抖阴社区

thirty three

13 2 3
                                    

JANGAN panik, May. Jangan panik !






Kata - kata itu terus diulang oleh perempuan itu di dalam kepalanya sekadar untuk menenangkan hatinya yang tiba - tiba rasa gemuruh dengan apa yang dia baru dapati. Macam mana dia nak buat seperti yang disuruh ? Dia perempuan, seorang diri pula tu ! May terus gelengkan kepalanya, terus berjalan bagai tiada apa untuk mencari apa yang mereka mahukan.








Sepanjang dia berjalan, dia tetapkan matanya untuk mencari kelibat lelaki tadi yang boleh dia kenal pasti sebagai lelaki yang sama dengan beg bimbit yang mencurigakan itu. Dari postur tubuhnya, bentuk badan serta cara jalan dan pemakaian yang tak jauh beza daripada asal, dia tahu lelaki bersama Nayla adalah orangnya.








Dalam keadaan sekarang, dia perlu menggendong tiga tugasan sekaligus dia atas bahunya. Pertama, mencari Nayla. Kedua, mengesahkan identiti lelaki itu. Ketiga, cari beg bimbit itu dan ketahui apa isinya. Yang menjadi masalahnya adalah dia sudah kehilangan Nayla dan lelaki itu daripada pandangan, jadi misinya sekarang cuma satu.










Dia perlu cari beg bimbit itu.










May terus berjalan dengan cepat, fikirannya bercelaru. "Kenapa aku mesti kena buat ni ? Mungkin aku dah boleh cuba untuk tukar profesion." hatinya bertanya-tanya. Tiba-tiba, dia berhenti dan memandang sekeliling, seolah-olah mencari petunjuk. Sudah semakin jauh dia jalan, sampailah dia tiba dia kawasan yang sunyi. Tapi hatinya tak tenang. Beg bimbit itu. Dia mesti cari, itu sahaja yang dia tahu.











"Tapi macam mana kalau kau tak jumpa beg tu ? Macam mana kalau apa - apa jadi yang libatkan nyawa kau, atau lebih teruk berpuluh - puluh orang dalam ni ?"









"Astaghfirullahaladzim, aku ni kenapa ? Fokus ! " May berkata sendiri sambil menepuk dahinya. Ah, kenapa itu yang bermain dalam kepala dia ? Tangan kirinya digenggam erat. Nafasnya tercungap-cungap, tubuhnya terasa berat. Tapi dia tak boleh berhenti, dia belum jumpa titik noktah daripada masalah ni. "Aku kena buat ni. Tak ada pilihan lain", dia lepaskan keluhan sebelum meneruskan usahanya yang terasa berat.









May terus berjalan tanpa arah, kakinya melangkah secara automatik seolah-olah dipaksa oleh sesuatu yang tak dapat dijelaskan. Ketika dia semakin jauh, tiba-tiba pandangannya tertarik pada sebuah pentas kecil di hujung lorong yang sunyi. Sebuah meja besar diletakkan di tengah pentas, dihiasi dengan peralatan muzik—alat pembesar suara, mikrofon, dan gitar.









Cahaya lampu yang redup menambah suasana yang ganjil, namun May tidak dapat menahan perasaannya. Seperti ada magnet yang menarik dirinya untuk mendekat, dia merasakan perasaan aneh untuk menghampiri meja itu. Seperti bakal ada sesuatu jika dia tidak lakukan apa - apa tepat pada waktunya.








Dengan langkah yang sedikit ragu, May berjalan menuju ke pentas. Setiap langkahnya semakin berat, namun tubuhnya terus bergerak. Ketika sampai, matanya menangkap sesuatu yang sangat mencurigakan—sebuah beg bimbit tergeletak di atas meja, seolah-olah menunggu untuk dibuka. Dia pandang kiri kanan sebelum pantas menuju ke meja tersebut. Tekstur keras beg tersebut disentuhya lembut.









"Hah, apa ni?" May berkata perlahan, matanya terbeliak. Tanpa dapat menahan diri, dia menghampiri beg itu. Tangan kirinya menggigil sedikit saat dia membuka beg tersebut. Dan ketika beg itu terbuka, pandangannya langsung terfokus pada sebuah objek yang membuatkan darahnya beku. Sebuah bom yang kelihatan sangat nyata, dengan kabel-kabel yang menjuntai keluar serta pemasa yang berdetik perlahan mendekati titik akhir.










??????? | [??]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang