Hilang terus senyuman Ye Seul selepas melihat gerangan yang disebut oleh eomma nya tadi. Apekah!
Dahi Ye Seul berkerut seribu. Dia ni ke anak saudara eomma yang belajar dekat Amerika tu? Eii, patutlah anak mak...
"Ehh, 20,000won? Jumpa lagi kita..." ujar lelaki tadi yang Ye Seul terlanggar. Ye Seul mengetap gigi.
"Kamu pernah berjumpa kah?" Soal Encik Eun. Lelaki itu mengangguk laju dengan senyumannye. Senyuman palsu...
"Tadi kami terserempak kat tepi jalan. Maaflah ye, saya terlanggar awak tadi. Tak perasan.." ujar lelaki itu. Ye Seul masih terkaku.
"Oh, kamulah yang terlanggar Seul tadi.. "ujar Encik Eun. Lelaki itu hanya tersenyum lalu menundukkan kepalanya.
"Maaf, eomma Hyo. Maaf, Appa Seok.." ucap lelaki itu.
Puan Eun menuju ke arah lelaki itu lalu berdiri di sebelah lelaki itu.
"Seul, mari sini.." ajak Puan Eun. Ye Seul terdiam. Mwo?
"Mari sini kejap.."ajak Puan Eun lagi.
"Seul, pergilah kejap.. eomma panggil tu.."sokong Encik Eun. Ye Seul berjalan lambat kemudian berdiri di hadapan lelaki itu.
"Seul, ni Joshua. Joshua, ni Seul. Nilah anak angkat eomma Hyo..." ujar Puan Eun. Kening Ye Seul terangkat.
'So, Joshua... agak geli ahh.. tak tahu napa...' ujar hati kecil Ye Seul.
"Ahh, inilah anak angkat eomma Hyo. Yang pandai masak takut petir tu ye? Ooo..." balas Joshua kemudian tersenyum sinis. Ye Seul mengetap gigi.
'Eomma cerita semuanya?! Adududud eomma ni!' Jerit hati Ye Seul. Kelihatan Puan Eun mengangguk.
"Inilah dia... Anak angkat kesayangan eomma Hyo..." balas Puan Eun. Joshua menghulurkan tangan. Ye Seul mengangkat kening.
"Annyeong, Joshua Hong Jisoo imnida. Call me Josh or Jisoo . But better call me Josh lah..." sapa Josh. Ye Seul hanya memandang. Kemudian dia tetap menyambut salaman Joshua itu.
"Ye Seul imnida. Call me Seul.." balas Ye Seul. Joshua tersenyum, nampak sangat senyuman palsu. Ye Seul menggenggam tangan Joshua kuat. Sehingga Joshua mengerang sakit.
"Akk!" Jerit Joshua. Puan dan Encik Eun kelihatan agak cemas.
"Seul, lepaskanlah. Kesian Josh.." ujar Puan Eun. Ye Seul melepaskan genggaman tangannya. Joshua mengurut tangannya. Riak wajahnye jelas memperlihatkan wajahnye sedang menahan kesakitan.
"Maafkan Seul ye, Josh? Seul memang macam tu sikit. Kuat cemburu. Lagipun Seul belajar seni pertahankan diri sebab tu kuat genggaman tangan tadi.."ujar Puan Eun. Joshua mengangguk kecil.
"Takpe, Josh faham.." balas Joshua. Ye Seul hanya diam, kemudian dia meninggalkan mereka di situ, dia mencapai beg dan bukunye di atas meja dan naik ke tingkat atas.
"Biarkanlah dia tu..."ujar Encik Eun lalu menyambung pembacaannye.
"Maafkan Seul sekali lagi. Seul tu manja sebab tulah dia jadi macam tu..." ujar Puan Eun. Joshua hanya tersenyum nipis.
"Takpelah.. Ermm, bilik Josh yang mana?" Soal Joshua kepada Puan Eun.
"Bilik kamu di depan bilik Seul. Kamu cari bilik Seul, pintunya ada gambar dan hiasan sikit, haa bilik kamu depannya.." jelas Puan Eun. Joshua mengangguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
When I Meet Him
FanfictionEun Ye Seul, diri anda adalah seorang anak angkat bagi pasangan Encik Eun Hyuk dan Puan Eun Hyo In. Anak saudara mereka, Joshua ataupun dikenali sebagai Hong Ji Soo (Saudara belah emak) pulang dari Amerika selepas tamat pembelajarannye di sana. Eun...