HARI ini, buat pertama kalinya dia meminta izin kepada kak Kaseh untuk tinggal dirumah. Badannya sejak kebelakangan ini terlalu lemah. Kadang kala nak berjalan ke tandas pun dia dah tak sanggup.
Tetapi apakan daya... kak Kaseh tetap dengan pendiriannya.
"No, akak tak benarkan Mawar tinggal seorang dekat rumah. Duduk jelah dalam bilik stor tu, bukannya Mawar ada buat apa pun dekat situ. Kerja tidak, cuma makan dan minum je." Selamba dia berkata. Tangan sibuk menghias wajah dengan make up.
Mawar menurut. Dia berlalu ke dalam bilik untuk siapkan diri.
"Mawar." Tangan kak Kaseh menahan pintu daripada tertutup sepenuhnya membuatkan Mawar terkejut. Terus pintu dibuka semula.
"Mawar ada mimpi tentang lelaki tu lagi?" Soal kak Kaseh serius. Entah mengapa setiap kali bercakap tentang lelaki dalam mimpinya, kak Kaseh seakan tidak suka.
Bukan. Bukannya tidak suka tetapi seakan benci.
"Mawar?" Tekannya apabila Mawar tidak menjawab. Perlahan-lahan gadis itu mengangguk.
Terdengar keluhan kasar sang kakak yang jelas sedang bengang.
"Ingat pesanan akak, jangan sesekali kau cuba untuk cari tahu tentang lelaki gila dalam mimpi kau tu. Jangan selalu fikir tentang dia, itu semua mainan syaitan, Mawar."
Dia cuma mengangguk. Takut untuk melawan mahupun berikan sebarang pendapat. Kenapa kak Kaseh terlalu marah bila cakap tentang mimpi dia? Dia sendiri tahu yang semua benda tu tidak wujud.
"Mawar..." Kak Kaseh memegang kedua-dua belah tangan Mawar. Nada bicaranya berubah lembut apabila melihat gadis itu hanya mendiamkan diri.
"Akak buat macam ni sebab akak sayangkan Mawar. Akak tak nak Mawar stres. Jadi, jangan fikir pasal semua tu lagi, okey?" Dia mengangguk lagi. Apabila kelibat kak Kaseh mula menghilang, barulah dia menutup pintu bilik.
Dia tersandar lemah pada pintu. Tiba-tiba telinga berdesing kuat. Kedua-dua telapak tangan naik menutup telinganya, berharap agar bingit itu menghilang.
"Bunga, I'm always on your mind, sayang. Abang tak akan izinkan bunga lupakan abang."
"Diamlah syaitan, diam!" Mawar berbisik keras. Apabila suara itu mula menghilang, tangisan Mawar pecah.
"Kenapa... suara kau tak henti buat aku rasa disayangi?"
"Kenapa kau kacau hidup aku? Apa dendam kau? Aku penat nak hidup, aku penat!" Seiring dengan beredarnya masa, tangisan Mawar perlahan-lahan mula terhenti. Dia bangkit dan berdiri dihadapan cermin.
"Aku penat nak abaikan kau. Apa yang kau nak? Kau nak aku cari kau?" Sepi. Tiada sebarang jawapan yang dia dapat daripada persoalan yang dia sendiri utarakan.
...
"MAWAR, jangan keluar langsung daripada bilik ni. Mawar duduk diam-diam, sampai masa akak bagi makan dan minum. Hari ni ada orang penting nak datang, akak takut apa-apa jadi nanti. Faham?" Renungan mata kak Kaseh tidak nampak seperti selalu.
Mawar nak bertanya namun dia pendam sahaja. Seperti biasa, dia hanya membalas dengan anggukan.
Tertutup sahaja pintu, Mawar melepaskan nafas berat. Dia membaringkan badan di atas tikar dan sambung termenung.
"I wish I were a butterfly. Just imagine, soaring through the sky with no worries, no strings attached. Just the wind beneath my wings, carrying me wherever I want to go." Tangan terawang-awang di udara seperti membayangkan dirinya terbang daripada pelbagai masalah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hello, Aiman Al-Qays
Romance???????????????????????? ????? ??????????? ??????????? [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...