Hanz menatap Amyra dengan pandangan yang tajam tetapi terkawal, seolah-olah dia sedang cuba menahan sesuatu yang lebih dalam. Dia duduk di hadapan Amyra di ruang tamu mereka yang sepi, hanya bunyi jam dinding yang memecah kesunyian.Amyra duduk kaku di sofa, takut untuk bergerak. Dia tahu apa yang bakal datang, dan hatinya sudah bersedia untuk menerima apa sahaja reaksi Hanz kali ini. Namun, dia masih tidak dapat menghilangkan ketakutan yang menghantui setiap langkahnya.
"Sweetheart," Hanz memulakan dengan nada lembut, tetapi penuh dengan maksud tersembunyi, "lpepas ni, kalau awak nak keluar dgn lelaki lain, bagitahu saya, okey?" Dia mengangkat kening sedikit, menunggu jawapan Amyra yang terpaku.
Amyra mengangguk perlahan, cuba menahan nafasnya yang semakin sesak. Dia tahu ini bukan permintaan biasa ini adalah arahan.
"Tapi kalau awak tak nak bagitahu, tak mengapa... bawak saya sekali. Ini tak... awak rahsiakan dari saya," Hanz meneruskan dengan tenang, tetapi ada nada tegas dalam suaranya yang membuatkan jantung Amyra berdegup lebih laju.
"Saya tak boleh kawal perasaan saya kalau awak buat macam tu. Macam mana saya tak naik angin kalau awak keluar senyap-senyap dengan lelaki lain? Saya tak suka, sweetheart. Saya tak nak tengok awak kena marah lagi... Saya cuma nak kita bahagia."
Amyra menundukkan kepalanya, air matanya bergenang di kelopak mata. Setiap perkataan Hanz adalah racun yang disalut dengan madu. Dia tahu, tidak kira apa yang dia lakukan, Hanz akan tetap menemui alasan untuk memarahinya, untuk mencurigainya.
"Abang... saya tak pernah berniat nak rahsiakan apa-apa dari abang," suara Amyra keluar dalam bisikan kecil. "Saya cuma nak kita hidup tenang, itu saja."
Hanz tersenyum, menyentuh dagu Amyra dengan lembut, mengangkatnya agar mereka bertentang mata. "Itu yang saya nak dengar, sayang. Saya cuma nak awak dengan saya, sepanjang masa. Tak perlu lelaki lain, tak perlu rahsia-rahsia. Awak milik saya, Amyra. Saya cintakan awak sangat-sangat, dan saya tak boleh bayangkan hidup tanpa awak."
Amyra hanya mampu mengangguk lagi. Dia tahu janji manis ini hanya sementara, dan kitaran kegilaan ini akan berulang lagi, lebih kuat dan menyakitkan.
Hanz memeluk Amyra dengan erat, seolah-olah ingin menyerap seluruh kewujudan Amyra ke dalam dirinya. "Saya takkan lepaskan awak, sweetheart. Awak segala-galanya untuk saya. Ingat tu."

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Obsession
Romance[Hanz Daniel ] [Amyra Nayra ] Hanz Daniel adalah seorang lelaki yang memiliki segala-galanya rupa paras yang menawan, kerjaya yang cemerlang, dan hati yang penuh kasih. Namun, di sebalik semua itu, tersembunyi satu sisi dirinya yang tidak diketahui...