抖阴社区

bab 6

9 1 0
                                        

Setelah lebih satu jam di bilik kesihatan, aysa bangkit dari baringnya lalu mengemaskan sedikit bajunya yang berkedut

"Dah siap ke dorang tu" bicaranya seorang diri, tidak menunggu lama aysa berjalan perlahan keluar dari bilik. Kasut adidas disarung malas

Tangan ditepuk menghilangkan habuk yang melekat.

Aysa berjalan laju ke dewan pabila lihat semua pelajar mula keluar dari dewan. Jam tangan dikerling sebelum mengubah langkahnya pergi ke kantin

Sekarang sudah masuk waktu sarapan. Dan nanti pada pukul 1 akan ada lagi waktu rehat iaitu lunchtime. Heh nama pun sekolah elit

Sampai sahaja di kantin aysa laju pergi ke tempat membeli makanan. Selamba sahaja dia potong barisan. Pelajar yang memandangnya dihiraukan

Selesai membeli makanan, aysa laju meninggalkan kawasan kantin. Makan sambil berjalan sudah menjadi tabiatnya. Strawberry chocholate digigit perlahan

Kaki tetap berjalan tanpa arah. Entah kenapa kakinya ini berjalan pergi ke belakang bangunan dan langkahnya terhenti bila ternampak pengetua sedang bercakap dengan seseorang

Badan disembunyikan di sebalik tembok sambil mendengar apa yang dibicarakan. Hehe biasanya kalau bercakap dekat tempat macam ni mesti perkara penting kan?

"Siapa lagi yang akan sorokkan keburukan sekolah kita kalau bukan awak sir Raffael?" Suara pengetua kedengaran jelas di pendengaran aysa

"Kamu nak ke kes buli dan penyalah gunaan dadah tentang sekolah kita ini akan terbongkar" membulat biji mata aysa bila dengar suara pengetua. Wah siyeslah sekolah ni pun ada kes dadah

"Tolong tutup aib sekolah ini Raffael. Kamu ada kuasa yang boleh gantikan dato caetes"

"Tidak! Pengetua boleh cari orang lain untuk tutup kegiatan haram sekolah ni sebab saya tak nak terlibat dengan semua ni" kedengaran suara sir Raffael membalas dan setelah itu suara tapak kasut pula terdengar

Aysa laju lari pergi bila sedar bahawa sir Raffael sedang melangkah ke arahnya.

"Macamlah saya tak tahu yang awak mengintip aysa" bisik Raffael sendiri sambil  mata memandang tubuh aysa yang semakin menjauh

Nampaknya dia kena buat sesuatu untuk tutup mulut pelajarnya yang sorang tu

♤♤♤♤

Satu persatu fail diteliti. Senyuman sinis terlakar cantik di wajahnya

Semua fail itu tentang kegiatan swkolah selama ini. Fail tentang penyelewengan duit, fail pelajar yang menghisap dadah dan juga beberapa pelajar yang mati dibunuh di sekolah itu

Tapi sampai sekarang sekolah itu masih terlihat bagus kerana ada seseorang yang sentiasa menjaga aib sekolah itu

Fail ni pun aysa dapat sebab dia curi waktu rehat tadi. Hehe lepas dia lari tadi dia terus pergi ke tempat fail sekolah

Makin senang kerjanya apabila kunci pintu besi itu dapat diambil dengan senang dari makcik kerani kerana dia beri alasan bahawa pengetua yang minta

Haha pandai juga aysa ni kan?😉

"Hmm nampaknya kerja aku makin senang lepas ni" ujarnya sendiri. Isi fail itu dipindahkan ke dalam pendrive

And sebenarnya yang dia ambil hanyalah salinan bukan yang sebenar sebab takut nanti pihak  sekolah akan sangsi

Aysa membaringkan kepala setelah penat membaca. Dan tidak lama selepas  itu mata itu perlahan-lahan tertutup. Tidur.



♤♤♤♤♤

Pagi yang sangat cerah untuk seseorang yang bergelar aysa. Kilat yang tidak habis menyambar itu ditatap bersama hujan yang kian lebat

Hari ini dia akan pergi sedikit awal ke sekolah iaitu pada pukul.... 7:00 hahaha

Pintu pagar akan ditutup pada pukul 7:05 pagi jadi dia ada masa lagi lima minit untuk sampai ke sekolah

Kereta tesla dinaiki sebelum kereta itu bergerak automatik dengan kelajuan penuh. Haha waktu hujam macam ni sikit kereta jadi dia boleh pecut!!

Dan tidak lama kemudian sekolah menengah LA kelihatan. Senyuman manis terlakar di wajah apabila jam sudah menunjukkan pukul 7:04 pagi

Hehe dia tak lewat!!. Aysa berjalan bangga kearah pintu pagar yang terbuka. Kereta tesla nya itu pandai-pandailah balik rumah sendiri ye Haha. Eh tak gurau je, kereta tesla itu diparking di tempat letak kereta guru memandangkan tiada parking kosong

Angin kuat mula menyapa tubuhnya. Mata dipejam seketika merasai kesejukan waktu hujan

Bunyi kilat kuat terdengar sebelum suara jeritan nyaring perempuan pula terdengar. Heh tipikal perempuan, kilat sikit terus jerit

Aysa setia berjalan sehingga tiba di hadapan bilik pejabat. Pintu itu dibuka perlahan. Badan ditundukkan sedikit bila berhadapan dengan makcik kerani

"Hello, awak nak apa?" Ujar makcik itu mesra

"Nak jumpa pengetua" balas aysa sedikit kekok sambil mengukir senyuman manis. Makcik itu mengangguk sebelum menunjuk dimana bilik pengetua

Aysa berjalan kearah yang ditunjukkan makcik itu. Pintu diketuk dan selepas sahaja mendengar suara pengetua yang menyuruhnya masuk, pintu itu  ditolak seraya berjalan masuk

"Ada apa yang kamu mahu cakap sampai berjumpa dengan saya?" Tegas nada suara pengetua sambil menunjukkan isyarat agar aysa duduk di kerusi hadapannya

"Saya nak buat beberapa perjanjian dengan pengetua" senyuman manis masih terletak elok di wajah. Dapat dilihat pengetua mengalihkan pandangan darinya sambil berkerut

"Perjanjian apa?"

"Saya akan menyumbangkan dana kepada sekolah ini tapi dengan beberapa syarat" tutur aysa serius

"Hmm menarik, tapi syarat apa?"

"Saya akan beli 60 persen saham sekolah ini dan saya juga akan menjaga nama baik sekolah ini. Tapi jangan risau, sekolah ini tetap milik tuan dan saya tidak akan mengambil sebarang keuntungan" tuturnya lagi sambil mengeluarkan borang dari begnya

Borang itu dikeluarkan diletak diatas meja sebelun pengetua mula membaca dan meneliti

"Hm menarik, tapi bagaimana kalau awak langgar syarat dengan mengambil keuntungan?" Soal pengetua setelah sekian lama membaca

"Seperti yang ditulis, saham saya akan automatik menjadi saham awak semula" balas aysa tanpa teragak-agak

Pengetua mengangguk, sebelum menurunkan tanda tangan tanpa ragu

" saya tak sangka yang awak ni rupanya satu-satunya pewaris S' Rose. Jadi selamat berkerjasama. Nanti saya pindahkan saham ke atas nama awak sebanyak 60 persen" ujar pengetua sedikit ceria. Yelah sapa je tk ceria bila dapat kerjasama dengan syarikat S' Rose

Aysa mengukir senyuman paling manis sebelum meminta izin untuk pergi. Heh senang je rupanya rancangannya kali ni

Jam tangan dilihat

8:00

Tinggal lagi setengah jam je lagi untuk waktu sarapan dan sekarang rasanya tengah waktu add math iaitu masa ms mira

Hmm malasnya lahai nak tengok muka 5 inci tu

Dengan langkah longlai aysa berjalan ke kelasny. Sudahlah pejabat berada di tingkat bawah kelasnya

Dari tangga aysa dah dapat dengar suara ms mira yang sedang mengajar

Sampai di depan kelas, aysa mengetuk perlahan pintu kelas menarik perhatian ms mira yang sedang mengajar

"Ish memang takde orang lain ke?" Bebel ms mira sedikit kuat sambil  mencerlung marah

"Haih memang takde pun ms mira selain saya" jawab aysa  bersahaja

"Duduk luar jangan masuk! Saya malas nak mengajar pelajar yang tiada usaha untuk belajar" bebelnya lagi sebelum menyambung mengajar

Aysa mengukir senyuman terpaling manis sebelum berlari pergi meninggalkan kelasnya. Haha dia dapat tiket free keluar kelas😁

Lindungan DevilTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang