抖阴社区

CHAPTER 13

312 14 0
                                        

MINGYU P.O.V

       Aku menolak pintu bilikku dengan kuat.Aku masih geram dengan pasangan kekasih tu.Kenapa setiap kali aku nak dekat dengan Jungkook,lelaki tak guna tu mesti ada.Macam belangkas!

"Tuan Muda okay ke?"soal Pembantunya itu.
"Kau ada nampak aku okay ke hah?!!"marah Mingyu geram lantas membaling bantal ke arah Pembantunya itu.Mujur pembantunya sempat mengelak kalau tak....

"Kita ikut plan B mulai esok..faham?"soal Mingyu.
"Baiklah Tuan Muda."ujar pembantunya lantas keluar dari bilik itu.
Mingyu memandang gambar Jungkook dan Taehyung yang dilekatkan di dinding.
"Jungkook,tomorrow you will be mine..Forever!"

Kini pandangan Mingyu beralih ke Taehyung pula.
"Kau pula..akan mati di tangan aku.Kau hanya menyusahkan aku.Hari ni hari kau,esok hari aku pula.Aku benci kau!!"marah Mingyu lantas mengambil pisau dan melemparkan pisau itu tepat ke arah muka Taehyung.
"HAHAHAHAHA!!!!"Mingyu ketawa jahat dan kuat.

JUNGKOOK P.O.V

Aku dan Taehyung berjalan menuju ke kantin memandangkan sudah waktu rehat.
Aku ternampak Mingyu yang tengah memandang Taehyung dengan sinis.

"Kau nak apa lagi?"soal Taehyung malas.
"Oh..cuma Jungkook je,tak lebih pun."jawab Mjngyu dengan selamba.
Taehyung tersenyum sinis.
"Apa kau cakap? eh..aku ni malas tau tak nak gaduh dengan kau sekarang.Dan aku
nak cakap dekat kau sekali je,Jungkook milik aku seorang."ujar Taehyung dengan tegas.

Ye..milik dia,tapi aku dan dia tak bercinta pun.Kadang² ku tak tahu dia cintakan aku atau  tak.Setiap malam aku hanya memikirkan dia sebab aku cintakan dia.Hanya dia.

Ketawa besar Mingyu membuatkan aku tersedar dari lamunan.
"Kau ingat aku kesah?Aku cuma nak cakap,luangkan lah masa kau bersama dengan Jungkook selagi ada waktu!"marah Mingyu lantas pergi.Sempat dia memengang pipiku.Aku mendekatkan diri aku pada Taehyung.Taehyung memeluk aku dengan kemas sambil memandang Mingyu dengan tajam.

'Luangkan lah masa kau dengan Jungkook selagi ada waktu..'

Apa maksud dia sebenarnya?Aku takut...

TAEHYUNG P.O.V

Masa pulang dari sekolah,aku dan Jungkook berada di pintu pagar.Aku nak ajak dia pergi taman untuk luahkan perasaan aku.

"Jung.."

Tak sempat aku nak cakap,sebuah lereta mewah hitam berhenti betul² di tepi Jungkook,beberapa orang yang gagah perkasa keluar dan menarik Jungkook.Aku terkejut lantas menumbuk mereka satu per satu.
"Taehy..."Lelaki itu menekup(?) hidung Jungkook dan menyebabkan Jungkook pengsan.

"YAHH!!"marahku lantas pergi ke arah Jungkook tetapi mereka menumbuk perut aku menyebabkan aku jatuh.

Salah seorang dari mereka meletakkan Jungkook ke dalam kereta itu.Aku tak mahu mengalah terus membelasah orang itu.Ahli mereka mengheret aku dan mencampakkan aku ke pagar.Mujur waktu tu semua orang dah balik cuma tinggal kawan² ku yang berada di kelas.

Aku sekali lagi berasa perit di belakang badan aku dan jatuh.Aku mendengar ketawa besar.Macam kenal je.Aku terus mendongak ke arah kereta itu.

MINGYU!

"Aku tak sangka kau kuat jugak ye,padan la Jungkook jadi milik kau.Tapi sekarang tak lagi.Dia dah jadi milik aku!"marah Mingyu sambil tersenyum senget.
"Kau memang tak guna Mingyu! Kembali kan Jungkook aku sekrang!"marah ku geram dan ingin menumbuk Mingyu tetapi ditahan oleh salah seorang dari mereka.Sekali lagi aku jatuh.Badan aku berasa sangat sakit.

"Kan aku dah cakap,luahkanlah masa kau dengan Jungkook selagi ada.Kau ni buang masa betul la."sindir Mingyu lantas ketawa kecil.
"Kau memang giler!"
"Memang! Aku giler! Aku gilerkan Si cute ni.Aku yang jumpa dia dulu bukan kau! Kau tak berhak ada disisi dia.Hanya aku yang layak!"ujar Mingyu dengan kuat.
"Kalau kau nak tengok dia,jumpa aku di tempat pembinaan hotel baru tu.Aku bagi 1 jam sebelum aku bunuh kau,ataupun...sebelum aku bunuh dia.Kalau aku tak dapat dia kau pun takkan dapat dia la bodoh!!"marah Mingyu lantas menyuruh pembantunya pergi dari situ.

Puak mereka sempat menumbuk aku buat kali terakhir.
"Kau memang tak guna Mingyu!"marahku padanya walaupun dia tak dengar.
1 JAM waktu yang singkat.Lagipun,tempat tu jauh dari sini..Tak! Aku tak boleh menyerah macam tu je.Demi cinta aku,aku rela mati!
Darah pekat yang mengalir dibibirku ku kesat kasar.
"Tsk! Tak guna kau Mingyu."gumamku sendirian.
"Taehyung!!"panggil Jin kuat.
.
.
.
.
.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dapatkah Taehyung datang tepat pada waktunya?

Next episod...

"Jungkook!!"

"No!!"

"I love you..."

If I Told You// kth x jjk //?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang