抖阴社区

                                        

"Buat-buat lupa pula. 'kalau dia taknak jaga kau, biar aku jaga kau. Biar aku jadi suami kau.'" ajuk Fara membuatkan Afiq ketawa.

"Kau ingat lagi rupanya,"

"Memang taklah saya nak lupa. Abanglah ajak saya kahwin dengan cara macam tu. Padahal boleh je bincang elok-elok. Depan semua orang pula tu. Malu dia, rasa macam nak tonyoh je muka ni dengan berus besi."

"Kau juga yang halau aku. Aku pula memang tak fikir panjang,"

"Huh! Dasar otak cetek." Fara mendengus. Kalau diingatkan balik cara Afiq paksa dia untuk kahwin, rasa luku kepala. Tak romantik langsung.

"Tapikan, ni abang bagi saya hadiah sempena apa?" soal Fara.

"Anniversary," jawab Afiq.

"Tapi kita punya anniversary kan lagi dua hari. Kenapa bagi awal?" soal Fara lagi.

Afiq sekadar membalas dengan senyuman. Kedua belah tangan Fara capai lalu dikucup lama.

"Aku minta maaf. Aku terpaksa bagi awal. Sebab...sebab..."

"Sebab apa?"

"Sebab 10 hari bulan nanti aku kena outstation. Aku kena pergi pahang selama 3 hari."

Wajah Fara yang tadi ceria kini bertukar jadi muram. Sedih bila dia tahu Afiq takkan ada bersamanya di hari ulangtahun perkahwinan mereka. Padahal dia dah minta Lydia menyediakan makan malam dirumah untuk dia dan Afiq. Nak keluar rumah, dia dah tak larat sangat. Kandungannya dah sarat.

"Kalau tak pergi tak boleh ke?" Fara bertanya. Manalah tahu Afiq berubah fikiran.

"Bos minta aku yang mengetuai program dekat sana. Jadi aku memang kena pergi," jawab Afiq. Fara sekadar mengangguk faham. Dia rasa nak menangis. Tapi dia tahan.

"Kau okay kan?" soal Afiq. Fara jatuhkan kepala perlahan sambil tersenyum kelat.

Tak. Dia tak okay. Dia tak kisah tentang anniversary. Tapi dia kisah tentang diri dia. Due date dah dekat. Bila-bila masa dia akan bersalin. Dia nak Afiq ada dengan dia sewaktu dia bersalin nanti. Tapi Afiq harus pergi demi kerja.

"Aku janji...habis je program tu, aku akan terus balik sini."

"Tak payah nak rushing sangat. Lepas awak balik nanti kita boleh je celebrate kita punya anniversary tu. Nanti abang bawa kereta laju-laju, bahaya pula yang mendatang."

"Betul ke ni kau okay?" soal Afiq lagi untuk kepastian.

"Iya, saya okay. Bila abang pergi tu?"

"Esok petang. Program tu start 9 hari bulan pagi. Jadi aku kena sampai sana lebih awal sikit,"

'Esok nak pergi, kenapa baru bagitahu sekarang? Ya Allah, kuatkanlah hati aku. Berikanlah semangat untuk aku,' doa Fara dalam hati.

"Awak dah bagitahu Lydia?" Fara menyoal lagi. Afiq menggeleng perlahan memberi jawapan.

"Pagi esok aku bagitahulah dia." Fara mengangguk perlahan.

Nak halang pun tak boleh. Itu kerja Afiq. Afiq kerja pun untuk nafkahi dia dan Lydia.




LYDIA hanya menayangkan raut wajah yang dingin pada Afiq. Pagi tadi dia diberitahu bahawa Afiq akan ke Pahang petang ni. Terus dia bermasam muka dengan Afiq. Puas dia pujuk Afiq agar batalkan rancangan ke Pahang tu. Dia bukan apa, dia cuma kesiankan pada Fara. Fara tu dah sarat sangat. Tapi boleh pula Afiq nak pergi outstation. Geram!

"Lydia, saya dah nak gerak ni. Awak taknak salam dengan saya ke?" Lydia merenung Afiq tajam. Kemudian dia melangkah menghampiri Afiq.

"Awakkkk...tak payahlah pergi. Janganlah tinggalkan saya dengan Kak Fara," mohon Lydia dengan nada yang agak manja.

"Tak boleh. Saya dah setuju nak pergi. Tak bolehlah kalau batalkan last minute."

"Awak tu...kenapa tak bincang dulu dengan kami. Main buat keputusan je," kata Lydia geram.

"Lydia, tak apalah. Afiq pergi sebab kerja. Bukan pergi saja-saja. Nanti dia baliklah," kata Fara pula.

'Kak Fara!!! Kenapa baik sangat??' jerit Lydia dalam hati. Jangan sampai dia jadi bertukar jadi singa pula hari ni. 

"Afiq...pleaseee...saya merayu. Jangan pergi. Kak Fara ni dah sarat tau. Due date pun dah dekat. Bila-bila masa je Kak Fara akan bersalin. Kalau kak Fara nak bersalin masa awak tak ada macam mana? Dah lah family awak dengan family akak Fara tak ada."

Keluarga Afiq dan keluarga Fara pergi menunaikan umrah. Mungkin lusa baru kembali ke tanah air semula. Itulah sebab Lydia melarang keras untuk Afiq ke Pahang. Kalau sesuatu berlaku pada Fara, agak susahlah nanti.

"Saya pergi 3 hari je, Lydia. Saya bukannya tak balik sini semula," kata Afiq.

"Ya saya tahu awak pergi 3 hari je. Tapi selama 3 hari tu macam-macam boleh berlaku. Tolonglah faham apa yang saya nak cakap ni. Saya taknak awak menyesal nanti,"

Kalau diikutkan hati, nak je dia bagitahu Afiq tentang keadaan Fara. Tapi dia sendiri dah janji dengan Fara. Fara sendiri pun tak buka mulut.

"Awak janganlah cakap macam tu, Lydia. Awak doakanlah yang baik-baik untuk Fara, untuk saya, dan untuk awak juga."

"Kak, please...pujuk Afiq. Jangan bagi dia pergi, kak. Lydia mohon," kini Lydia beralih pada Fara pula. Mungkin Fara akan membantunya.

"Lydia, biarlah Afiq pergi. Dia pergi sebab kerja. Kak Fara tahu yang Lydia risaukan akak. Tapi kak Fara okay je." Fara tersenyum tawar. Kalau ikutkan hati, dia pun tak mahu Afiq pergi. Tapi nak buat macam mana, itu kerja Afiq.

"Afiq, kalau awak pergi...awaklah lelaki tak guna yang pernah saya jumpa. Sanggup tinggalkan isteri demi kerja. Awak tu bukannya tentera yanga ada janji pada negara. Setakat kena jadi ketua program, awak boleh je tolak. Bukannya awak seorang je staf dekat tempat kerja tu," bebel Lydia.

Afiq menunduk memandang lantai. Betul juga kata Lydia. Tapi dia dah terlanjur menyetujui permintaan majikannya.

"Lydia, tak baik cakap macam tu. Afiq kerja cari rezeki untuk kita juga," kata Fara lagi.

Lydia menghela nafas berat. Dia terpaksa akur. Banyak mana rayuannya, bukan diterima oleh Afiq pun. Lydia kembali menghampiri Afiq. Tangan Afiq pula dia cium lama.

"Saya minta maaf. Saya tak patut cakap dekat awak macam tu. Awak janji dengan saya, yang awak akan kembali semula pada saya dan kak Fara. Tak, saya tak penting. Awak kembali untuk kak Fara. Dia perlukan awak."

Afiq mengukir senyum. Barulah lega hatinya bila Lydia mula akur. Dahi Lydia pula dia kucup sekilas.

"Ya, saya janji. Saya akan kembali secepat mungkin untuk Fara," kata Afiq sebelum menarik Lydia ke dalam pelukan.

"Kak, jomlah kita peluk sekali."

Fara ketawa kecil sebelum mereka bertiga berpelukan. Dahi Fara dan Lydia pula Afiq kucup secara bergilir.

Takdir Yang IstimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang