抖阴社区

????

2 0 0
                                        

'GOL!!'

Seorang lelaki diserbu, dia dipeluk beramai-ramai. Dia tersenyum lebar. Kali ini menjadi. Rembatannya terus ke dalam gawang pihak lawan. Wisel yang panjang ditiup, menandakan perlawanan pada hari itu telah tamat. Lelaki berjersi 21 berlari sehingga ke hujung padang menjerit kegembiraan sambil dikejar rakan sepasukannya yang lain. Hasil jaringannya pada saat akhir menambah mata yang terkumpul oleh pasukan mereka untuk perlawanan yang akan datang.

"Nice shot, Dika!" Harith melompat ke atas belakangnya, membuat headlock di leher. Rakan-rakannya yang lain turut mengerumuninya sebaik sahaja dia terjatuh menekur lantai, impak daripada lompatan Harith ke atas belakangnya.

"Hehe, masyuk!!" Andika tersenyum penuh girang tatkala dikerumuni rakan sepasukan.

"Hensemkan dia?"

"Siapa kau ni?"

"Andika Jiwa, jersi 21. Kapten pasukan B-18, kau tak kenal?" Soalan ditanya, air balang yang baru dibeli, terusan disedut meninggalkan hanya ais batu di dalam cawan plastik. Dahaga betul, kau ya? Gayanya serupa dia yang bermain bola seharian di padang. Sebelah keningnya diangkat, menunggu jawapan dari gadis di sebelahnya.

"Tak." Betul tebakannya. Seorang Intan Aisyah, memang punya antibodi terhadap lelaki kacak. Siapa sahaja yang tidak kenal Intan Aisyah. Seorang pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang, baik akedemik mahupun kokurikulum. Menyandang jawatan ketua kelab fotografi, sikap dinginnya terhadap lelaki menjadikannya semakin digilai ramai. Sejak dari tingkatan 1 dia dan Alisya berkawan, tidak pernah sekalipun mana-mana lelaki diterima dengan hati terbuka. Semuanya ditolak tanpa berfikir panjang.

Selamba Intan menjawab, segala barangan dikumpul. Malas ingin meneruskan perbualan yang tiada faedah. Dia mula bergerak ingin meninggalkan kawasan padang. Hanya tinggal mereka berdua yang ralit memerhati gelagat pemain yang ingin keluar dari padang. Pelajar yang lain semua sudah pulang ke asrama masing-masing. Tidak betah berlama-lama disitu, risau jika mereka bakal dilabel melakukan perkara melanggar undang-undang asrama jika terlewat pulang ke dorm.

"Nak ikut aku balik tak?" Alisya mengutip segala sisa, terhegeh-hegeh dia mengejar Intan yang mula menjauh meninggalkannya seorang diri. Aduhai, apalah nasib ditinggal terkontang-kanting.

"Intan tunggu aku!"

'Bam!'

Pintu loker ditutup penuh amarah. Tidak fasal-fasal pintu loker yang tidak berdosa menjadi mangsa. Tag 'captain' di lengannnya direntap kasar sebelum di baling ke atas lantai. Dia terasa seluruh tubuhnya sedang berasap. Walaupun jersi sudah di tanggalkan, masih lagi terasa bahang. Menampakkan otot-otot sasa di badannya yang sudah sedia tegap.

"Aarghh!!"

"Woi, apa kau ni!? Cukuplah, match dah habis pun. Apa lagi kau tak puas hati?" Seorang lelaki yang lebih rendah darinya, memegang kedua belah bahu cuba menenangkan keadaan yang semakin kusut. Sejak perlawanan mereka dengan Maktab Sains Haji Daud, Ali tidak habis-habis merengus tanda tidak puas hati. Apa yang dirasakan tidak adil, langsung tidak difahami Azim sama sekali.

"Kau diam!!" Loker besi di hentam buat kesekian kalinya, bergema ke seluruh ruang persalinan. Rambut diserabutkan, air mineral diteguk rakus. Baki air mineral yang tinggal, di siram ke atas kepala. Panas. Hatinya benar-benar terbakar setelah perlawanan tadi. Maruah dirinya telah tercalar. Semuanya gara-gara Andika Jiwa. Budak mentah tak guna!

"Calm down, man. Stop being so childish. Match tu memang dah cukup fair, apa lagi yang kau tak puas hati huh?"

"Kau suruh aku calm down?! Kepala kau la!!" Azim di hentam kuat ke loker, buat dia terbatuk kecil. Kolar bajunya direntap kasar. Ahli sepasukannya yang lain, masing-masing hanya tegar menjadi pemerhati. Langsung tidak berniat ingin mencampur tangan urusan dua insan yang sedang bertelagah. Risau jika bakal menjadi mangsa amukan yang seterusnya.

DIA ANDIKA JIWATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang