"MAWAR nak tak tinggal dekat rumah mama untuk sementara? Mama rindu nak borak dengan Mawar sampai tengah malam." Mawar tersengih. Sejak dari tadi tak henti-henti Datin Dayani dan Dahlia memujuknya untuk tinggal bersama buat sementara. Mentang-mentang dia dah boleh balik hari ni.
Dia bukannya tak nak bersetuju, tapi sejak tahu yang dia merupakan seorang 'isteri', setiap keputusan yang dia buat perlukan izin.
"Betul tu kak. Ala kak Mawar, bolehlah... seminggu pun jadi." Dahlia menggoncangkan tangan Mawar. Mata sengaja dibulatkan. Buat-buat comel. Mana tahu terhasut.
"Mawar sebenarnya tak kisah, tapi..." Dia menoleh memandang Aiman. Lelaki itu masih khusyuk mengemas barangnya ke dalam beg. Datin Dayani yang faham ke mana arah tuju kata-kata Mawar itu terus menyampuk.
"Kalau angah yang Mawar risaukan, tak apa. Angah mesti bagi, kan?" Aiman mengangkat kepala apabila terasa namanya diseru.
"Apa?"
"Awak izinkan ke kalau saya nak tidur rumah mama?" Kali ini Mawar pula yang bersuara. Sengaja dia melunakkan suara. Nak tengok bagaimana reaksi lelaki itu.
Tetapi reaksi Aiman hanya biasa. Dia cuma tersenyum sebelum mengangguk. "Boleh, Mawar."
"Yeay kak Mawar tinggal dengan kita!" Dahlia menjerit suka. Dia menarik tangan Mawar untuk turut melompat-lompat. Datin Dayani menggeleng. Haihlah anak...
"Isha, stop. Kak Mawar still belum sihat, kan?" Pantas Aiman menarik Mawar menjauhi Dahlia. Budak ni kalau dibiarkan, satu hospital dia boleh ajak lompat sekali.
"Ala, sebelum ni tak protective pun," gumam Dahlia seraya menjeling Aiman. Tangan Mawar kembali dicapai sebelum dibawa keluar dari wad tersebut meninggalkan Datin Dayani dan Aiman sendirian.
Refleks kedua-dua manusia itu saling berpandangan. Aiman menggeleng. "Tak apa, ma. Qays tak kisah pun."
Puan Dayani diam. Dia kenal anaknya bagaimana. Dia tahu Aiman terasa dengan sikap Dahlia yang kasar dengannya. Tapi Aiman juga kena tahu, sikap Dahlia tu disebabkan dirinya juga sebelum ini.
Entahlah, Puan Dayani buntu. Tak tahu macam mana nak perbaiki hubungan mereka dua beradik.
"Biarlah mereka selesaikan sendiri. Masing-masing dah besar." Kata-kata Datuk Asyraf tempoh hari kembali kedengaran.
Datin Dayani hanya mampu mendoakan mereka sahaja buat masa sekarang.
"Angah dah habis kemas, kan? Jom." Datin Dayani jalan beriringan dengan Aiman. Selesai sahaja segala urusan, mereka terus pulang ke rumah.
Aiman mengerling cermin pandang belakang. Mawar dan Dahlia sudah terlena terlebih dahulu pada bahu masing-masing. Dalam diam, dia tersenyum tipis.
Rasa lega kian menebal dalam hati. Allah masih mengizinkan dia untuk perbaiki segalanya.
Dia masih dapat melihat Mawar untuk sekali lagi dan selamanya. Sepanjang hayatnya.
"Apa yang tersengih sorang-sorang tu, ngah? Bahagia dapat tengok isteri?" usik Datin Dayani. Bukan dia tak perasan Aiman sekejap-sekejap asyik pandang cermin.
"Qays bersyukur ma dapat peluang untuk perbaiki semuanya. Qays dapat tengok isteri Qays lagi," luah Aiman.
Kalau dia sedang bermimpi melihat Mawar, maka inilah mimpi yang paling indah dalam hidupnya. Dia tak nak terjaga dari mimpi ini.
"Jaga dia baik-baik, angah. Mawar ada angah sorang je untuk dia bergantung harap. Perbaiki diri, pastikan jangan ulang benda bodoh tu lagi. Mama yakin, kalau angah ulang lagi silap yang sama, bukan Isha sorang je yang angah akan hilang." Datin Dayani menggenggam sebelah tangan anaknya dengan erat. Cuba memberikannya keyakinan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hello, Aiman Al-Qays
Romance???????????????????????? ????? ??????????? ??????????? [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...