抖阴社区

Chapter 1 : Tempat Baharu

5 0 0
                                    

Suatu hari,

Ada remaja berumur 12 tahun. Dia bernama Zahiru. Dia mengenakan headset yg unik ditelinganya. Dia mempunyai mata yang istimewa iaitu berwarna biru.

Zahiru tidak begitu bersosialisasi. Cenderung dia berseorangan di sekolah kerana jarang bersosial.

Dia tak lama lagi akan berpindah sekolah kerana sudah ingin masuk ke umur 13nya.

Dia tinggal bersama ibu dan ayahnya. Dia mempunyai 1 teman yg berjiran depan rumahnya. Ia bernama Nazawi. Nazawi berumur 12 dan dia adalah salah satu teman Zahiru dihidupnya. Zahiru sering bersama dengan Nazawi.

Tapi, ia tidak berselang lama. Kerana Zahiru yang akan berumur 13 akan pindah rumah dari situ.

Zahiru tidak terima kerana Nazawi salah satu temannya. Nazawi pun berkata.. "Tidak mengapa, Zahiru. Bila besar nanti, kita akan bertemu kembali.. Saya juga tidak ingin berpisah dengan mu tapi pelajaran itu lebih penting.."

Zahiru pun hanya bisa terdiam dan merasa kecewa dengan pilihan orang tuanya yang ingin pindah rumah.

Demi menenangkan hati Zahiru.. Nazawi mengajak Zahiru berkeliling kota dan taman untuk mengajari Zahiru lebih bersosialisasi agar tidak keseorangan apabila pindah rumah nanti. Nazawi kelihatan menangis melihat Zahiru yang tertawa untuk akhir kali mereka di situ.

Mereka menikmati hari terakhir itu..

Pada hari yang ditetapkan. Zahiru akan pindah rumah. Keluarga Zahiru berada di kereta meletakkan barang barang ke dalam kereta. 

Terlihat Zahiru dan Nazawi yang berhadapan. Zahiru memberi pelukan yang erat kepada Nazawi. Zahiru melihat Nazawi yang menangis di dalam pelukan mereka.. Zahiru ikut menangis..

Zahiru memasukkan beg beg ke dalam kereta dan memasuki kereta.

Ketika kereta dihidupkan kemudian bertolak ke tujuan mereka.

Terlihat Nazawi yang melambaikan tangan.

Zahiru melambai kembali dan berkata

"AKU JANJI KITA AKAN BERTEMU LAGI!!"

Nazawi pun mengangguk kepala dan mengucap

"SELAMAT JALAN!"



Cerita berpindah ke rumah baru di dekat perbukitan. Zahiru melihat rumah barunya dan kemudian memasukinya. Zahiru melihat lihat halaman rumahnya. Zahiru pergi melihat biliknya dan meletakkan begnya di biliknya.

Zahiru membuka tingkapnya dan melihat keluar. Di luar terlihat indah.. Terlihat Kota yang maju di sebelah kanan dan ada juga pemandangan alam dari kiri.

Untung Zahiru yang tinggal di perbukitan yang mempunyai udara sejuk dan nyaman..

Besok dia akan bersekolah ke sekolah barunya.

Pada tengah malam.. Zahiru bermimpi buruk yang aneh tentang sesuatu dan terbangun kejut. Zahiru tidak begitu memikirkannya, mungkin saja dia rindu akan Nazawi disana. Zahiru melanjutkan tidurnya.

Esoknya, Zahiru pergi sekolah dengan berjalan kaki ke sekolah.

Zahiru melihat pemandangan kota dan alam yang berada di bukit bukit. "Tidak begitu buruk tinggal disini" kata Zahiru.

Sesampainya Zahiru di sekolah barunya.. Dia masuk ke kelasnya yaitu 1-A. Dia memperkenalkan diri dengan biasa. Lalu duduk di paling belakang. Zahiru merenung melihat ke jendela. Tidak tau apa yang akan dia lakukan di sekolah itu..

Ada orang yang mengajak kenalan di situ. Namanya Khari. Zahiru sedikit tertawa. Khari heran dan bertanya kenapa ketawa. Zahiru kata tidak ada. Hanya terkejut kerana ada yang ingin ajak berkenalan di situ. 

Sejak itu Khari dan Zahiru berteman baik di situ dan pada waktu rehat mereka rehat bersama. Zahiru membeli 2 donat dan 1 air tin. Khari membeli makanan yang sama.

Mereka makan di atap sekolah. Melihat pemandangan dengan udara segar.

Mereka berborak sambil menikmati makanan mereka.

Pada waktu ingin masuk ke kelas lagi, Khari ingin ke tandas dan pergi. Zahiru menunggu Khari di kelas saja dan tiba² dalam masa perjalanan ke kelas dia diberi selembar poster oleh seorang gadis dan kemudian pergi.

Zahiru tidak terlalu menganggapnya dan pergi ke kelas.

Ketika di kelas Zahiru duduk di bangkunya dan menungggu Khari. Setibanya Khari di kelas, Khari menghampiri Zahiru dan bertanya "poster apa itu?"

Zahiru memberi poster itu kepada Khari. Khari melihat dan terkejut!

Zahiru kebingungan. Rupanya orang yang diberi poster itu diundang ke acara keluarga orang kaya.

Zahiru bertanya "kenapa aku?"

Khari menjawab "mereka memilih orang dengan secara acak"

Bukan kah itu bahaya? Itu lah yang dipikirkan Zahiru. Tapi tidak mengapa kerana acara itu dibuat oleh anak pengetua di sekolah itu. Anaknya bernama Haru.

Haru rupanya satu kelas dengan Zahiru dan dia mendengar perbualan Zahiru dan Khari.

Zahiru menolak undangan itu dan Haru merasa marah. Seketika Haru datang ke meja Zahiru dan memarahi Zahiru yang menolak undangan itu.

Zahiru hanya mengiyakan saja permintaan Haru dan Haru kembali duduk ke bangkunya.

Pada waktu pulang, Zahiru pulang bersama Khari kemudian Khari rumahnya ternyata dekat dengan sekolah. Khari pulang ke rumah dan Zahiru masih berjalan menuju rumahnya.

Zahiru merasa seperti diekori seseorang saat pulang ke rumah.

Zahiru berlari pecut ke rumah dengan pantas.

Sampainya dirumah. Dia melihat ke belakang tiada sesiapa pun.

Mungkin hanya perasaan dia.

Zahiru masuk ke rumah tapi keluarganya tiada. Ada surat tertempel di pintu bilik dia dan ia bertulis.

"Mak dan Ayah pergi keluar sekejap membeli barang dapur dan bahan makanan, kamu jaga diri dirumah"

Zahiru mengiyakan saja arahan surat itu dan mandi kemudian pergi ke biliknya untuk tidur. Pada tengah malam lagi dia bermimpi buruk dan mengalami mimpi yang aneh.

Setibanya dia bangun dia bangun ditempat lain...

Disitu.. Seribu kisah akan diceritakan...

*...bersambung...*

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

? Kemaskini terakhir: Jan 22 ?

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Z: Endless LoopTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang