'I was enchanted to meet you'
Gara-gara menggantikan tempat kawan baiknya di dalam sebuah blind date, Tengku Rifqi Aydeen secara tidak sedar telah melibatkan dirinya dalam dunia seorang Qaira Alana.
"Hidup memerlukan perjuangan, tak ada salahnya kit...
RUANG kafe buku yang agak luas itu dipandangnya dengan senyuman yang puas. iPad dibuka lalu sekeping dua gambar diambil dan disimpan sebagai kenangan. Aplikasi Instagram dibuka lalu dia mengemaskini story ig miliknya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Akhirnya setelah sekian lama dia menggembleng tenaga, kini dia telah berjaya membangunkan kafe buku yang pernah diimpikan arwah isterinya dahulu.
Qaira mesti bangga kan, sebab aku dah wujudkan impian dia.. dan kesemua wishlist yang aku telah gapaikan untuk dia telah aku simpan didalam galeri dan dimuat naik di laman Instagramnya juga.
Ruang highlights di dalam laman Instagram miliknya dibuka. Satu persatu gambar yang dia pernah kemaskini dia lihat dan tatap dengan senyuman.
I keep my promise to fullfill your dream, can you at least approach to my dream for at least once, wife...
Air mata yang bertakung itu dikesat. Mukanya ditekup dengan kedua belah tapak tangan yang sedia untuk dihujani air mata. Sudah bertahun tahun berlalu, tak pernah sekali pun dia mimpi tentang Qaira. Untuk berjumpa di dunia itu sudah tentulah mustahil..
Mungkin ini perasaan yang sama yang pernah arwah hadapi dulu sewaktu kehilangan ibunya.
Telefon yang berdering kuat mematikan lamunan lelaki itu. Cepat cepat ikon hijau diseret ketengah lalu telefon dilekapkan pada telinganya.
"Waalaikumsalam, ya aku dah dekat sini. Kau datang masuk je." Kata Rifqi sebelum talian dimatikan. Tidak lama selepas itu, kelibat Tuan Kevin muncul di muka pintu.
Mereka berdua mengambil tempat duduk di penjuru kafe. Tuan Kevin menatap wajah sedih lelaki dihadapannya itu. Kalau dulu, senyum sahaja kerjanya tapi sekarang? Dia nampak lebih kepada seseorang yang sedang berjuang melawan perasaannya sendiri.
"Kau okey ke Rifqi?" Tanya Tuan Kevin sebelum dia membuka failnya.
"Aku tak okey... Tapi jangan risau, nanti akan okey juga. Aku cuma perlukan masa." Jawab Rifqi perlahan. Senyuman tipis dilemparkan seketika. Sudah beberapa tahun berlalu namun keadaannya masih tidak seperti dulu lagi. Dia lebih suka diam dan menjawab apabila perlu sahaja.
"Aku faham, kehilangan tu berat rasanya.."
"Tak apa... Aku sendiri pun tak tahu kenapa makin lama makin aku rindu dekat dia. Sedangkan ini bukan kali pertama aku merasa kehilangan.. mungkin sebab aku rasa sebak yang dia tak ada tinggalkan apa apa surat untuk aku macam yang aku dapat dari arwah mummy... Atau mungkin juga sebab aku tak sempat curahkan kasih sayang yang selama ni aku simpan untuk seseorang insan yang bergelar isteri. Dah bertahun berlalu tapi keadaan aku masih begini. Aku manusia yang gagal.." Ujar Rifqi. Air mata dibiarkan jatuh bercucuran membasahi pipi. Dia agak penat untuk menyeka air mata rindu.
Rindunya pada arwah mummy akan terubat apabila dia memandang dan membaca kembali surat yang ditinggalkan. Tapi rindu pada arwah isterinya, semakin lama semakin bercambah.
"Rifqi, menangis bukanlah sebab kau tak boleh terima kehilangan dia. Kau cuma rindukan dia. Biasalah tu.. janganlah risau."
Rifqi mengangguk perlahan tanda setuju. Air mata dikesat lagi. Penatlah sekuat mana pun dia tetap perlu bangkit.
"Cantik cafe book kau ni. Qaideen tu gabungan nama korang lah kan?" Tanya Tuan Kevin sekadar mahu menukar topik.
Rifqi senyum tipis lalu mengangguk. "Arwah isteri aku yang nak aku buka cafe book ni sebab dia hantu novel.."
"Oh ya, betul ke kau nak jadikan Raisya sebagai pemilik baru hotel TGLV tu nanti?" Soal Kevin meminta kepastian.
"Ya, aku rasa dia layak dapat hak tu. lagipun, bila aku pandang dia aku rasa bersyukur. Sebab, buah pinggang Qaira ada pada dia.."
"Huh?" Tuan Kevin nampaknya tidak faham.
"Oh, sebenarnya dulu Qaira pernah dermakan sebelah buah pinggang untuk Raisya sebab Raisya ada masalah kegagalan buah pinggang." Ujar Rifqi dengan senyuman nipis. Entahlah, dia rasa gembira mengingatkan kembali tentang kenangan sewaktu dia menyuap Qaira bubur.
Walaupun ketika itu dia hanyalah menganggap Qaira sebagai kawan, namun sekarang bila difikirkan balik dia rasa bersyukur kerana setiap kenangan antara mereka itulah yang menjadikan dia kuat sehingga sekarang.
"Aku dah taknak handle hotel tu, kenangan antara aku dengan arwah Qaira terlalu banyak. Mungkin TGLV boleh banjir dengan air mata aku kalau aku duduk dekat sana lama lama " kata kata dari Rifqi itu disambut dengan anggukan dari Tuan Kevin. Dia tahu tidak mudah untuk melupaka seseorang yang kita sayang, apatahlagi apabila pemergian mereka itu terlalu mengejutkan. Selaku peguam hartanah, dia mengangguk sahaja setiap pesanan yang diberikan oleh Rifqi lalu dicatat satu persatu dengan teliti.
"Aku amanahkan hotel tu untuk dia sebab aku tahu dia boleh jagakan hotel tu dengan baik." Kata Rifqi lalu tersenyum nipis. Dia percayakan dengan kemampuan Raisya. Bahkan gadis kecil itu walaupun usianya masih belum melonjak ke remaja, kematangan gadis itu berbeza dari kanak kanak yang lain.
She was born to be different.
TERJAGA sahaja dari tidurnya, bibir Rifqi menarik senyuman yang lebar. Mengingatkan mimpi yang baru sahaja terjadi tadi membuatkan dia begitu terharu dan gembira.
Akhirnya, arwah isterinya datang menerjah mimpinya setelah sekian lama dia menunggu. Walaupun tidak sampai beberapa saat. Walau hanya sekadar mimpi namun dia tetap bersyukur.
Doanya dimakbulkan. Sudah sepuluh tahun dia menunggu dan akhirnya semuanya telah terungkap.
Gambar perkahwinan mereka ditatapnya lama lalu dia tersenyum lagi. My pretty wife, forever the cutest one..
Telefon dicapai dari meja. Aplikasi Instagram dibuka lalu dia memuat naik kapsyen dengan hati yang senang dan gembira.
14 FEB, I finally had a dream about my late wife. She still looks beautiful just like the first time i saw her. I love you, and forever will love you, my wife ❤️