"Nak angkat badan pun abang tak larat, sayang. Nak makan lagilah tak ada selera. Adra tolong suapkan abang." Rengek Affan.
"Tapi, tangan tadi elok aje Adra tengok abang pegang tangan Adra. Siap boleh genggam lagi. Tang mana yang tak larat angkat tu." Afaf menjongket kening. Melihat wajah sedih Affan dia tahu ada drama disebalik itu.
"Urggghh... wahai tangan jangan malukan tuan." Affan longlaikan tangan dia semula. Memek muka dipamer kasihan. Afaf tepuk dahi.
Bau aroma masakan Afaf membuatkan perut Affan mula berdendang. Teringin pula dia nak rasa masakan Afaf. Bukan tidak pernah merasa, cuma jarang sebab selalu dia yang masakkan untuk mereka anak beranak. Bila Afaf sering memuji air tangan dia, semakin bersemangat untuk dia memasak dan mencuba resepi baru.
"Sayang, abang lapar. Tapi abang tak naklah makan kalau Adra tak suap abang." Affan kembali pejamkan mata. Ditarik comforter semula. Rasa sejuk badan. Tidak faham ke Afaf ni, orang nakkan perhatian?
Afaf menarik nafas dalam dan dihembus. Diurut-urut dada dia yang akan naik angin sekejap lagi. Tahu benar kalau Affan dah mula mood nak bermanja, jangan harap Affan membiarkan dia hidup tenang. Kesian Anggun selalu kena palau dan menyaksikan adegan romantis dia dan Affan. Mujur anak itu sangat memahami perangai Affan.
"Tak apa ibu. Anggap aje macam Anggun tak wujud. Biasalah kekurangan kasih sayang."
Ketika itu dia berada di dapur sedang membasuh pinggan mangkuk setelah mereka makan malam. Affan pula pantang nampak line clear laju saja tangan itu membuat kerja. Digeletek pinggang Afaf, tidak cukup dia curi-curi cium pipi pula. Laju dia tolak tubuh Affan apabila ternampak kelibat Anggun di situ.
"Dah tak sayang abang cakap." Lagi bibir itu mengomel.
Afaf meletakkan semula bubur ayam tadi di atas meja. Ditarik comforter ke bawah. Tubuh Affan yang membahang panas itu ditarik supaya duduk. Affan yang memahami memaksa tubuh untuk duduk bersandar. Kalau dia degil, Afaf dua kali lima dengan dia. Afaf mengambil bubur ayam dan diletakkan di atas riba Affan. Kemudian, dia kaut sesudu lalu ditiup dan disuakan ke arah bibir Affan.
Affan tetap tidak membuka mulut. Saja nak melihat sejauh mana Afaf nak manjakan dia. Asyik dia aje yang manjakan Afaf.
"Alolooo baby bucuk Adra ni. Buka mulut sayang, kapal terbang nak mendarat." Usik Afaf kemudian dia cekup pipi Affan lembut. Terbuka saja dia sumbat terus. Tidak sempat Affan nak meluah, Afaf picit bibirnya. Terjenggil mata Affan.
"Sayang..." Tidak terjangka langsung Affan. Afaf angkat dua jari telunjuk dan hantu tanda peace. Nak disuap, kan, itulah caranya.
"Good boy, kesayangan Adra." Tidak sedar hampir lincin Affan makan bubur ayam air tangan Afaf. Bukan kerana kerelaan, tetapi secara paksa. Afaf mengusap rambut Affan.
"Jangan usik abang, Adra. Ini semua salah Adra." Affan merengus kecil. Afaf hanya ketawa sebagai balasan.
"Selamat petang, baby besar..." Kuat suara Anggun bercakap membuatkan mereka yang sedang duduk santai di ruang tamu menoleh pantas ke arah Affan dan Afaf yang baru saja menuruni anak tangga.
"Kenapa Adra tak cakap yang abah, umi dan ibu datang rumah?" Bisik Affan di telinga Afaf yang setia di sisi. Afaf hanya mengukir senyuman ketika bertatapan dengan mata Affan yang sedikit cuak. Tahu yang lelaki itu malu. Seharian mereka di dalam bilik kerana Affan yang tidak membenarkan Afaf turun ke bawah. Sanggup tinggalkan Anggun kerana kata Affan, Anggun sudah terbiasa duduk seorang kalau Affan tidak sihat. Tidak mahu Anggun berjangkit demam dengannya kerana antibodi Anggun lemah.

ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN_ADRA | In Editing
RomanceAffan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk m...
Part 53
Mula dari awal