抖阴社区

Bab 9

347 26 0
                                    

Adra termenung di dalam bilik, jari-jemarinya bermain dengan kain cadar. Semalam dia baru selesai fitting baju pengantin, tapi hatinya masih berkecamuk. Perasaan dia terhadap Faiq masih samar. Dia tak benci lelaki tu seperti dulu, tapi nak kata dia suka? Mustahil.

Ketukan di pintu biliknya memecah lamunan.

"Adra, boleh turun sekejap?" suara Mama kedengaran.

Adra bangun dan membuka pintu. "Kenapa, Ma?"

"Faiq datang."

Dahi Adra berkerut. Datang? Buat apa?

Dia turun ke ruang tamu, dan betul, Faiq sedang duduk santai di sofa. Tapi yang buat Adra lebih pelik-dia nampak terlalu selesa.

"Awal pagi dah datang rumah orang," tegur Adra sambil bersandar di dinding.

Faiq menoleh dengan senyum sinis. "Rindu."

Adra menjulingkan mata. "Jangan merepek boleh tak?"

Mama hanya tergelak kecil sambil membawa keluar dulang minuman sebelum meninggalkan mereka berdua. Adra melangkah ke sofa, duduk bertentangan dengan Faiq.

"Kau datang nak buat apa?"

Faiq menyilangkan tangan. "Aku nak bawa kau keluar."

Adra mengerutkan dahi. "Untuk?"

Faiq mengangkat bahu. "Kita bakal kahwin, kan? At least bagi la peluang kita kenal satu sama lain. Takkan nak jadi couple yang tak bercakap langsung?"

Adra diam. Ada betulnya kata Faiq, tapi... Dia ragu-ragu.

Faiq seperti boleh membaca fikirannya. "Come on, Adra. Aku tak makan orang."

Adra mendengus sebelum bangun. "Bagi aku lima minit."

Faiq tersenyum puas.

---

Mereka berhenti di sebuah restoran berkonsepkan garden di tengah bandar. Adra memandang sekeliling dengan penuh kagum. Tempat ni... Cantik.

"Kau nak bawa aku datang sini sebab apa?" soal Adra selepas mereka mengambil tempat di tepi tingkap.

Faiq bersandar santai. "Sebab aku tahu kau suka tempat macam ni."

Adra merenungnya tajam. "Macam mana kau tahu?"

Faiq mengangkat kening. "Aku ada stalk sikit Instagram kau."

Adra tersedak air yang baru diminumnya. "Apa?!"

Faiq ketawa. "Kau ingat aku tak study bakal bini aku?"

Adra mengetap bibir, menahan malu. Kenapa lelaki ni suka buat dia geram?

Pesanan mereka tiba, dan mereka mula makan dalam suasana yang lebih tenang. Faiq memerhatikan Adra yang sedang menikmati hidangan, dan tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyum.

"Kau ni, kalau tengah makan, nampak comel," usik Faiq.

Adra menjeling tajam. "Nak kena?"

Faiq ketawa lagi. "Relaks la, sayang."

Adra hampir tersembur makanan. "Jangan panggil aku macam tu!"

"Kenapa? Kita dah nak kahwin, dah pun, Adra" Faiq menyengih, menikmati wajah merah padam Adra.

Adra mengeluh panjang. Lelaki ni memang suka menyakat!

---

Lepas makan, mereka berjalan di sekitar taman kecil berdekatan restoran. Suasana petang yang redup buat semuanya terasa lebih nyaman. Adra menarik nafas dalam, menikmati udara segar.

"Adra," panggil Faiq tiba-tiba.

"Hm?"

"Kenapa kau setuju kahwin dengan aku?"

Langkah Adra terhenti. Dia menoleh ke arah Faiq yang kini berdiri di sisinya, wajah lelaki itu lebih serius dari biasa.

Adra menarik nafas sebelum menjawab, "Sebab aku tahu Abah dan Mama takkan pilih lelaki yang salah untuk aku."

Faiq diam sejenak sebelum tersenyum kecil. "Jadi kau percaya pada pilihan keluarga?"

Adra mengangguk. "Aku mungkin tak suka kau dulu, tapi aku tahu kau bukan orang jahat."

Faiq tersenyum. "Kalau macam tu, boleh aku minta satu benda?"

Adra memandangnya dengan waspada. "Apa?"

Faiq menatapnya dengan mata yang sukar untuk ditafsirkan. "Boleh tak... Kau cuba bagi peluang dekat aku?"

Adra terkedu.

Hatinya tiba-tiba terasa berat.

Peluang?

????? ????? ???? ????? ?????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang