抖阴社区

REVENGE - 40

338 34 10
                                    


Hyunjoo p.o.v

Aku berbual-bual dengan Taekyung di hadapan blok asrama lelaki.

"Kau rasa sebab apa aku buat macam tu?" tanya Taekyung olok-olok tidak tahu.

"Aku bukan penyiasat untuk cari sebab sendiri kenapa kau buat macam tu" balas ku dingin.

"Kau tahu kan Yuju tu tak suka kau. Mestilah, aku nak keluarkan dia dari sini" ujar Taekyung.

See !

Kau ingat aku bodoh lah ni Taekyung. Yuju dah lama berbaik dengan aku.

"Kau pun dah tentu bencikan Yuju kan? Iyelah, selama ni dia cuba hancurkan hidup kau"

"Iya, aku bencikan dia" Tipu ku. Semuanya aku dah tahu. Aku tak bencikan Yuju. Aku tahu Yuju dah baik. Dia dah berubah. Tapi, tak macam kau Taekyung.

"Lee Hyunjoo !"

Seseorang berteriak nama ku. Tidak jauh dari tempat ku. Aku melihat Jungkook dan Yuju berjalan ke arah kami berdua.

Lelaki tu.

Aku rindu dia.

"Jungkook ! Yuju pun ada?" Taekyung bangun dari kerusinya.

"Korang masih kekasih ke? Good job Yuju sebab kau dah dapat apa yang kau nak"

Aku mengepalkan kuat tangan ku mendengar ayat yang keluar dari mulut Taekyung. Walaupun, hakikatnya Jungkook dan Yuju bukanlah sepasang kekasih sekarang.

"Oppa jangan cakap benda bukan-bukan boleh tak !" bentak Yuju tidak terima dengan apa yang Taekyung kata "Korang buat apa kat sini?" soal ku cuba mengubah topik.

"Sebenarnya aku datang sini nak bercakap dengan Hyunjoo" kata Jungkook pelan sambil menatap ku.

"Cakap aje" balasku dingin.

"Yuju tak bersalah dalam hal ni" serentak aku mengangkat kepala ku menghadap mukanya. Mukanya yang aku rindu. Aku memang dah lama maafkan Jungkook sejak dia abaikan aku hari tu lagi. Lebih tepatnya aku tak pernah tak maafkan dia sejak masuk universiti.

"Memang ! sebab kau cuba nak mempertahankan kekasih kau Yuju tu memanglah dia tak bersalah !" Bentak ku seolah-olah marah dengan Jungkook.

Aku sengaja bersikap bengis di depan Yuju dan Jungkook. Tapi, sebaliknya aku tahu mereka tak bersalah. Sebab aku akan pastikan bukan Yuju yang di buang dari Universiti ni tapi

Nam Taekyung.

"Tak Hyunjoo ! Aku tak buat semua tu percayalah dan aku bukan kekasih Jungkook " Yuju menafikan.

Taekyung mesti berfikir aku membelanya. Sekarang memang aku membelanya tapi tidak nanti Taekyung.

"Jangan tipu Yuju. Memang ni yang kau nak kan" kata Taekyung.

"Kau !" Jungkook mencengkeram kolar baju Taekyung.

"Jungkook jangan !!"

Suara Jimin kedengaran dari seberang kanan asrama lelaki.

Jimin?

"Jangan Jungkook. Warden ada dekat sini" Jimin melepaskan cengkraman Jungkook di kolar baju Taekyung.

Nafas Jungkook turun naik. Muka ku ditatapnya lama sebelum dia berlalu pergi.

Aku menatap susuk tubuh Jungkook yang semakin menghilang dan di susuli Yuju dari belakang. Begitu juga Yuju, Dia menatap muka ku dengan sayu sebelum pergi.

'maafkan aku'

~ oOo ~

Hari ini aku pergi ke kelas seperti biasa. Pensyarah menyoalkan beberapa soalan kepada ku.

"Sis-"

Baru sahaja aku hendak menjawab seseorang memanggil nama Yuju untuk mengikutnya.

Tak lain tak bukan lagi dia dipanggil Naib Kanselor ! Aku kena pergi dari sini juga ! sebab bukti yang sebenar ada pada aku !

Yuju memandang ku dengan riak ketakutan. Sedangkan aku hanya membuat muka selamba ku.

Lantas aku menjawab soalan dari pensyarah dan segera meminta izin untuk keluar pergi ke tandas.

Aku mengikut mereka dari belakang sehinggalah ke ruangan bilik Naib kanselor.

Ternyata, Taekyung dah mulakan rancangan jahatnya.

Aku akan selamatkan kau Yuju.

Setelah beberapa minit. Aku menyiapkan segala-galanya.

"Jadi saya akan membuat laporan kepada pihak polis dan hal awak akan diuruskan esok"

"Tak ! Jangan. Tolonglah, saya tak buat semua tu." terdengar Yuju seperti terisak.

Mungkin sekarang masanya yang tepat. Aku dah ada bukti sekukuhnya. Lagi pun aku kawan sebilik Yuju. Sudah, tentu aku ada bukti sekukuhnya.

"Tunggu !" aku meredah masuk ke bilik tersebut. Okay, mungkin agak kurang ajar. Tapi, di waktu genting macam ni tak ada lagi namanya adab !

"Saya ada bukti sekukuhnya untuk menyatakan bahawa yang Nam Yuju tak bersalah. Saya mohon kita uruskan di sini." Kata ku sedikit gugup.

"Le-Lee Hyunjoo?" terkejut Taekyung.

Baiklah dengan perlahan aku menunjukkan bukti yang sebenarnya pada Naib Kanselor.

Semoga sahaja Nam Yuju selamat.

Aku harap.

To Be Continued


btw, author di tag untuk melakukan sesuatu oleh fiyz_kei

Soalan :-

1. pernah makan makanan Korea tak?

pernah Kimchi, Kkimbap, Ramen dan Ddubokki. Tak beli, tapi unnie author yang buat  ̄0 ̄

2. Kalau dpt jumpa bias kesayangan awak, brg apa yg awk nk sgt bagi kat dia?

yg ni x konfem lgi nk bgi ape. ;-; bagi hati ♡ author la XDD

3. Dessert yg paling awk suka?

dessert yang berkaitan dengan coklat ♡ˍ♡

4. tempat yg paling awak nak pergi bila ada peluang pergi Korea?

pergi tempat yg BTS buat photoshoot Papillon tu.. kt mne eh, Pulau Jeju eh? lawanya lahai tempat tu T_T. dan pergi ke semua Syarikat group Kpop yg author minat. huahaha╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭ !

5. antara 'Annyeong' 'gomawo' dan 'mianhae' awak suka yg mne satu? sebab?

Semua. Sbb author Korea fans ! ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯!

ok. kamsahamnida kamsahamnida ! Tag untuk hari ni 'ilek'.

(≧▽≦)//

< Out Of Revenge >Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang