Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bangun dari tidur aku terus tengok henpon.
Semalam aku hantar msg kat Jungkook.
To: Kooksyg 😘 ;apamakananfeveretawak???
"Ugh." Aku mengeluh bila Jungkook tak balas msg aku. Aku tengok kotak msg kosong.
Mungkin ke Jungkook tak berminat nak berbalas msg dengan aku.
Dengan perasaan sedih, aku lantas meletakkan semula henpon dan aku pergi mandi.
Selepas bersiap hendak kesekolah aku ambil beg dan segera menapak keluar bilik.
Kakiku dihalakan kedapur. Perkara yang aku selalu buat sebelum kesekolah ialah membuat bento untuk bekalan masa rehat nanti. Bukan omma dan appa tak beri aku duit belanja tapi aku simpan duit belanja tu untuk kegunaan ketika terdesak.
Bukan aku nak kata, tapi aku anak yang baik. Aku tersenyum sendiri.
"Eh Seulmin. Hari ni tak buat bento untuk dua orang ke? " Tegur omma yang sedang mengisi air kedalam botol.
"Erm. Tak kot. Hari ni untuk saya je. " laju tangan aku ikat kain yang membalut bento aku.
Aku mula terfikir mungkin ke Jungkook tak suka aku buat bento untuk dia.
Hmm.
●●●●●
"Seulmin. " aku toleh kearah Jungkook dan aku hadiahkannya senyuman.
"Oh, selamat pagi Jungkook. " Pintu loker aku buka dan aku keluarkan buku subject hari ni.
"Sori... Aku... Aku tak balas msg kau semalam. " kata Jungkook dengan nadanya yang kendur. Kepalanya ditundukkan.
Alahai anak Jeon ni.
"Tak.. Takpe la. Bukannya penting pun. " Aku tengok muka dia bersalah sangat.
"Makanan feveret aku ada banyak. "
"Ha? "
Aku pandang Jungkook yang sudah bertukar serius. Tangannya dibawa kebawah dagu.
"Kalau tulis semua panjang sangat. Lepas pikir punya pikir dah jadi lewat malam. Aku risau ganggu kau lak kalau hantar msg memalam. "