Aku memandang ke luar tingkap. Segala-galanya terasa baru bagiku. Fikiranku kosong. Apa sahaja yang manusia berbaju kot putih itu katakan, aku tak faham. Mereka cuba mengangkat tanganku tapi bila dilepaskan, tanganku jatuh begitu sahaja. Mereka juga sepertinya ada menyuruhku mengangkat kaki tapi aku langsung tak dapat menggerakkan tubuhku. Mereka terangguk-angguk dan entah apa yang direpekkan lagi, aku tak faham. Yang aku tahu, selepas mereka keluar, datang lagi seorang lelaki berkot putih menyentuhku.
Aku hanya memandang kosong ke arahnya.
Siapa pula ni?
Dia berkata sesuatu, tapi aku langsung tak dapat fahami kata-katanya. Perkataannya terasa asing bagiku.
Tapi, lama-kelamaan, bila terlalu banyak benda yang dia bebelkan, aku mula mengerti beberapa bicaranya.
Dan sekarang, aku dapat hadam perkataan awalnya tadi.
"Saya Arjuna, suami dan kawan baik awak."

ANDA SEDANG MEMBACA
Mawar Arjuna
RomanceCinta di hati, takut diungkap, Luka tersembunyi, sunyi terperkap. Mawar Mikhayla rindu kasih yang tulus, namun bayang-bayang lama masih menghantui hidup. Arjuna, sahabat yang pernah dia percaya dengan sepenuh jiwa, menjarakkan diri angkara satu fitn...