Ini adalah cerita FF tentang Projek : High Council dengan AU berbeza.
Hanyalah FanFiction semata-mata.
Dan ini bukan kisah cinta.
Sekali lagi diulangi,
INI BUKAN KISAH CINTA
Rain diterima masuk ke satu kolej swasta. Di situ dia mendapati...
"Macam mana dengan Una wei?" Marsya bertanya prihatin sambil menyerahkan bungkusan makanan kepada Rain yang masih lagi setia menemani Husna di sisi. Marsya tahu yang Rain juga sebenarnya mahu berkawan dengan Husna semula tetapi rasa sakit hati akibat dikhianati masih bersisa.
Buktinya Rain juga menghamparkan tilamnya di bawah di hujung tilam Husna untuk menemani sahabatnya itu. Marsya juga perasan yang Husna menggunakan selimut Rain.
Tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Biarlah mereka berdua selesaikan sendiri. Dia doakan supaya asbab Husna demam menjadi punca mereka berkawan kembali.
"Dah turun sikit dah rasanya ni tapi still panas lagi. Tadi aku dah bagi dia makan ubat." Kata Rain sambil memegang dahi Husna untuk periksa suhu.
"Kau tak pergi kelas ke harini?" Tanya Marsya. Dia melihat Rain masih lagi di dalam pakaian kasualnya.
"Tak. Aku dah bagitahu lecturer aku dah. Tak ada siapa nak jaga Una. Tadi badan dia panas gila-gila sampai dia meracau. Aku suruh dia turun tidur dekat bawah. Senang sikit aku nak jaga dia. Ingat tadi nak bawak dia pergi klinik tapi badan dia lembik sangat. So aku tuam la dulu. Tengoklah kejap lagi macam mana keadaan dia. Kalau tak kebah juga, memang kena panggil ambulans ambil dia. Risau kalau demam panas lama-lama macam ni."
Rain mengambil tuala kecil yang dia letakkan di atas dahi Husna. Dia kembali celup ke dalam bekas air dan memerahkan air tersebut sebelum diletakkan lagi ke dahi Husna.
"Sorry tau wei aku tak dapat balik tengok korang tadi. Kelas aku pack gila harini sebab lecturer aku buat mock test."
Hanya pelajar tahun akhir sahaja yang terlibat dengan mock test. Sudah semestinya Marsya dan Shahila adalah pelajar tahun akhir yang terlibat juga.
"Tak apa wei. Aku faham je. Aku boleh je nak jaga Husna ni sorang-sorang. Kau dah tolong belikan makanan pun aku dah bersyukur dah. Berapa wei? Nanti aku bayar."
"Tak pe. Kau makan je. Aku belanja."
Alhamdulillah. Salah satu rezeki dan nikmat di dalam dunia ini adalah apabila kita dikurniakan kawan-kawan yang baik hati.
"Thank you tau. Unaaa... bangun makan sikit wei."
"Wei! Takyah! Takyah! Kau pergilah makan dulu pastu kau nak tukar baju ke mandi ke, kau pergilah. Biar aku jaga Una pulak."
"Tak pe ke? Kau mesti letih sebab baru balik kelas."
"Takpe je. Kejap lagi Shila sampai la tu. Kelas dia pun patut habis dah sekarang."
"Orait." Rain bangun dan meregangkan badannya. Seharian dia menjaga Husna dengan susah hati. Kadang kala Husna seperti bercakap dengan seseorang yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. Seram sejuk dibuatnya.
Tetapi dia mengucap syukur kerana suhu badan Husna sudah tidak sepanas tadi dan gadis itu juga sudah tidak meracau lagi. Siapa tidak risau jika kawan baik sendiri sedang sakit.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.