抖阴社区

|PUASA 3|

746 41 2
                                        

Harini ali bangun awal untuk menyiapkan makanan untuk dirinya dah ayahnya , Dr. Ghazali. Apabila siap , ali naik ke bilik ayahnya untuk mengejutkan ayahnya yang sedang tidur.

Ali : ayah , bangun. Jom sahur.

Ayah : ok *bangun dan keluar dari bilik*

Pagi itu , mereka berdua makan nasi lemak buatan ali.

Ayah ali yang masih mengantuk tersengguk-sengguk kepalanya. Namun di cuba juga untuk menahan rasa ngantuknya itu.

Ali : ayah, makan ayah. Nanti subuh dah tak sempat.

Ayah : yelah-yelah *senyum*

Setelah selesai sahur, ali dan ayahnya bersiap untuk menunggu azan subuh berkumandang.

🍃🍃🍃

Selesai solat subuh , Dr. Ghazali sedang bersiap untuk bekerja , manakala ali sedang bersiap untuk ke sekolah.

Dr. Ghazali : ali , dah siap ke belum ?

Ali : kejap. Sikit lagi.

Apabila siap memakai pakaian seragam sekolah , ali turun ke bawah dan salam tangan ayah nya sebelum bergerak ke sekolah.

Ali : ali pergi dulu ye ayah. Assalamualaikum.

Dr. Ghazali : yelah. Waalaikumsalam. Kunci rumah ayah simpan kat rak kasut ni. Jangan lupa pulak ya ambik kat sini.

Ali : okey.

🍀🍀🍀

Di sekolah...

Viktor yang sedang khusyuk main permainan video di tabletnya terus masuk ke kelas dan ternampak ali yang sudah berada di tempat duduknya.

Viktor : wahh , awal lagi hari ni. Pawerrr !!!

Ali : mestilah , bulan puasa ni kan kena bangun awal. Sebab tu dapat bersiap awal.

Viktor : kalau hari lain boleh pulak bangun lambat kaa ?

Ali : tu sebab aku tak sedar. Hahaha

Viktor : emm. Yalahh.

Kelihatan Puan munah ke kelas itu dan meneruskan pembelajaran pada pagi itu.

🍁🍁🍁

'KRINGGG !!!!!

Loceng sudah berbunyi menandakan sudah tiba masa murid-murid SMK Cyberaya pulang ke rumah masing².

Viktor : eh , malam nanti kau online tak ?

Ali : em , tak kot. Aku nak pergi solat terawih. Takut tak sempat pulak.

Viktor : haiyaa , takpa lahh~

Ali dan viktor berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

Rumah viktor dekat dengan sekolah , jadi dia sampai ke rumahnya dahulu sebelum ali.

Apabila ali sampai ke rumahnya , dia terus mengambil kunci rumahnya untuk membuka pintu.

Masuk sahaja ke rumahnya , dia terus naik ke biliknya untuk tido kerana letih seharian belajar di sekolah + lapar 😌.

5:30 pm

Ali terjaga dari tidurnya , kemudian dia terus mandi dan solat asar.

Selepas itu , dia turun ke ruang tamu untuk menonton tv dan bukak cerita kegemarannya iaitu animasi boboiboy galaxy.

🏄🏄🏄

A

zan maghrib sudah pun berkumandang. Ali dan ayahnya dr. Ghazali terus membaca doa membuka puasa dan makan.

Kemudian mereka solat maghrib berjemaah.

Selepas solat...

Dr. Ghazali : macam mana sekolah hari ni ? Okey ke ?

Ali : mesti lah okey. Ali kan dah besar. Hehe

Dr. Ghazali : yelah. Mana la tau kan , ali tengok budak-budak non-muslim makan kat kantin. Kot ali terliur ke. Hahaha

Ali : mana ada. Ali tak kisah pun tgk diorang makan. Lagipun , ali duduk berjauhan dari kantin. Jadi tak nampak la mereka makan.

Dr. Ghazali : yelah. Bagus anak ayah ni.

Ali : hehehe... Eh ayah , tu dah azan. Jom la kita pergi ke masjid.

Dr. Ghazali : haa jom.

Mereka berdua masing² bersiap untuk ke masjid.

🌸🌸🌸

Balik dari terawih , ali terus menyusun buku untuk ke sekolah esok dan terus tidur.

.
.
.
.
.
.
.
.

Tbc~


Hey gais~
sorry chapter kali ni pendek sebab takda idea nk buat panjang².

Segala typo sila abaikan / paham² sendiri jelah ye

Jangan lupa vote and komen yaa~

Bye.



[C] Ramadhan Short Story  [EA / BBB] 2018Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang