"Dah lah tu. Banyak sangat ni awak belanja saya."
"Sukahati aku lah. Duit aku." Mingyu menjeling.
Young Hee yang jadi tak selesa. Memanglah duit Mingyu, tapi dah sampai lapan beg kertas ni ada dekat tangan mereka tak ke dia dikira menghabiskan duit lelaki itu? Apa pula nanti orang cakap? Aku kikis duit dia? Eh tak naklah.
"Dah jom lah balik." Young Hee menarik lengan lelaki itu. Mingyu keraskan tubuhnya. Kepalanya ditoleh kearah Young Hee. Matanya memandang tajam kearah lelaki itu.
"Kau nak aku cium kau dekat sini?" Ugut Mingyu. Terus terundur langkah Young Hee.
"Taknak--"
"Kalau taknak, ikut je aku."
Young Hee menggigit bibirnya. Terpaksa juga ikut kehendak Mingyu.
💕

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] LIBRARY? ??? (??? SVT)
Short StorySpecial Edition Library Book 2 : Be Mine Library... Kenapa kita ditakdirkan berjumpa di perpustakaan? Macam dalam dunia ni hanya ada perpustakaan sahaja yang wujud. Muka kau pun aku tengok dah macam buku, rak buku, kerusi, meja dan semuanya yang ada...