arah katil.

"Aku terfikir apa akan terjadi if. If lah kan. Ibu tiri kau tahu yang sebenarnya kau.."

"Shut the fuck up"keras suara Orkid berkata. Wajahnya juga tegang malah secalit senyuman pun tiada diwajah cantik itu.

"Kenapa, Orkid? Kau pun bukan baik mana pun kan? Kalau baik, mana mungkin kau serah diri pada aku"

Qaril tersenyum kemenangan. Minda lelakinya masih teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Segar difikirannya.

"It was a mistake"

Ya, memang benar apa yang terjadi antara Orkid dan Qaril tadi adalah kesalahan. Tidak sepatutnya dia menyerahkan diri dia semudah itu kepada lelaki ini. Apa yang berlaku itu semuanya bagaikan slow motion yang tidak mahu Orkid ingat kembali.

"Kau tak beri aku apa-apa explanation kenapa kau datang rumah aku. So, sekarang. Bagitahulah"

Qaril bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Orkid menghela nafas berat. Terlalu banyak tujuan dia datang mencari Qaril kembali.

Setelah sekian lama mereka tidak bersua muka, baru hari ini dia memunculkan diri. Qaril juga tidak menghalang. Yalah, kawan baik datang melawat. Takkan nak halau.

"Kau tahu kan aku dengan Atiff dah putus tunang.."

"Lebih daripada tahu. Satu kelab malam kecoh cakap pasal Atiff dengan kakak tiri kau"

Orkid memejam mata. Kakak tiri? Euw

"Aku nak kau tolong aku"

Terjungkit kening Qaril mendengar. Hampir dia meletuskan tawa. Bantu gadis dihadapannya ini?

"Tolong kau hancurkan rumah tangga mereka? Buat Atiff dengan Nedina bercerai-berai? Atau bunuh kakak tiri kesayangan kau tu?" Hujung ayatnya itu membuatkan Qaril sendiri mengukirkan senyuman.

"Lebih daripada tu.."

Orkid berdiri mendekati ke arah balkoni bilik Qaril. Pemandangan laut dihadapannya ditatap kosong.

"Aku nak hancurkan semua keluarga mereka.."

"Mati perlahan-lahan depan mata aku, Qaril"

Qaril bungkam.


⚜️⚜️⚜️


HAYKAEL : HER CROWNTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang