"Semuanya sebab saya rasa awak akan kalah. Jadi dah kalah betul-betul."
Ek? apa Seulmin cakap ni. Kenapa nak aku kalah pula. fikir positif Jungkook.
"Apa kau cakap ni? memang la kalah tapi berdepan dengan lawan hebat camtu pun aku masih boleh bertahan. Semuanya sebab sokongan Seulmin. Aku sendiri pun terkejut aku boleh bertahan lama camtu."
"Betul ke? sebab saya sengaja kata pasti menang banyak-banyak. Buatkan onigiri besar penuh inti. Saje nak beri tekanan pada Jungkook."
Eh? Seulmin nak beri aku tekanan? jadi selama ni kata-kata dia tu bukannya sokongan? otak aku tak dapat berfungsi dengan betul sekarang ni. Baik aku hadam setiap kata-kata Seulmin dalam kepala otak aku ni cecepat.
"Tunggu jap. Aku tak faham. Kenapa nak suruh aku kalah pula?"
"Sebab ...awak tak mengaku yang saya ni gelfren awak!"
Aku terasa terkejut dengan pengakuan Seulmin tu. Dia memusingkan wajahnya kearah lain. Pipinya aku lihat sudah kemerahan.
Jadi dia dengar la hari tu yang aku tak menafikan hubungan aku dengan Seulmin depan kawan-kawan aku. Aku ingat dia tak dengar. Tak sangka yang dia dengar rupanya.
Macam mana ni? apa aku nak buat? aku tak reti nak pujuk perempuan.
"awak tak mahu orang lain tahu yang kita kapel kan?"
"Bukan la! manade camtu. Cuma aku kurang yakin dengan diri sendiri. " kata untuk menegak keadilan. Aku tak berani nak kata yang Seulmin adalah gelfren aku sebab nanti mesti takde siapa pun yang percaya.
Aku kan jenis pendiam tak banyak cakap. Mungkin dorang takkan percaya punya.
"Aku tak berani nak cakap. "
"Tipu. Mesti awak malu nak ngaku sebab saya bodoh kan. Akademik pun tak berapa bagus.. "
"Ehhh?! Bukan camtu la!! Aku tak tahu pun keputusan akdemik kau. "
Seulmin mendiamkan diri selepas tu. Dia masih tiada tanda mahu memandang aku. Tapi aku sedaya upaya untuk melihatnya. Seulmin kelihatan malu dan segan. Mukanya juga macam sedih dan bersalah.
Tapi bagi aku sangat la comel Seulmin ketika ini. Mata aku jadi terpaku untuk melihatnya.
Apalah Seulmin pun rasa risau dan kurang yakin pada diri sendiri juga rupanya.
"Jangan salah faham ya. " aku duduk didepan Seulmin dengan bertinggung.
Aku patut hiburkan Seulmin. Tapi apa caranya?
"Ah?! Jungkook ke? "
"Mana mana? "
"Apa dia buat bisik-bisik ngan perempuan kat situ? "
Tetiba muncul pula kawan kelab karate aku. Aku terkejut terus memusingkan kepala aku kebelakang. Apa pula mereka buat kat sini.
"Luah perasaan ke? "
"Dah la jangan la usik dia. "
"Kan dia kata mereka kawan je. Betul tak Jungkook? "
Aku rasa ni peluangnya untuk aku cakap pada mereka tentang hubungan aku dan Seulmin.
"Tak. Tak.. Sebenarnya ak... Aku... "
Kali ni aku mesti cakap!!
"Kami sebenarnya dah kapel!! "
Suasana menjadi sunyi seketika. Dan cengkerik pula berbunyi. Aku lihat muka mereka seperti mengeras cam lepas kena jampi.
"Oh camtu. Maaf ganggu. Jangan lebih-lebih ya. " mereka berjalan meninggalkan aku.
Kenapa tak percaya!! Aku dah terus terang ni. Aku dah agak mesti takde siapa nak percaya.
Semua tak percayakan aku. Sedih la macam ni.
Tetiba tawa Seulmin meletus. Aku terus menoleh kearah nya. Bukan tadi dia sedih ke? Aku tak faham la perempuan ni.
Aku menunduk kesal. Kawan-kawan aku menoleh semula bila terdengar Seulmin ketawa.
"Penat gelak. Saya ada bawa onigiri. Kalau sudi jemput la makan. " Seulmin mengusap tubir matanya yang mengalir air mata akibat ketawa yang banyak.
"Apalah. Betul la ni gelfren kau. " kata Taehyung sambil dia mengunyah onigiri buatan Seulmin.
"Hmm. " balas aku lemah. Baru sekarang nak percaya.
Tetiba Hoseok hyung mengepit tangannya dileher aku. Aku rasa macam nak tercekik. Sudah la tak sempat nak telan.
"Dalam diam kau dah ada gelfren ya. Jelesnya aku! " badan aku ikut tertarik dengan pergerakan Hoseok hyung. Hyung mati aku kau buat macm ni.
"Comel la gelfren kau. Tak padan dengan kau. Korang berbeza sangat. "
Iya betul kata Hoseok hyung tu. Aku dan Seulmin dua orang yang berbeza. Aku jenis pendiam dan Seulmin pula jenis yang ceria dan banyak cakap.
Aku sedar kelemahan aku yang tak reti nak bercakap banyak ni.
"Aku faham. " balas aku sambil aku tersenyum melihat Seulmin.
Tapi apa salahnya kalau tak sepadan. Gelfren yang makin dikejar makin tak dapat. Dan selama itulah aku akan tetap mengejarnya.
"Aku jeles betul kat kau. Kenalkan kawan perempuan dia pada aku. "
_________
;panjang plak chapter ni ek.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]BENTO
Romance+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik
?JK5?
Mula dari awal