抖阴社区

BAB 20 :KEMALANGAN

46 24 0
                                        

Melihat senyuman Pak Jaiz membuatkan Daniel naik seram. Sudah jelas di hadapan mereka ini bukan manusia!

Dia pasti benda yang menyerupai wajah Pak Jaiz ini merupakan saka miliknya.

Bercerita pasal saka ini, mengingatkan ia dengan sejenisnya. Kalau ia tidak silap disebut sebagai Hantu Raya. Di mana sakanya boleh menyerupai sesiapa sahaja termasuk pemiliknya dan dikatakan licik kerana tidak mahu tuannya diganggu. Mungkin setelah menganggap Hani sebagai Tuannya yang baru ia mencuba menjauhkan Hani dari mereka. Dengan menimbulkan konflik dan kesalahfahaman yang berlaku.

Boleh tahan juga otak aku kali ni. Baru sekarang sel-sel otak nak bergabung. Daniel menyempat puji diri sendiri Supaya tidak berasa gentar. Sekadar menyedapkan hati sendiri sahaja.

"Tok, kita nak buat apa sekarang ni?" Abang Mut memecahkan kesunyian. Raut wajah Tok Khossim tegang sebaik melihat lembaga yang menyerupai arwah Pak Jaiz.

Selalunya hanya khabar angin yang didengari, sekarang sudah terbukti di hadapan mata.

"Berat sangat ni, Tok." Ustaz Narman turut mencelah, riaknya sama seperti Tok Khossim. Baru sahaja Cikgu Zahar hendak melangkah, perbuatannya dicegah oleh Ustaz Narman.

"Bahaya, Zahar."

Ustaz Narman memberi amaran lalu tak lama kemudian angin kencang menerpa kearah mereka. Masing-masing terbeliak melihat perkara menyeramkan di depan mata.

Darah berderau. Wajah menjadi pucat badan turut menggeletar ketakutan. Banyak yang berkeliaran di sekitar rumah itu termasuk seekor yang menyambut kedatangan mereka. Angin menjadi semakin kencang meniupkan daun-daun kering kearah mereka seolah-olah ingin mereka berhambus dari sana.

Tok Khossim dan Ustaz Narman mula membaca ayat-ayat suci cuba mengurangkan tekanan mereka hadapi. Di sini keimanan mereka betul-betul diuji. Pelbagai makhluk menyeramkan berkeliaran di situ.

Ada yang berada di atas bumbung rumah, ada berdekatan pokok dan ada yang bergelentayangan tak sempurna rupa serta berbau busuk mengelilingi mereka.

Cikgu Zahar dan Abang Mut membawa mereka yang lain mengikuti halaman belakang rumah rehat bertujuan hendak pecah masuk pintu belakang. Jika ikut pintu hadapan terlebih berisiko dan tak mustahil mereka akan terkena masalah.

"Cikgu, pintu ni tak dapat buka!" Ayang kalut memulas tombol pintu namun tetap terkunci.

Mendengar respon Ayang tanpa amaran Cikgu Zahar mendekati lalu segera menghempuk pintu belakang. Dengan tenaga penuh pintu tersebut berjaya dibuka namun hanya seketika.

Keadaan rumah rehat yang gelap menyukarkan Cikgu Zahar fokuskan pandangan, dia dapat melihat sosok tubuh seseorang di dalam kegelapan. Namun identitinya tidak dapat dipastikan.

Entah bagaimana ada sesuatu yang keras menghantam dadanya membuatkan Cikgu Zahar terlempar ke belakang hingga menyebabkan ia kehilangan kesedaran. Pintu belakang tertutup kembali setelah menghalau penceroboh yang memasuki kediaman mereka.

Abang Mut pantas memeriksa keadaan Cikgu Zahar takut sekiranya ada sesuatu yang buruk terjadi.

"Abang, Cikgu macam mana? Masih hidupkan?!" jelas wajah Mut kelihatan panik melihat kejadian itu.

"Heish, mulut. Mendoakan ke?!" Abang Mut sempat memukul pucuk kepala adiknya. Tak akan adiknya tak tahu? Kata-kata itu satu doa bukan?

"Abang tak dapat pastikan Cikgu Zahar sedar dalam waktu terdekat ni. Nak tak nak, kita kena pecah masuk juga cari kawan korang yang hilang tu. Tengok situasi sekarang ni pun dah bahayakan nyawa orang!" tegas Abang Mut.

Dia ingatkan boleh bergantung harap dengan Cikgu Zahar menjaga keselamatan yang lain, tengok-tengok dia yang tumbang terlebih dahulu.

"Tak apa. Abang tolong bawa Cikgu Zahar ke tempat yang selamat, kitaorang cuba urus selebihnya."

TETAMU [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang