抖阴社区

BAB 25

2.2K 84 5
                                        

Dengan berhati-hati Afiq meletakkan Fara di atas katil. Kain Fara yang terselak dia betulkan. Baju tshirt yang tersarung dibadannya Afiq buka. Panas kerana terlalu lama berada diluar rumah tadi. Mata Afiq sempat menangkap Fara yang sedang menatapnya.

"Ada sesuatu yang kau nak cakap?" soal Afiq sambil meneguk air dari botol minuman.

"Nak tanya..." ujar Fara perlahan.

"Silakan,"

"Macam mana kau tahu tentang apa yang Datin Mazwin buat pada aku?"

Sudah dia agak, soalan itu yang akan diajukan oleh Fara.

"Aku cuma cari tahu tentang kesan melecur dekat lengan kau tu. Aku tak tengok aurat kau sejak kau dah akil baligh. Jadi aku tak tahu apa yang ada disebalik pakaian kau. Bila dah kahwin ni, aku terkejut bila nampak kesan tu. Aku tak tahu sejak bila kesan tu wujud dekat lengan kau. Aku malas nak tanya kau. Jadi aku tanyalah ibu dengan ayah. Tapi ibu dengan ayah pun tak tahu. Jadi ayah minta aku cari tahu. Gigih jugalah aku siasat sampai terpaksa culik bibik Datin Mazwin."

"Kau culik bibik Datin Mazwin?" terkejut Fara menyoal. Sampai macam tu sekali ke?

"Bukan culik pun. Pinjam sekejap je. Aku ikut dia sampai ke pasar. Dekat situlah aku heret bibik tu dan aku paksa dia ceritakan semua kejadian yang pernah berlaku dalam rumah Datin Mazwin. Dan aku dah jumpa jawapan, Datin Mazwin tuang air panas tu pada lengan kau. Bila aku bagitahu ayah, ayah terkejutlah. Sampai macam tu sekali Datin Mazwin buat dekat kau. Tapi sekali pun kau tak ada bunyi."

Fara gigit hujung bibir. Memang itu yang dilakukam oleh Datin Mazwin padanya. Fara tak salahkan bibik itu kerana tidak membantunya. Dia pun tahu, berkemungkinan besar bibik tu sudah diugut oleh Datin Mazwin.

"Kalau kau nak tahu, ayah pernah merancang untuk pisahkan kau dengan Azri."

"Hah? Macam mana kau tahu?"

"Ayah cakap dekat aku pada malam pertama kita kahwin. Aku ada borak dengan ayah. Selepas ayah tahu Datin Mazwin tak sukakan kau, ayah cuba nak pisahkan kau dengan Azri. Sebab ayah taknak kau terseksa bila kau kahwin dengan Azri. Tapi satu pun rancangan ayah tak berhasil. Sebab kau memang berkeras nak kahwin dengan Azri. Sampailah hari kau kemalangan, ayah memang tekad untuk pisahkan kau. Alasan? Sebab Azri sekali pun tak kisah tentang kau waktu dekat hospital tu. Ayah takut kalau kau jadi kahwin dengan Azri, kau akan terabai. Waktu tu, mereka dah tak boleh nak buat apa-apa. Sebab kau dah jadi isteri Azri,"

Jeda seketika, Afiq pula memengambil tempat di sebelah Fara.

"Bila Azri sendiri yang batalkan perkahwinan tu, ayahlah orang paling bahagia. Hati dia lega sebab kau takkan jadi milik Azri. Tak perlu ayah nak bersusah payah lagi untuk pisahkan korang berdua," sambung Afiq lagi.

"Jadi, keputusan kau untuk kahwin dengan aku ni pun rancangan ayah ke?"

"Nope. Tak ada kaitan. Berkahwin dengan kau adalah keputusan aku sendiri. Aku cintakan kau. Sejak kejadian dekat butik tu, aku tak tahu kenapa aku jadi pentingkan diri. Rasa untuk memiliki kau semakin membuak-buak. Sampaikan, aku perlu selit nama kau dalam doa aku."

"Kau doa apa?"

"Ya Allah, Engkau berikanlah Tengku Farahani jodoh yang baik. Dan Engkau jadikanlah aku lelaki yang baik supaya aku tersenarai dalam calon jodoh untuk dia," 

"Kenapa kau doa macam tu? Jodoh itukan Allah dah tetapkan sejak kita lahir,"

"Ya betul. Sebab tu aku doa macam tu. Aku tak tahu sama ada aku ni jodoh kau ataupun tidak. Aku taknak kau kahwin dengan lelaki yang secara terang-terangan akan menyakiti kau. Dan aku juga tak boleh nak mengatur perancangan Allah. Tapi...bila mana aku berkahwin dengan kau, tak bermakna aku adalah lelaki baik yang dipilih oleh Allah. Mungkin Allah pilih aku untuk aku baiki kekurangan yang ada pada diri aku supaya aku menjadi lebih baik agar aku boleh bimbing kau hingga ke syurga."

Takdir Yang IstimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang