抖阴社区

In silence, we find the truth.

Mula dari awal
                                        

Tidak lama, muncul semula Puan Hajar, Puan Aida dan tidak lupa lelaki tinggi lampai di belakang. Lelaki yang Afaf cuba elakkan diri.

Afaf segera bangun. Sempat dia betulkan baju kurung miliknya. Tangan Puan Aida disalam. "Terima kasih makcik jemput Afaf."

"Sama-sama, Afaf. Eh, tadi ibu kamu kata kereta Afaf rosak, kan?"

Afaf angguk saja. Sempat dikerling wajah Puan Hajar. Macam dia dapat hidu sesuatu.

"Kejap ya Hajar. Saya panggil anak saya." Mata Puan Aida terarah pada Affan yang baru saja muncul dari dapur.

"Along." Panggil Puan Aida lembut.

"Ya, umi." Afaf yang tunduk segera angkat wajah. Terpandang wajah Affan yang sedang tersenyum kecil pada Puan Aida dengan langkah semakin mendekat ke arah mereka bertiga.

Berkulit hitam manis memang sangat memenuhi kriteria bakal suami Afaf. Orang lain mahukan suami hensem berkulit putih. Tapi, tidak pada Afaf. Orang kata lelaki berkulit hitam manis ni senyuman mereka manis dan menawan. Namun, cukup senyum lelaki itu, mampu buat dada Afaf rasa sesak. Kalau lelaki ini senyum versi lain macam mana pula agaknya. Pengsan terus Afaf agaknya.

"Alang-alang along nak ke masjid, boleh tumpangkan Afaf sekali. Lagipun Makcik Hajar pun tak balik lagi. Nanti biar umi saja yang hantar makcik Hajar."

Kedua-dua wanita itu berpandangan sesama sendiri

"Errr, Affan boleh ke kamu tolong hantarkan Afaf? Makcik ada sikit lagi nak tolong umi kamu."

Affan yang terasa diperhatikan memandang ke arah Afaf. Senyumannya hilang digantikan dengan kepala ditundukkan sedikit. Afaf pula tertunduk segan.

Affan pandang kedua-dua wajah yang penuh harapan itu. Hendak menolak tapi rasanya tidak elok pula.

Dihampiri Puan Aida dan di salam lembut.

"Boleh makcik." Affan tunduk sedikit sebelum berganjak ke tempat tadi.

Affan menghilang ke belakang semula dan tidak sampai beberapa minit dia keluar semula bersama kunci di tangan.

Solat zohor hampir tiba dan dia jadi imam untuk solat zohor  memandangkan abahnya masih sibuk melayan tetamu. Lagipun dia sendiri yang tawarkan diri. Dia tidak boleh duduk lama-lama dalam suatu tempat.

Ingatkan nak tumpang Khairil saja sebab lelaki itu naik motosikal datang ke sini. Tetapi, dah uminya minta tolong hantarkan anak dara orang, dia turutkan saja. 

"Fan, kau nak bawa dia naik apa?" Khairil yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah, menahan langkah kaki Affan. Setahu dia, kereta milik lelaki itu dia letak di garaj  tepi rumah. Siap bertutup dengan kain lagi. Nak keluar bawa kereta itu, ada khemah pula yang terpasang di depan rumah.  Motosikal pula elok diparking di tepi rumah. Takkan nak bawa naik moto pula. Belum halal lagi

Yang tinggal cuma lori niaga mereka memandangkan Affan baru selesai jual ikan siang tadi. Dia pula buka cafe sekejap.

"Lori ikan..."

Khairil tepuk dahi. Memang dia tak jangka seorang Affan ni. Macam manalah dia boleh berkawan dengan lelaki ini.

"Anggun, teman walid." Affan segera berlalu melepasi Afaf. Tidak memandang gadis itu yang hanya berdiri tidak bergerak

"Jom kak ikut Anggun." Afaf tersedar sebaik saja jari jemarinya disulam dengan tangan kecik milik Anggun. Afaf bersalaman dengan Puan Hajar dan Puan Aida setelah itu dia membontoti langkah Anggun.

Mereka berjalan seiringan di mana Anggun berada di tengah-tengah antara Affan dan Afaf. Mujurlah ketika itu mereka sudah jauh dari pandangan orang. Kalau tidak, mana Afaf nak letak muka andai dia dipandang serong. Lelaki itu sudah beristeri tapi dia pula sibuk nak melekat dengan suami orang.

Afaf kesat peluh di dahi, jauh juga mereka menapak tapi dia tidak nampak lagi kereta lelaki itu. Mereka juga telah melepasi kereta dia yang diparking di sini.

Dan tiba-tiba langkah lelaki itu terlebih dahulu berhenti, hampir Afaf nak cium belakang tubuh sasa itu. Ralit sangat dia berjalan sehingga tidak perasaan mereka berhenti di sebuah lori yang diparking paling hujung.

Tengok keadaan lori Afaf boleh teka yang lori itu adalah lori ikan.

Dia hanya berdiri bila mana lelaki itu masuk dan memanaskan enjin.

"Naik."

Dan lelaki itu keluar semula.

Afaf pandang wajah Anggun dan kenderaan yang akan mereka naiki itu.

"Jom, kak naik. Anggun duduk tengah."

"Owh..okay..." Afaf ikutkan langkah Anggun yang menariknya ke arah pintu bahagian penumpang.

"Sekejap Anggun."

Afaf hanya lihat lelaki itu ke belakang lori dan kembali semula dengan dua bata di kiri dan kanan tangan. Lalu lelaki itu letakkan di hadapan pintu bahagian penumpang.

"Sini, kak." Anggun naik terlebih dahulu.

Lelaki ini nak kata dia pendek ke macam mana. Sedangkan rendah saja lori ini pun.

Afaf kerling sebelah. Lelaki itu sedang berdiri tegak membelakanginya. Lelaki itu nampak bersahaja namun tingkah laku lelaki itu sedikit sebanyak mencuit hati kecil Afaf.

"Boleh naik tak kakak?" Anggun enjakkan tubuh bila Afaf masih berdiri kaku di situ.

"Err, boleh.."Afaf paling wajah lalu bibir mengukir senyuman kecil.

Dengan lafaz Bismillah, Afaf pijak bata itu dan sebelah lagi tangan memegang pemegang lori yang ada di bahagian tepi pintu untuk menyokong tubuh.

Afaf tutup pintu lori.

Setelah memastikan mereka berdua naik , barulah Affan angkat semula bata tadi dan letakkan semula dalam lori. Grill besi di tutup dan dikunci. Hanya kelihatan tong-tong kosong disebabkan dia sudah menjual tadi.

Perilaku itu Afaf pandang melalui cermin sisi saja. Sebaik saja lelaki itu hilang dari pandangan, mata Afaf kembali lihat ruangan dalam lori.

Bau ikan bercampur dengan bau asap lori. Aircond tidak berfungsi dan kerusi pula ada koyak sana sini.  Ditebarkan pandangan ke sebelah kiri. Anggun macam sudah biasa pula bila mana kanak-kanak itu siap goyang kaki lagi sambil bibir tersengih lebar.

"Walid, cepat. Tak sabarnya Anggun." Jerit Anggun. Gaya macam tak pernah naik lori.

"Kakak okay?" Anggun bertanya bila mana tengok Afaf diam. Lihat dari riak wajah Afaf, tidak pula terasa geli ke apa. Afaf angguk saja sambil tersenyum manis.

"Siap dah?" Tidak sedar pula lelaki itu sudah siap panjat lori.

"Dah walid."

Lelaki itu nampaknya kembali dingin bila ada orang lain bersama. Sepatah-patah saja yang keluar dari bibir itu.

Afaf kerling lagi. Dengan berbaju melayu bewarna kelabu gelap dan lengan baju pula disenteng sehingga paras lengan. Jelas urat-urat tangan di lengan lelaki itu.  Permandangan yang biasa tapi pada pandangan Afaf tidak. Lelaki itu ada aura tersendiri. Bagaimana mungkin dia tidak kagum. Tapi cepat-cepat dia sedar diri.

Afaf tunduk bermain jari sendiri. Sudah jauh berangan.

Dalam pada masa yang sama otaknya ligat berfikir. Mana ya isteri lelaki itu. Dari tadi dia tak nampak langsung.  Iyalah dah Anggun panggil walid mestilah hak milik orang.

AFFAN_ADRA | In EditingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang