抖阴社区

bab 2

398 20 12
                                    




"Ibu dan ayah minta maaf,kami tak ada niat pun nak halau kakak dari rumah. Kakak anak ayah. Satu satunya princess kesayangan ayah. Kami buat bersebab. Ayah minta kakak faham ya"


Tanpa dipaksa. Tanpa ditetak leher dengan pisau. Tanpa dijerkah dengan teruk. Tanpa perlu ada kesakitan lain. Pesanan ayah sewaktu menghantar kami ke sekolah pagi tadi masih tergiang-ngiang di telinga dan aku menangis lagi. Cenggeng betullah nak dekat dekat hari tunang ni haih,ehh kisah juga rupanya


Ok jujur nya,aku menangis bukan sebab benda yang ayah pesan tu sangat lah deep dan mmg patut nangis pun bila mendengarnya,bukan tapi sebab ayah aku nak ucap benda yang macam tu adalah sangat mustahil ya semua dan tiba tiba harini dia ucap pula. Mana tak terharu wei, dah 15 tahun tau aku hidup tanpa ucapan begitu dari seorang insan bernama ayah.


Untuk keberapa kalinya dalam beberapa harini, menangis dah macam habit yang aku akan lakukan jika ada masa terluang. Aku kesat air mata perlahan.


Biar aku menangis


Biar masa nak bertunang nanti mata aku sembab


Biar semua orang fikir aku kena bertunang paksa


Biar aku buruk masa majlis tu nanti


Ni bukan novel cliche macam novel melayu kebiasaanya. Janji tak akan!


Mari kita bertunang!


Di sekolah dikejutkan dengan kehadiran seseorang apa nama dia?Furqan yess! Bukan budak baru pun.form4, Cuma baru perasan. Ceh ! kenapa nak baru perasan pula ni?


Jangan cakap yang kau berkenan dengan dia Iris ,kau tu dah nak kahwin sedar diri sikit. Lagipun dia tu sebelah mata pun tak pandang kau yang selekeh ni. Iris berbicara sendiri


La mengaku pula diri dah nak kahwin!


"Irisssssss" ish geli la aku dengar orang buat macam tu. Macam nak ajak-


"kau ni macam nak ajak dia ke katil je"Fana menyamuk


Ish sumpah geli! baru nak cakap benda tu tadi. Tapi mujurlah ayat tu tak keluar dari lidah aku.


"Kau nak apa ni yang mendayu dayu sangat ni?"


"Fana kau diam, kau jangan ganggu rumah tangga aku dengan Iris! Ala baby,sudah gaharu cendana pula, sudah tahu mahu bertanya pula-"


"E kau apahal berbaby baby kan aku ni"


Fana buat muka toya


"Bagi sini buku nota sains aku! Kau dah pinjam tak reti nak pulangkan ke? "

Iris Nur'sWhere stories live. Discover now