抖阴社区

CHAPTER 225 | ROYAL BLOOD

5.6K 448 12
                                    

Kawasan dewan istana Stormcloak sunyi sepi. Pengawal-pengawal istana berarak di sekitar dewan membentuk gelanggang perlawanan. Lycans, Allucard, Merlin dan juga Deathwing berdiri di bawah tugu berukirkan ahli sihir...

Aiden memeluk tubuh di hujung dewan. Lagaknya bersahaja. King Haffle bersedia untuk bertempur. Kain mantel biru dicampak ke belakang. Armor besinya kelihatan bercahaya dipanah obor api...

"Draw your precious Excalibur, Aiden..." King Haffle berkata dengan nada dingin. King Aiden tersengih. Excalibur digapai dari belakang...

PLOP!!

King Haffle meluru ke depan! Dua bilah pedang digenggam erat! King Aiden menyimpulkan senyuman sinis!

PANGG!!

Bilah pedang bertembung! King Haffle memusingkan badan! Aiden mengelak tipis libasan King Haffle! Sang raja Stormcloak mengetap gigi menahan berang!

BAKK!! BAKKK!!

Dua tumbukan dilepaskan ke dada Aiden! Si serigala terseret ke belakang beberapa langkah! Lycans hanya memerhati gelagat anak tunggalnya dengan renungan kosong.

BRAAAKKKK!!

Tatkala King Haffle mahu melancarkan serangan, satu tumbukan kuat singgah di batang hidung! Dia terhumban ke belakang! Tubuhnya terhempas di tugu batu!

Aiden berjalan mengeliling gelanggang perlawanan. King Haffle bangun perlahan-lahan. Darah merah menitis dari bibir...

"Wake up, old king...You fight like a girl..." King Aiden menyindir tenang. King Haffle merengus geram! Dia meluru ke arah Aiden sepantas kilat!

"YOU DARE TO CHALLENGE ME!?" King Haffle menengking seraya melepaskan tetakan bertubi-tubi! King Aiden menepis setiap tetakan tersebut dengan sebelah tangan!

PRAKKK!!

Tangan King Haffle terkehel dek tendangan lutut dari Aiden! Sang raja melompat ke belakang! Belum sempat dia mendarat, King Aiden terlebih dahulu meluru ke arah dia!

KRAKKK!! BAKKK!!

king Haffle tercampak ke tengah gelanggang! Tubuhnya terseret beberapa meter. Darah pekat berlumuran di lantai dewan...

"You may be a king, Haffle...But, you're no hunter..." King Aiden berkata seraya berjalan selamba mendekati King Haffle. Sang raja terkial-kial bangun. Lengannya ditekup kuat. Gigi diketap menahan sakit...

"Erghhh...Hah...Hah...Aku mengaku kalah"

King Haffle berkata apabila Aiden mencekak lehernya dengan sebelah tangan. Kakinya terawang-awang di udara.

"Kau mengaku kalah...?"

"Ergh...Yes...You're the son of legend...Aku tak setanding dengan kau..."

King Haffle membundarkan mata apabila Aiden menghala Excalibur ke arah lehernya. Nafasnya mula berkobar kencang...

"It was easy to hunt a king..."

"Aiden...You can't kill me..."

"Why not...?"

Semua orang di dalam dewan tergaman apabila Excalibur ditusuk ke dalam leher King Haffle. Sang raja meronta kesakitan. Darah membuak keluar bagaikan paip pecah...

King Aiden menarik pedangnya ke sisi. Kepala King Haffle terputus dari badan. Mayat sang raja mengelepar di atas lantai dewan...

Semua pengawal seakan mati akal melihat raja Stormcloak dipancung begitu sahaja. Aiden mengesat darah King Haffle yang meyembur sebentar tadi dari wajahnya...

"YOUR KING IS DEAD! STORMCLOAK UNDER MY TERRITORY! SESIAPA YANG TIDAK BERPUAS HATI, STEP FORWARD! FIGHT ME!"

Jeritan Aiden berkumandang di ruang dewan. Kepala King Haffle dijulang ke udara. Semua pengawal melutut memberi penghormatan...

"WE'RE UNDER YOUR COMMAND, KING AIDEN..."

Suara pengawal-pengawal tersebut bergema menyambut kemenangan King Aiden...

Aiden menyimpulkan senyuman. Kepala King Haffle dicampak ke sisi. Mahkota diraja Stormcloak disangkutkan ke pinggang. Excalibur disisipkan semula ke belakang...

"Sekarang, kita bergerak ke Azeroth...King Furion menunggu...His death is waiting..."

King Aiden berkata selamba lalu berjalan keluar dari istana. Lycans tersengih puas hati. Mereka berempat mengikut King Aiden dari belakang...

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang