"Eomma? Siapa yang bagi semua makanan ni?"
Tersenyum-senyum Soeun sambil melihat-lihat makanan yang terhidang di meja makannya. Perutnya berkeroncong kuat sekali.
"Ada orang bagilah." jawab Puan Joo bersama senyuman kecilnya.
"Siapa pula? Jiran baru?"
"Your boyfriend lah Joo Soeun."
"Yeon– maksud eomma, Jake?"
Soeun menoleh ke arah ruang tamu rumahnya, kelihatan Jake sedang ralit menatapnya sedari tadi.
Baru dia sedar, yang dia hampir terlepas cakap pada ibunya yang Yeonjun adalah teman lelaki barunya dan bukan lagi Jake. Ini kerana mereka berdua bersetuju ingin merahsiakan dari kedua ibu bapa mereka atas sebab tak mahu mengecewakan kedua pihak.
"Sebelum awak tanya kenapa saya tiba-tiba datang, biar saya jawab dulu. Saya cuma tak nak eomma awak syak apa-apa sebab saya dah lama tak datang ke sini sejak kita pu–"
"Cukup, saya faham. Terima kasih."
Soeun melangkah ke mejanya semula dan menoleh ke belakang apabila dirasakan ada kehadiran betul-betul di belakangnya.
"Awak tak balik?"
"Nanti eomma awak rasa saya takde adab pula bila saya ada sekejap sangat dekat sini. Duduklah, makan, saya teman." Jake menarik kerusi di hadapan Soeun, tersenyum manis menatap gadis itu.
"Jake,"
"Ya?"
"Awak buat semua ni untuk dapatkan saya semula kan?"
"Kenapa awak rasa macam tu?"
"Awak jangan fikir Yeonjun tak beritahu saya pasal ugutan awak tempoh hari lah Jake. Sekarang saya rasa bukan masalah awak kalau dia bawa saya ke club atau ta–"
"Makanlah, saya suka tengok awak berselera waktu makan."
✩
