抖阴社区

                                        

"Kita semua bukannya baik juga. Ke ada antara yang berdiri dekat sini mengaku yang dia orang yang baik, yang bebas tanpa sekelumit dosa?? Kita semua adalah pendosa, yang membezakan antara kita adalah.. taubat."

Diam. Kesemua antara mereka telahpun diam. Barangkali mereka tersentap dengan penyampaian yang diberikan Rifqi. Atau mungkin, telah sedar akan kesilapan mereka yang begitu bangga mencari tahu kesalahan orang lain..

"Teruntuk semua netizen di luar sana,  stop jumping into the conclusion without any valid proof. You just make the situation more worst! I can guarantee that Qaira Alana bukan seperti yang korang sangkakan. Plus, I am not talking nonsense here, I have got a good proof to explain all my words."

"Bo..boleh kongsikan tak bukti yang Tengku ada? Kita perlukan bukti untuk membenarkan apa yang Tengku bagitahu sebentar tadi " soal salah seorang wartawan lelaki dihadapannya.

"Ofcourse, saya akan bagi. Tapi dengan syarat, saya nak korang minta maaf dengan Qaira Alana di semua platform media sosial sama ada Tiktok, Instagram, X dan lain lain yang berkenaan. Make it a trending in less than 24 hours start from now" ucap Rifqi.

"Oh one more, jangan ganggu dia lagi. Dia bakal isteri saya, bukannya mainan publisiti. Itu sahaja dari saya, terima kasih sudi luangkan masa" Katanya sebelum dia melangkah keluar dari sekelompok wartawan itu tadi. Dari sudut pandangannya, kesemua wartawan itu sudah kalut menwar warkan ucapan permohonan maaf seperti yang mereka janjikan tadi.






JAM di dinding menunjukkan pukul 10malam, pada waktu itu Qaira baru sahaja pulang dari rumah Reanna dan Hadif. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu pulang ke rumah hari ini akan tetapi doktor Hadif asyik tidak henti henti memintanya untuk dirawat di hospital.

Katanya, kecederaan di kepalanya agak membimbangkan dan takut membawa perkara yang tak diinginkan. Tapi kisah apa dia? Luka di hatinya sekarang lebih dalam dari apa jua sakit sekalipun.

"Dah gila ke malam-malam macamni baru reti nak balik? Kamu pergi, Qaira?!" Sindir Tuan Qayyum sebaik sahaja dia melihat anak perempuannya memasuki rumah.

Mata Qaira menggigil saat mata mereka berdua saling bertembung. Apa yang terjadi pagi tadi masih terngiang-ngiang di mindanya. Denyutan sakit di kepala juga masih tidak hilang. Kesan libasan tali pinggang di setiap inci tubuhnya juga masih terasa menyengat.

Peritnya..

Eerghh..

"Papa tanya, jawablah. Dah bisu ke sekarang? Allah dah balas cash ke sebab derhaka dengan aku?" Sindirnya lagi sambil melemparkan pandangan tajam. Qaira hanya diam tidak membalas. Mulutnya terkunci rapat. Dia takut.. takut jikalau sebarang perkataan yang keluar dari mulutnya akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Aku tanya kan, jawablah budak!" Dengan kasar sekali, tudung Qaira ditarik kebelakang sehingga dengan kepalanya sekali juga turut tertarik.

"Pa..pa..sa..sa..kitt.." muka Qaira sudah berkerut seribu. Entah bagaimana dia mampu menghentikan ayahnya dari terus menyeksanya dan mempercayai kata katanya.

"Sakit lagi hati aku tengok kau buat benda celaka tu!!" Tarikan masih belum dia lepaskan. Penampar pula dia lekapkan sekali dua pada pipi mulus Qaira yang sudah kemerahan itu sebelum dia lepaskan tudung anaknya.

Rebah. Gadis itu terjelepok jatuh ke lantai dalam keadaan tidak bermaya.

"Esok, aku kahwinkan kau dengan Darwish."

"Taknak.." air mata laju mengalir di pipinya. Tangisannya bertukar menjadi esakan yang kuat dan tidak henti henti.

"Peduli apa aku kalau taknak sekalipun?! Aku ayah kau, aku berhak paksa kau kahwin!"

Enchanted [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang