Freen membantu Becky berjalan ke menuju kereta. Selepas dia hampir menghabiskan satu botol penuh wine tadi, akhirnya dia tumbang juga dan hampir sahaja berlaku pergaduhan apabila seseorang tidak sengaja melanggarnya dari belakang.
Dan nasib baiklah semasa Bright menyanyi tadi, Becky tak menjerit histeria.
Kalau dia buat, habis malu keluarga Armstrong dibuatnya. Selepas membantu Becky masuk ke dalam kereta dan memakaikan dia seatbelt, dia memandang wajah tenang itu cukup lama.
Ingin sahaja dia mengamuk dan memukul semua lelaki yang memandang boss kecilnya seperti lelaki yang kahausan cinta.
Bukan lelaki sahaja, yang perempuan pun menatapnya dengan penuh cemburu. Mana taknya, boss baby dia ni dari atas sampai bawah memakai jenama mahal.
Boleh kaya orang miskin kalau jual semua barang yang dia pakai malam ni.
Enjin kereta di hidupkan sambil menghubungi Tuan Armstrong untuk minta izin balik awal kerana keadaan Becky sangat buruk sekarang ni. Kalau dibiarkan sehingga mahlis habis, entah apa akan berlaku.
"Baik Tuan..saya balik dulu.." kata Freen lalu menutup panggilan telefon.
Lagi sekali dia menatap Becky yang sedang tertidur pulas disebelah. Lena betul tidur.
"Patutnya tadi aku halang dia minum. Tak sangka pula dia dah pasang niat nak habiskan saty botol besar wine tu. Dasar crazy girl." Bebelnya sendiri sambil menggeleng kepala.
Tidak lama kemudian, kereta Audi hitam tersebut berhenti di depan rumah agam Armstrong. Enjin dimatikan dalam keadaan segera lalu dia keluar dari kereta terlebih dahulu untuk membantu Becky yang masih nyenyak tidur.
Pelan-pelan dia membuka seatbelt dan tiba-tiba sahaja gadis itu terjaga dari tidurnya. Perkara pertama yang dilihat adalah wajah Freen yang begitu dekat dengannya.
"Kita dekat mana?" Soalnya pelan.
"Rumah. Kau dah tak rupa diri kau dah. Jom masuk. Aku bantu kau.." kata Freen.
Becky mengangguk. Tangannya merangkul leher Freen agar tidak jatuh. Freen pula cuba untuk bertahan dan mengerah segala tenaga yang ada untuk membawa Becky menuju ke biliknya.
Apabila berada di depan bilik, dia membuka pintu dengan satu tangan memusing tombol pintu dan satu lagi menahan Becky agar tidak jatuh lalu dia membawanya terus ke katil.
"Kau perlu berehat. Aku panggilkan Min untuk tolong kau tukar baju."
"Jangan!"
"Kenapa?" Soal Freen.
"Semua orang belum balik?" Soal Becky dan Freen mengangguk.
"I want to play a piano!" Tiba-tiba dia bangun lalu menolak Freen menjauh.
Dia melangkah dengan lemah menuju ke piano miliknya. Apabila dia hampir terjatuh, pantas Freen meraih dirinya. Yang bukan-bukan je lah perengai boss kecil dia ni.
"Kau dah terhuyumg-hayang ni. Lebih baik tidur." Kata Freen.
"Tak nak!"
"Come here girl." Becky menepuk tempat kosong disebelahnya.
"Jaga jarak boss." Kata Freen.
"Ini arahan!" Balas Becky tajam.
Freen akur lalu dia duduk mematung disebelah Becky yang mula memainkan piano. Entah lagu apa yang dia main sebab bunyinya sangat bingit sekarang ni.
Ingin sahaja Freen menutup telinganya sekarang tetapi kalau dia buat nanti kena marah pulak. Jadi biarkan sahaja telinganya mendengar lagu merepek dari Becky.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Bodyguard [Freenbecky]
RomanceKejadian hitam yang meragut nyawa orang tersayang membuatkan dia menjadi lebih buas untuk membalas dendam. Hampir setiap hari dia mencari bukti namun tiada hasil. Akhirnya, dia mengalah dan tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada The Arsoni...