抖阴社区

LASYKAR ILMI 44

40 9 52
                                    

SERANGAN mulai reda, namun hati Firaz semakin dihambat kegalauan. Dia tetap memeluk tubuh Rashid tanpa lepas walaupun keadaan di sekelilingnya sedang gawat. Keffiyeh yang dipakainya telah dibasahi air mata sendiri. Dalam hati, dia tidak putus-putus berdoa agar Allah SWT mengurniakan nikmat syurga kepada sahabatnya itu.

"Abang!" Faqih yang ternampak kelibat Firaz itu lantas berlari ke arahnya. Dia setelah itu memeluk tubuh Firaz daripada tepi kerana dia hampir ingat bahawa abangnya itu telah gugur ketika serangan ganas tadi.

Tetapi saat mata terpandang keadaan Rashid, dia melafazkan istirja' dan berdoa ringkas. Dia meleraikan pelukan dan cuba menenangkan hati Firaz.

"Abang... tenang. Jangan terlalu bersedih..." Belakang tubuh Firaz diusap-usap dengan lembut dengan tangan kanan. Tangan kiri pula naik mengemaskan topeng muka abangnya yang sedikit kebawah.

"Rindu... abang rindu..." Mata Firaz berbalam-balam kerana dihiasi mutiara jernih yang tidak putus-putus mengalir.

"Allah dah rehatkan dia, abang. Adik yakin, dia dah bahagia. Insya-Allah," tutur Faqih, sopan. Firaz tidak membalas apa-apa selain diam dan termenung.

Tatkala itu, sebuah pesawat pejuang tentera Gapura Ilmi melintasi ruang udara mereka sambil melepaskan tembakan ke arah kawasan tentera Jentayu Emas berkumpul. Habis kesemua musuh tewas di situ juga.

Melihat bantuan udara tiba, beberapa orang pegawai tentera Gapura Ilmi cepat-cepat mendekati Firaz dan Faqih. Mereka menguruskan jenazah Rashid untuk dibawa ke kem pertahanan. Firaz sempat memberi kucupan terakhir pada dahi Rashid sebelum dia dipapah ke khemah perubatan.

Langkahnya lemah dan tidak bermaya. Kehilangan satu lagi orang yang dia sayang semakin membuatkan semangatnya luntur sedikit demi sedikit. Tetapi, apabila melihat wajah Faqih, dia menanam semangat tersebut semula. Dia sedar, bahawa ramai lagi orang yang perlu dia lindungi.

Gulungan kain kasa yang diberikan arwah Rashid tadi digenggam kemas lalu disimpan di dalam poket seluar.

———

"AYAH..." Tangisan Rauf bergema di ruang hospital medan tentera. Di tangan terdapat rantai kunci berbentuk bulan yang dihadiahkan oleh arwah ayahnya semasa ulang tahun kelahirannya tahun lepas. Dia baring di sebelah kanan arwah Rashid dan memeluk tubuh itu.

Wajah pucat si ayah yang berseri-seri itu dipandang lama.

"Rauf n-nak ikut ayah d-dengan ibu..." Lirih sungguh suara anak kecil itu.

"Ayah s-suruh Rauf jaga ibu... sekarang i-ibu dah tak ada. Kenapa ayah p-pun pergi juga?" ujarnya lagi.

Waktu itu, Farhan berjalan ke arah Rauf bersama Farha di sampingnya. Rambut lebat Rauf dielus lembut.

"Rauf, bangun." Sopan dan perlahan saja nada suara Farhan ketika menegur Rauf. Anak itu mengerutkan dahi sedikit sebelum bangkit dari tempat baring. Dia menatap Farhan dengan mata yang berkaca.

"Kita sama-sama doakan ayah dengan ibu Rauf tau. Rauf janganlah sedih... kalau Rauf sedih, abang dengan Farha pun ikut sedih juga." Farhan memegang erat kedua tangan kecil Rauf. Dia cuba untuk memujuk hati anak itu, namun caranya tidak membuahkan hasil. Malahan, semakin lebat tangisan Rauf dibuatnya.

Pantas Farhan membawa si kecil yang sudah dia anggap seperti adik sendiri itu ke dalam pelukan. Dia membisikkan selawat pada telinga kanan Rauf beberapa kali. Cara itulah yang digunakan Firaz setiap kali ingin menenangkan hatinya.

"Rauf kena kuat. Kalau Rauf sedih, macam mana Rauf nak jaga Safiyyah? Arwah ayah dengan ibu Rauf mesti bangga kalau Rauf jadi anak yang kuat," kata Farhan. Serentak dengan itu, tangisan Rauf reda. Dia meleraikan pelukan dan mendongak sedikit memandang ke arah Farhan.

"Terima kasih, abang," ucapnya dengan nada lemah.

"Rauf, nah." Farha pula menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna putih. Ia kemudiannya bertukar tangan. Rauf mengelap air mata dan menatap jenazah ayahnya sekali lagi.

"Kejap lagi kita semua solatkan jenazah arwah ayah Rauf sama-sama. Rauf nak jadi anak yang soleh kan? Jadi... Rauf kena janji dengan abang sesuatu. Boleh?" Ujaran Farhan membuatkan Rauf diam dan mengangguk tanda mahu.

Farhan mendekatkan mulut pada telinga kanan Rauf dan membisikkan sesuatu kepadanya. Serta-merta sebuah senyuman manis terukir di bibir anak kecil itu. Hilang terus segala kesedihan yang melampau tadi digantikan dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Farha memandang abangnya dengan pelik dan ingin tahu. Cumanya, Farhan menggeleng tanda dia hendak menyimpan apa yang dibisikkan kepada Rauf tadi sebagai rahsia.

LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang