[FATE SERIES : TWO] [C]
Benarlah, cinta manusia itu tidak kekal tetapi cinta tuhan terhadap hambanya sentiasa kekal.
Kehadiran Danish dalam hidup Aisyah membuatkan Aisyah sedar bahawa seorang hamba tidak perlu mengejar cinta manusia kerana pilihan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
•
Aku menutup pili air lalu memandang ke arah cermin. Tidak sangka muka aku pucat lesi seperti tidak makan setahun. Wajarlah muka aku pucat kerana hari ini saja sudah lima kali aku muntah. Rasa mahu pitam tetapi aku gagahkan diri buat kerja.
Kaki aku melangkah ke katil lalu mengambil telefon. Lama telefon itu dipandang. Niat mahu menelefon Danish tetapi aku sendiri menyuruhnya pergi ke rumah Nadira. Aku tidak mahu ganggu Danish kerana Nadira sedang sakit tetapi aku di sini juga memerlukan seorang suami. Tambah pula aku tidak sihat, membuatkan aku mahu Danish berada di samping aku.
"Salah ke kalau aku call Danish?" ngomel aku sendirian di atas katil.
Hati aku meronta-ronta ingin menelefon Danish tetapi fikiran aku berkata tidak.
"Tidurlah Aisyah.. Esok Danish mesti balik." kataku lalu memejamkan mata. Namun tidak lama apabila fikiran aku kembali kusut.
"Ishhh serabutnya!" aku bangun duduk bersila di atas katil. Rasa lemas apabila memikirkan Danish duduk berdua-duaan dengan Nadira.
Aku mengambil telefon lalu membuat panggilan ke May. Pada waktu bergini aku memerlukan teman untuk bercakap.
"Assalamualaikum, May"
"Waalaikumuasalam, kenapa kau call aku tengah malam?"
"Aku tak boleh tidur."
"Danish pergi mana?"
Aku lepaskan keluhan lalu menjuling mata ke atas. Terasa sensitif dengan soalan May.
"Pergi rumah bini dia."
"What the fu- Kau bagi dia pergi rumah perempuan tu?"
"Aku yang suruh."
"Kau bebal ke?" soal May dengan nada agak meninggi.
Aku pasti May tidak puas hati dengan tindakan aku.
"Ada sebab aku suruh Danish teman dia. Nanti aku jumpa kau, aku ceritakan semuanya."
"Hmmm iyalah.."
"Okaylah May, aku letak dulu. Hari ni aku tak sedap badan, aku nak tidur awal."
"Kau demam ke?"
"Taklah. Aku cuma muntah banyak kali. Silap makan kut."
Aku jauhkan telefon dari telinga apabila May mula ketawa. Dah kenapa minah ni. Aku tak buat lawak pun.
"Aku sarankan kau pergi klinik."
"Buat apa pergi klinik. Aku tak demam pun."
"Eh bodoh, kalau aku rendam otak kau baru cerdik kang."
"Kau ni dah kenapa nak marah aku. Aku ni emo tau. Kalau aku merajuk, padan muka kau." balasku dengan nada tidak puas hati.
"Sayangku Aisyah, aku suruh kau pergi klinik sebab kemungkinan besar dalam badan kau tu ada nyawa lain."
"Hantu ke?"
"Maksud aku baby. Jangan bebal sangat boleh tak?"
Aku menutup mulut dengan tapak tangan. Tidak terlintas dalam fikiran bahawa aku mungkin hamil. Bila fikirkan balik memang aku tidak datang bulan.
"Okay May, thank you. Sayang kau!"
Aku baring di atas katil sambil memeluk bantal. Tidak sabar menanti hari esok. Tidak sabar untuk pergi ke klinik. Aku harapkan apa yang May katakan itu benar.