BOOK 2
Satu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri.
"Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael
"Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan meliha...
"Hisy! Malas lah nak kawan dengan abang dah! Jangan cakap dengan Biha setahun. Eh! Sehari!"
Terletus tawa Ahmad. Kelakarnya lah isterinya buat jenaka. Mana lah belajar.
"Bila masa kita kawan?" usik Ahmad lagi sambil menaikkan keningnya.
"Yelaa abangg. Kita tak kawan, tapi kita dah jadi pasangan suami isteri."
"Pandai isteri abang." hidung Sabihah ditarik.
"ABANG!"
"HAHAHA!"
"Assalamualaikum, bapak, Qamar." batu nisan arwah Shah Ismael dan arwah Qamariah dipegang.
Kubur Shah Ismael dan Qamariah ditanam sebelah-menyebelah sahaja.
"Biha datang ni. Tapi datang dengan cucu bapak. Cucu bapak perempuan. Biha ambil nama ni sempena nak memperingatkan bapak. Bapak dulu kan bagitahu Biha yang bapak sebenarnya nak letak nama Biha, Awna? Takpelah, bapak tak sempat nak lihat anak Biha keluar, kan? Jadi, Biha letaklah nama anak Biha dengan nama kegemaran bapak. Mudah-mudahan Sabihah boleh ingat bapak dengan adanya anak Biha." sebelum dia mahu ke kubur Qamariah pula, sempat dia dan Ahmad sedekahkan Al-Fatihah untuk Shah Ismael serta doa-doa pilihan mereka.
Ahmad dari tadi menunggu Sabihah meluahkan isi hatinya di kubur insan yang tersayang.
Biarlah Sabihah melepaskan isi hatinya.
Sabihah beralih pula ke kubur arwah Qamariah.
"Kakak." hampir menitis air matanya. Disaat seorang insan yang dia sayang sudah tiada, dan disaat itu lah dia memanggil insan tersebut dengan perkataan 'kakak'.
Jahat kah dia? Sungguh jahat!
"Kakak. Biha minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Biha menyesal dengan perbuatan-perbuatan Biha ketika kakak masih ada di dunia ni. Biha hina kakak, Biha kunci kakak dalam stor, hinggakan Biha mahu menghancuri rumah tangga kakak. Biha minta ampun kakak. Walaubagaimanapun, Biha menangis darah sekalipun, kakak takkan bangun, bukan? Allahu Rabbi. Maafkan Sabihah yang jahil ni. Demi kebahagiaan Biha, kakak yang jadi mangsa kejahatan Biha. Maafkan Biha." teresak-esak Sabihah menangis sambil melentokkan kepalanya di batu nisan arwah Qamariah.
Ahmad yang melihat itu, terus menghampiri Sabihah.
"Sayang. Istighfar sayang." Ahmad mengelus belakang badan Sabihah. Lalu menarik Sabihah ke pelukannya.
Kepala Sabihah dicium lalu mengelap air mata yang membasahi wajah cantik Sabihah.
"Jom balik. Nak hujan ni. Tak baik ibu mengandung duduk luar lama-lama."
"Sekejap. Biha nak sedekah Al-Fatihah untuk kakak."
Ahmad hanya mengangguk.
Selesai mereka membaca doa, mereka terus bergerak balik.
Semoga Sabihah dan Ahmad dapat mengharungi ujian dan cabaran yang diberikan oleh Allah.
"Rasulullah SAW. bersabda, “Cukuplah teladan bagimu dari para wanita dunia, iaitu Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, dan isteri Firaun, Asiah” (HR At-Tirmidzi dan beliau mensahihkannya Tafsir Ibnu Katsir 1/262)" Sabihah ingat lagi dahulu kala sebelum dia berbuat jahat kepada Qamariah, itulah ucapan Qamariah kepada dia.
Allahu. Dia rindukan arwah Qamariah.
'Ya Allah. Kau berikanlah pahala ku didunia untuk arwah kakakku, Qamariah, arwah bapakku, Shah Ismael dan arwah emakku, Fatimah untuk di akhirat kelak. Aamiin.' jauh di lubuk hati Sabihah, dia berdoa demikian.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alhamdulillah, end pun. Insyaallah saya akan update untuk special chapter minggu ini. So, stay tuned!
"Jangan menilai orang yang menyampaikan dakwah atau pesanan kepada kamu, tapi nilailah inti pesanan atau dakwah yang disampaikan. Boleh jadi juga itu adalah hidayah daripada Allah SWT."