抖阴社区

Bab 6 ?

3 0 0
                                    

Sampai di kuala lumpur sudah pukul 10. ann mendail nombor shafiq.

" fiq, aku dah sampai ni. baru je "
" haa. okay ann. kau pergi mandi. aku keje sorang la weh malam ni. kau teman aku boleh ? ke kau penat ? "
" boleh je teman kau fiq. tapi bagi aku mandi dulu. " balas ann.

shafiq bersetuju dan talian dimatikan.

selesai mandi dan solat isya'. ann membuka whatapp nya. dilihatnya gp whatapp family. seorang pun tak bertanyakan tentang perjalanannye ke kuala lumpur. kadang, ann merasa seperti anak buang dah. nama nya ada dalam gp. tapi tak pernah ditanya dan dianggap wujud oleh ahli keluarganya.

jam menunjukkan pukul 11.30 malam. ann mengagak shafiq telah pergi ke tempat kerjanya. kerjanya sebagai polis bantuan di ipoh sedikit sebanyak membantu dia mengumpul duit sebagai aset di masa hadapan.

tengah berangan. tiba2 telefon ann berbunyi. terperanjat ann. 😰

" hai fiq " mula ann.
" hai ann. da mandi ? da makan ? " soal shafiq.

ann menjawab segala pertanyaan shafiq. dalam masa yang sama. ann sudah pun mengantuk. mana tidaknya. seharian memandu. sakit pinggangnya.

dalam setengah jam berbual, shafiq menyedari bahawa dia sedang bercakap seorang diri. benar. ann sudah pun terlelap.

' adoi ann. hang tidur pulak. aku dah la rindu kat hang " 😞😞 sedih shafiq.

Ego?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang